Nuffnang Ads

Sunday, 23 October 2011

PETUA MEMBANTU DALAM PEPERIKSAAN

Petua untuk membantu pelajar dalam peperiksaan:

Datanglah dengan cukup bersedia dan lebih awal.
Bawalah semua alat tulis yang anda perlukan, seperti pensel, pen, jam (tangan), pemadam, pembaris, dan lain-lainnya. Kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan sepanjang masa peperiksaan.


Tenang dan percayakan diri anda.
Ingatkan diri anda bahawa anda sudah siap sedia dan akan menghadapi peperiksaan dengan baik.


Bersantailah tapi berhati-hati.
Pastikan meja dan kerusi anda dalam keadaan baik dan selesa untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.


Prebiu soalan-soalan terlebih dahulu.
Luangkan 10% dari keseluruhan waktu peperiksaan untuk membaca soalan secara mendalam, tandai kata-kata kunci dan putuskan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan untuk menjawab soalan yang mudah dulu, baru soalan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catat juga idea-idea yang muncul yang akan mungkin akan digunakan sebagai jawapan


Jawab soalan secara strategik.
Mulai dengan menjawab soalan mudah yang anda tahu, kemudian dengan soalan yang mempunyai markah banyak.
Soalan terakhir yang seharusnya anda jawab adalah:

  • soalan paling sukar,
  • yang memerlukan masa yang lebih panjang untuk menulis jawapannya,
  • tetapi mempunyai markah sedikit.

Semasa menjawab soalan aneka pilihan, ketahuilah jawapan yang patut dipilih. Mula-mula, abaikan jawaban yang anda tahu salah. Tekalah pilihan jawapan ketika tidak ada pilihan jawapan yang dapat anda abaikan. Jangan mengubah suatu pilihan jawapan jika anda tidak pasti kerana pilihan pertama jawapan anda biasanya betul, jangan menggantinya kecuali anda yakin dengan pembetulan yang kamu lakukan.

Semasa menjawab soalan esei, fikirkan dulu jawapannya sebelum menulis. Buat rangka karangan untuk esei dengan mencatat dulu beberapa idea yang ingin anda tulis. Kemudian susun isi-isi itu mengikut susunan yang mana penting atau perlu dibincangkan dulu.

Semasa menjawab soalan esei, jawab pada persoalannya. Tulis frasa pokok pada frasa pertama. Gunakan perenggan pertama sebagai pengenalan esei anda. Gunakan perenggan seterusnya untuk membincangkan isi-isi utama secara terperinci. Sokong isi anda dengan penerangan yang jelas, contoh, atau petikan dari buku atau media lain jika perlu.

Sisihkan 10% waktu anda untuk memeriksa jawapan. Periksa jawapan; elakkan keinginan untuk cepat meninggalkan dewan atau bilik setelah anda menjawab semua soalan ujian. Pastikan anda telah menjawab semua soalan. Baca sekali lagi jawapan anda untuk memeriksa ejaan, struktur bahasa dan tanda baca. Untuk jawapan matematik, pastikan tidak ada kesilapan (misalnya salah meletakkan tanda titik perpuluhan). Bandingkan jawapan matematik anda yang sebenarnya dengan pengiraan ringkas.

Analisa jawapan anda. Setiap peperiksaan akan membantu anda dalam mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya. Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. Tentukan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

Ketika anda menghadapi peperiksaan, anda sedang memperlihatkan kemampuan anda memahami apa yang telah anda pelajari.

Peperiksaan memberikan gambaran terhadap perkembangan pelajaran anda.

Terdapat beberapa aspek, seperti sikap dan keadaan anda sendiri akan mempengaruhi anda dalam peperiksaan.

