Nuffnang Ads

Saturday, 15 October 2011

Panduan Menulis Esei Sejarah 1 STPM



Salam untuk semua.
Di sini dinyatakan satu panduan ini sangat berguna pada calon Kertas Sejarah 1 STPM, agar esei yang ditulis menepati kehendak dari segi format menjawab. Jawapan mestilah mengikut kehendak oleh soalan. Tuliskan sebanyak mungkin isi yang diingati agar calon lebih selamat. Jangan sesekali tidak cuba menjawab. Gunakan kaedah pertanyaan 5W 1H untuk mencungkil idea. Sentiasa wujudkan persoalan dalam kepala calon agar calon dapat menulis jawapannya.

Cara Menulis Esei Yang Baik.

A.      CIRI-CIRI PENDAHULUAN ( 3 markah )

1. Perenggan Pertama 
2. Bukan Kehendak Soalan/Isi
3. Pengertian Kepada Konsep
4. Latar Belakang Kawasan
5. Latar Belakang Kepada Tema

B. ISI: ( 20 markah ) 
Isi yang hendak ditulis mestilah mengandungi IHC iaitu Fakta + Huraian  + Contoh

    FAKTA: 
    1. Bilangan fakta bergantung kepada kehendak soalan tu. 
    2. Satu soalan: biasanya perlu ada 7 isi (Jika ada lebih, tulis semua lebih selamat kerana selagi markah isi belum mencapai jumlah maksimum, anda akan dapat markah setiap isi yang ditulis) 
    3. Lebih daripada satu bahagian: Perlu pertimbangkan kepentingan bahagian. (Contoh: Kalau soalan hendak konsep dan faktor, tentulah markah faktor lebih banyak daripada konsep) 
    4. Fakta yang baik mempunyai huraian dan contoh 
    5. Setiap fakta ditulis dalam satu perenggan

    HURAIAN: 
    1. Menjadi penerangan kepada fakta 
    2. Soalan yang boleh mendorong kepada huraian ialah mengapa/ kenapa/ bagaimana/ apakah implikasi/ kesannya (Kaedah 5W 1H) 
    3. Satu fakta memadai dengan 4-5 huraian

    CONTOH: 
    1. Merupakan bukti kepada fakta atau huraian 
    2. Soalan yang boleh mendorong mengemukakan contoh:
    i.        Bila (tarikh, tahun, abad)
    ii.       Siapa (nama, kaum,)
    iii.      Di mana (tempat)
    iv.      Banyak mana (kadar, bilangan)
    v.       Apa ( peristiwa )

    C. KESIMPULAN: ( 2 markah ) 
    1. Apa sahaja yang berkaitan. 
    2. Tidak mengulangi pernyataan soalan 
    3. Tidak menyenaraikan/mengulang isi

    Peringatan:
    Jangan sesekali calon tidak menulis Pendahuluan dan Kesimpulan, kerana kedua-dua bahagian ini sangat mudah untuk dapat markah. Sebanyak 5 markah maksimum boleh anda kutip di sini.

    No comments:

    Post a Comment

    "Sila tinggalkan comment anda"

    Blog Archive

    Followers

    Pencipta Jalur Gemilang

    Pencipta Jalur Gemilang
    Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.