Untuk
menulis esei atau jawapan yang baik, mesti mengandungi tiga elemen iaitu
Pendahuluan, Bahagian Isi dan Kesimpulan.
PENGENALAN
YANG BAIK
1. Pengenalan ialah penjelasan awal tentang sesuatu
tajuk atau soalan yang ditanya iaitu huraian mesti berkaitan dengan soalan.
2.
Menyentuh persoalan-persoalan seperti bagaimana, bila, di
mana, siapa, mengapa dan apa.
3. Markah untuk pengenalan ialah 3 markah.
4. Untuk mendapat markah penuh ini, calon mesti menulis
pengenalan antara 10 hinga 14 baris.
5.
Pendahuluan jangan terlalu pendek atau panjang, ini
kerana akan mempengaruhi markah calon nanti. Jika terlalu pendek markahnya
pasti akan kurang daripada 3 markah dan jika terlalu panjang maka akan
merugikan masa calon yang sepatutnya digunakan untuk menulis di bahagian isi.
CARA-CARA MENULIS
JAWAPAN YANG BAIK
1.
Baca soalan dengan teliti dan cuba fahami
kehendak soalan yang dijawab. Sekiranya masih tidak jelas dengan kehendak
soalan, calon mesti membacanya sehingga faham. Panjang esei calon mesti antara
2 helai atau lebih ( 4 atau lebih muka surat). Kemudian, barulah calon
menyediakan rangka jawapan supaya calon tidak kehilangan idea atau isi semasa
menulis nanti. Kita sedia maklum untuk menjawab soalan banyak tekanan yang akan
menyebabkan calon terlupa isi jika tidak ditulis terlebih dahulu.
2.
Pilihlah soalan yang benar-benar dikuasai oleh
calon iaitu sebanyak 4 soalan (2 soalan di bahagian A dan 2 soalan di bahagian
B) selepas semua soalan dibaca oleh calon.
3.
Kemudian calon perlu membuat
pengagihan masa yang tepat iaitu 45 minit untuk satu soalan.
Semasa menulis calon perlu peka terhadap masa agar calon tidak menggunakan masa
yang lebih untuk menulis satu-satu soalan. Jika ini berlaku, calon akan
kesuntukan masa untuk menulis jawapan soalan keempat nanti.
4.
Kenal pasti bentuk soalan yang dipilih oleh calon kerana
teknik menulis jawapan berbeza. Sebagai contoh:
a. Soalan yang berbentuk Bincangkan... di depan
berlainan dengan soalan mempunyai perkataan bincangkan di belakang.
b. Begitu juga dengan soalan bandingkan... calon mesti
mewujudkan perbandingan melalui pemilihan perkataan yang sesuai untuk
menggambarkan perbandingan berlaku.
c.
Manakala soalan yang menpunyai perkataan sejaumanakah...
lain pula cara menulisnya.
d.
Dan banyak lagi bentuk-bentuk soalan yang lain. Calon
boleh berbincang dengan guru calon.
e.
Untuk mendapat markah yang baik dan cemerlang, calon
mesti menggunakan teknik dan strategik menjawab dengan betul.
5.
Kemudian bahagian menghuraikan isi jawapan pula mesti mengandungi tiga elemen iaitu calon mengemukakan isi (faktor), huraian
dan contoh – ICH
6.
Perbanyakkan perenggan mengikut jumlah isi. Jadi bilangan perenggan
bergantung kepada jumlah isinya. Calon mesti berbuat demikian supaya pemeriksa akan mudah
memeriksa kertas kita. Ini juga untuk menggelakkan pemeriksa terlepas pandang
isi yang ditulis oleh calon.
7.
Struktur jawapan kita mestilah dalam bentuk
karangan atau esei. Jangan sesekali calon menulis jawapan dalam bentuk
nombor, sempang (-), meletakkan a), b), c) dan seterusnya. Jika ini berlaku,
jawapan calon akan dianggap sebagai rangka jawapan sahaja. Bermakna calon tidak akan mendapat markah.
8.
Jika boleh,
calon menyatakan pendapat ahli sejarah untuk
memantapkan lagi jawapan calon. Sebagai contoh... Mengikut Prof. Khoo Kay Kim,
faktor ekonomi merupakan sebab utama kuasa British memulakan campur tangan
secara rasmi.......
9.
Elakkan
menggunakan faktar sendiri atau
salah.
10. Calon mesti menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh pemeriksa. Jaga tulisan calon,
jangan menggunakan tulisan bersambungan.
11. Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh calon
seperti:
a. jangan tersilap fakta
b. jangan cipta fakta sendiri
c. jaga tulisan dan bahasa
d.
jangan ada rayuan belas kasihan
e. jangan cuba meniru
f. jangan bawa masuk nota
MENULIS KESIMPULAN YANG BAIK
1. Cara menulis kesimpulan terdapat 2 cara iaitu kita
merumus semula dan membuat penilaian ke atas topik yang dibincangan.
a. Cara pertama, calon akan mengambil semula isi-isi
yang telah dihuraikan dan dibuat rumusan.
b. Cara kedua, calon membuat suatu penilaian mengenai
apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan fakta sejarah yang
telah dipelajari.
2.
Untuk kesimpulan calon tidak perlu menggunakan
perkataan-perkataan lain. Calon mesti menulis... Kesimpulannya,......untuk
memulakan perenggan kesimpulan.
3. Markah yang
diperuntukkan untuk kesimpulan ialah 2 markah dan boleh jadi 3 markah jika
kesimpulannya adalah baik. Tetapi
bergantung kepada markah di pengenalan di mana jika pengenalan sudah mendapat 3
markah maka untuk kesimpulannya hanya 2 markah sahaja.
4.
Panjang kesimpulan yang baik antara 5 hingga 8 baris.
Kesimpulan juga jangan terlalu pendek atau terlalu panjang kerana akan
mempengaruhi pemberian markah atau masa calon.

No comments:
Post a Comment
"Sila tinggalkan comment anda"