900 Pengajian AM

http://www.4shared.com/document/OriCgl-K/900pengajian_am.html

910 Bahasa Malaysia

http://www.4shared.com/document/fUOUyZsP/910bahasa_malaysia.html

940 Sejarah

http://www.4shared.com/document/5bucvUNy/940sejarah.html

922 Kesusasteraan Melayu

http://www.4shared.com/document/lCg5dBfK/922kesusasteraan_melayu.html

942 Geografi

http://www.4shared.com/document/_OsWmotw/942geografi.html

944 Ekonomi

http://www.4shared.com/document/sQ22x3eP/944Ekonomi.html

946 Pengajian Perniagaan

http://www.4shared.com/document/DRTWtrdi/946pengajian_perniagaan.html

970 Seni Visual

http://www.4shared.com/document/GVwh0_yW/970seni_visual.html

966 Sains Sukan

http://www.4shared.com/document/wxterpON/966sains_sukan.html

Wednesday, 19 October 2011

Soalan Kertas Pengajian AM 1 Percubaan Johor 2011

http://www.4shared.com/document/qSPhyWI5/Johor_STPM_Trial_2011_Pengajia.html

Soalan Kertas Pengajian AM 2 Percubaan Johor 2011

http://www.4shared.com/document/6z5mgfef/PERCUBAAN_STPM_PENGAJIAN_AM_2_.html

Soalan Biology 2 Trial Pahang 2011

http://www.4shared.com/document/OmtSg8l1/Pahang_STPM_Trial_2011_Biology.html

Analisis Soalan Sejarah Kertas 2 STPM dari tahun 2008-2010

http://www.4shared.com/document/_gVLzq65/ANALISIS_SOALAN_STPM_SEJARAH_2.html

Soalan dan Skema Kertas Peng. Perniagaan 1 Percubaan Perak 2011

http://www.4shared.com/document/7McJFCA7/Trial_Perak_STPM_2011_Pengajia.html

Skema Kertas Sejarah 2 Pra STPM 2011

http://www.4shared.com/document/bTxJ0GQa/SKEMA_KERTAS_SEJARAH_2_PEPERIK.html

Saturday, 15 October 2011

Panduan Menulis Esei Sejarah 1 STPM



Salam untuk semua.
Di sini dinyatakan satu panduan ini sangat berguna pada calon Kertas Sejarah 1 STPM, agar esei yang ditulis menepati kehendak dari segi format menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan. Tuliskan sebanyak mungkin isi yang diingati agar calon lebih selamat. Jangan sesekali tidak cuba menjawab. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Sentiasa wujudkan persoalan dalam kepala calon agar calon dapat menulis jawapannya.

Cara Menulis Esei Yang Baik.

A.      CIRI-CIRI PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Perenggan Pertama 
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema

B. ISI: ( 20 markah ) 
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi IHC iaitu Fakta + Huraian  + Contoh

    FAKTA: 
    1. Bilangan fakta bergantung kepada kehendak soalan tu. 
    2. Satu soalan: biasanya perlu ada 7 isi (Jika ada lebih, tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis) 
    3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. (Contoh: Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep) 
    4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh 
    5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan

    HURAIAN: 
    1. Menjadi penerangan kepada fakta 
    2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/ kesannya (Kaedah 5W 1H) 
    3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

    CONTOH: 
    1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian 
    2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
    i.        Bila (tarikh, tahun, abad)
    ii.       Siapa (nama, kaum,)
    iii.      Di mana (tempat)
    iv.      Banyak mana (kadar, bilangan)
    v.       Apa ( peristiwa )

    C. KESIMPULAN: ( 2 markah ) 
    1. Apa sahaja yang berkaitan. 
    2. Tidak mengulangi pernyataan soalan 
    3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi

    Peringatan:
    Jangan sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua bahagian ini sangat mudah untuk dapat markah. Sebanyak 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini.

    Friday, 14 October 2011

    KEMAHIRAN UNTUK BELAJAR BAGI MENCAPAI KEJAYAAN

    Ramai pelajar mengeluh kerana terlalu banyak masa yang dihabiskan untuk mengulang kaji tetapi pulangannya tidak seberapa. Sebaliknya terdapat segolongan kecil pelajar, belajar dalam keadaan yang lebih selesa, tidak terkocoh tetapi dapat pula meluangkan masa untuk beriadah dan turut melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Walaupun begitu, mutu dan pencapaian akademik mereka tidak terjejas.


    Persoalannya, mengapakah dua keadaan di atas boleh terjadi? Biasanya, jawapan yang diberikan ialah pelajar dalam kumpulan kedua didakwa mempunyai keupayaan mengingat yang lebih jika dibandingkan dengan para pelajar daripada kumpulan pertama. Hipotesis ini mungkin betul, tetapi yang lebih tepat ialah ramai pelajar tidak mempunyai teknik belajar yang berkesan. Mereka belajar hanya mengikut rasa dan resa sahaja. Akibatnya, masa dan tenaga banyak terbuang, tetapi hasilnya tidak seperti mana yang disarankan oleh Gwen Gawith di dalam bukunya Power Learning.

    Pelajar dan Pemelajaran
    Setiap pelajar mestilah mengetahui akan tujuan dia belajar. Adakah dia belajar untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan atau belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja dan dipaksa oleh ibu bapa? Oleh itu, para pelajar mestilah menanamkan tekad bahawa tujuannya belajar adalah untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan mencapai kecemerlangan dalam semua bidang sama ada yang berkaitan dengan rohani atau jasmani. Setelah yakin bahawa anda ingin belajar, maka ketahuilah pula apakah tugas dan tanggungjawab anda sebagai seorang pelajar.

    Pengurusan Diri
    Sebagai seorang pelajar, anda mestilah boleh menyesuaikan diri dengan alam persekolahan dan persekitaran pemelajaran yang stabil. Jadikanlah sekolah tempat yang menyeronokkan untuk menimba ilmu pengetahuan. Di simpang itu, pandai-pandailah membawa diri bersama rakan dan taulan serta tidaklah pula menjadikan guru sebagai musuh. Ingatlah, guru adalah ibu bapa kedua kita. Tiada guru yang ingin merosakkan pelajarnya. Apa yang penting. Pelajar mestilah pandai membawa diri dengan sifatnya sebagai seorang pelajar.

    Mengurus Masa
    Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan kokurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Di samping itu, pelajar mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.

    Perancangan
    Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

    Kemahiran Berfikir
    Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti keupayaan berfikir secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan. Di samping itu, pelajar juga mestilah berfikiran matang dan tidak hanya mengikut logik semata-mata.


    Kemahiran Belajar
    Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

    Kemahiran Membaca
    Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca. Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

    Kemahiran Menyelidik
    Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif. Janganlah hendaknya hidup hanya mengikut arus sahaja.

    Kemahiran Berfikir
    Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

    Kemahiran Membuat Nota
    Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

    Kemahiran Menyampaikan
    Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

    Teknik Peperiksaan
    Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

    Kemahiran Menilai
    Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita menyalahkan diri sendiri dan melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.

    Kesimpulannnya, jika para pelajar dapat menguasai kesemua kemahiran di atas dengan berkesan dan bersistematik, sudah pasti kejayaan memihak kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam keadaan apa sekalipun, kita mestilah sentiasa bersyukur dan bertakwa agar Allah S.W.T akan memberkati segala usaha kita. 

    LANGKAH MENCAPAI KECEMERLANGAN


    7 Cara/Langkah Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan

    Di sini terdapat beberapa cara/langkah untuk membuat  persediaan dan persiapan menghadapi apa jua peperiksaan yang bakal tiba. Cara/langkah ini disunting dari akbar Berita Harian. Antaranya langkahnya ialah :

    1. Semak jadual
    Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
    Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

    2. Kunci peperiksaan
    Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
    Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

    3. Tentukan keutamaan
    Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
    Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

    4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
    Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
    Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

    5. Merancang persiapan peperiksaan
    Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
    a.  Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
    Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
    Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
    Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
    Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
    Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
    Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
    Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
    b.  Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
    Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
    Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
    Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
    Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
    Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
    Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
    Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
    c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
    Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
    Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

    6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
    Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

    7. Berdoa dan bertawakal
    Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
    Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

    Soalan dan Skema Kertas Bahasa Malaysia 1 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/H3ebgHof/SOALAN_DAN_SKEMA_BM1_KEDAH_201.html

    Thursday, 13 October 2011

    Soalan dan Skema Kertas Peng. Am 1 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/ysev8MKI/SOALAN_DAN_SKEMA_P_AM1_STPM_KE.html

    Soalan dan Skema Kertas Bahasa Malaysia 2 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/Z74prAZx/SOALAN_DAN_SKEMA_BM_2_KEDAH_ST.html

    Soalan dan Skema Kertas Geografi 1 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/3P1LP54n/SOALAN_DAN_SKEMA_GEOGRAFI_1_20.html

    Soalan dan Skema Kertas Geografi 2 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/gFr5-Wnd/SOALAN_DAN_SKEMA_GEOGRAFI_2_20.html

    Soalan dan Skema Kertas Peng. Am 2 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/2m4OXQ5F/SOALAN_DAN_SKEMA_P_AM_2_KEDAH_.html

    Soalan dan Skema Kertas Peng. Perniagaan 1 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/6mFnP0Y9/SOALAN_DAN_SKEMA_PP1_KEDAH_201.html

    Soalan dan Skema Kertas Peng. Perniagaan 2 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/870GmUNw/SOALAN_DAN_SKEMA_PP2_KEDAH_201.html

    Soalan dan Skema Kertas Sejarah 1 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/QJGDp5wh/SOALAN_DAN_SKEMA_SEJARAH_1_KED.html

    Soalan dan Skema Kertas Sejarah 2 Percubaan Kedah 2011

    http://www.4shared.com/document/Gj8VvC74/SOALAN_DAN_SKEMA_SEJARAH_2_KED.html

    Saturday, 8 October 2011

    Soalan Sejarah 1 Trial STPM SMK Penanti 2011

    http://www.4shared.com/document/GrWNPqd-/Soalan_SMK_Penanti_Sejarah_1_2.html

    Skema Percubaan Sejarah 1 STPM Perlis 2011

    http://www.4shared.com/document/dTdI25rr/SKEMA_SEJARAH_1_PERLIS_2011.html

    Skema Percubaan Sejarah 1 STPM Sabah 2011

    http://www.4shared.com/document/CeoKQys-/Skema_Kertas_1_Sabah_2011.html

    Skema Percubaan Sejarah 1 STPM N. 9 2011

    http://www.4shared.com/document/pIwibFlK/Skema_Percubaan_N_Sembilan_Sej.html

    Skema Percubaan Sejarah 2 STPM Perlis 2011

    http://www.4shared.com/document/H5L-kdzM/SKEMA_SEJARAH_2_PERCUBAAN_STPM.html

    Monday, 3 October 2011

    Saturday, 1 October 2011

    Perdagangan 2 SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/TsVuxy75/PERD2.html

    P. AM 1 STPM Percubaan Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/sfW4SHfp/PA1.html

    P. AM 2 STPM Percubaan Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/HkA6z4v6/PA2.html

    B. MALAYSIA 1 STPM Percubaan Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/J6QBUmU_/BM1.html

    B. MALAYSIA 2 STPM Percubaan Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/I97Etb_i/BM2.html

    GEOGRAFI 1 STPM Percubaan Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/_UGxQoTE/GG1.html

    GEOGRAFI 2 STPM Percubaan Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/uVnalw3w/GG2.html

    Sastera SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/XNWIBdWQ/KM_online.html

    Sains 2 SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/v4gbELNl/SC2.html

    Sejarah 1 SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/4UYr9WBd/SEJ1.html

    Thursday, 29 September 2011

    B. Melayu 1 SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/-eVYt-2y/BM1.html

    B. Melayu 2 SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/FPhn-KTd/BM2.html

    Sejarah 2 SPM Percubaan Kelantan 2011

    http://www.4shared.com/document/EBbSbuv0/SEJ2.html

    SEJARAH 1 Percubaan STPM Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/iW9keyn1/SEJ1.html

    SEJARAH 2 Percubaan STPM Pahang 2011

    http://www.4shared.com/document/8FrLLfun/SEJ2.html

    P. PERNIAGAAN 1 Percubaan STPM Pahang 2011

    http://www.mediafire.com/?s6jyzab7ljb2bc8

    P. PERNIAGAAN 2 Percubaan STPM Pahang 2011

    http://www.mediafire.com/?99s5o7i4qcvs1g2

    EKONOMI 1 Percubaan STPM Pahang 2011

    http://www.mediafire.com/?6bj6pdu5br2l15o

    EKONOMI 2 Percubaan STPM Pahang 2011

    http://www.mediafire.com/?ega7sc3p77v25qq

    Tuesday, 27 September 2011

    SEJ2 Trial Pahang 2010 STPM

    http://www.mediafire.com/?fbnip2lpmcbag02

    PP2 Trial Pahang 2010 STPM

    http://www.mediafire.com/?c4q3gn2k4scqi1r

    PP1 Trial Pahang 2010 STPM

    http://www.mediafire.com/?fndd7dvs847nhps

    PA1 Trial Pahang 2010 STPM

    http://www.mediafire.com/?3q03dk67q3wwwp9

    GG2 Trial Pahang 2010 STPM

    http://www.mediafire.com/?br5outbieb1tr9x

    GG1 Trial Pahang 2010 STPM

    http://www.mediafire.com/?9wbvwb26h181nh4

    Monday, 26 September 2011

    SV 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?dvm8si8v6qd8apg

    Soalan Kesusasteraan Melayu 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?85c395xhei8cpf9

    Kesusasteraan Melayu 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?i7d3351oksagif7

    PP 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?wmvub8ivx4t28wt

    PP 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?7g9ur8bb9dvwofc

    EK 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?sw00ybv5ge2m759

    Soalan Ekonomi 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?a2qh008wo00q0iw

    Soalan GEOG 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?4alqp5t07fdjjki

    Soalan GEOG 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?hm19sjhqmbb17c9

    Soalan SEJ 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?s2al375as6c6hol

    Soalan SEJ 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?kkkxur62ih72yh8

    PA 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?rnhle44rn69fmeh

    BM 2 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?ajy7ncbwqchttpa

    PA 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?ppf83b4ffe18w84

    BM 1 Percubaan Kelantan 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?0qcd1bvry6o2l8f

    Thursday, 22 September 2011

    Soalan BM2 Trial Perak 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?lbi3qo6uqxcsnri

    Skema BM2 Percubaan Perak 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?b9nni202qgj3i65

    Soalan Sej1 Percubaan Perak 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?73ijg3p2w42tzj7

    Skema Sej1 Percubaan Perak 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?3mz3k1icx5b0stq

    Soalan Sej2 Percubaan Perak 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?2y3h12iz6sp43le

    Skema Sej2 Percubaan Perak 2011 STPM

    http://www.mediafire.com/?ar0btsopuz5i1z0

    Blog Archive

    Followers

    Pencipta Jalur Gemilang

    Pencipta Jalur Gemilang
    Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.