Nuffnang Advertisment

Thursday, 21 June 2012

BAHAGIAN B TEMA 1: SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA DI ASIA TIMUR

Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia Timur pada abad ke-19

A.  PENGENALAN.

1.   Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat masyarakat tempatan Asia Timur telah pun mempunyai serta mengamalkan kepercayaan dan agama mengikut tempat masing-masing.

2.   Agama merupakan satu ajaran yang ingin memperolehi kesempumaan awal. Kepercayaan pula ialah pegangan atau amalan penyembahan terhadap sesuatu yang luar biasa. Di Asia Timur iaitu merujuk kepada negara China dan Jepun, kepercayaan-­kepercayaan yang diamalkan seperti Confuciusnisme, Taoisme, Shintoisme dan Animisme.

3.   Manakala agama-agama yang diamalkan oleh masyarakat Asia Timur adalah agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian.


B.  ISI

Negara China

Sistem Kepercayaan

a.   Confuciusnisme

Confuciunisme diasaskan oleh Kung Fu Tze atau Confucius iaitu seorang ahli fisilosofi China yang terkenal. Kepercayaan ini berdasarkan konsep Li dan Jen. Semua ajaran confucious telah dibukukan di dalam buku bertajuk “Analekta”. Kepercayaan ini menekankan konsep idea pemerintah merupakan pegangan hidup dan keharmonian dalam keluarga dipentingkan. Ibu bapa harus dipatuhi dan dihormati, hingga menyebabkan wujudnya penyembahan nenek moyang. Kepercayaan ini juga menekankan 5 bentuk hubungan baik iaitu hubungan antara pemerintah dengan rakyat, ibu bapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

b.   Taoisme

Taoisme pula diasaskan oleh Lao Tze dan Chuang Tze. Ajaran mereka juga telah dibukukan di dalam buku yang bertajuk ‘Tao Te Ching’ oleh pengikut-pengikutnya. Pegangan yang ditekankan adalah hubungan antara manusia dengan alam semesta, tidak mementingkan hal duniawi dan mahukan pemerintah dan undang­-undang yang minima. Menurut penganutnya, semakin banyak undang­-undang semakin banyak kecurian dan pembunuhan yang berlaku. Dalam ajaran ini mempunyai 2 kumpulan iaitu kumpulan yang mendesak kerajaan supaya mengurangkan kawalan atau sekatan terhadap rakyat dan kumpulan kedua pula membicarakan tentang hubungan manusia dengan alam semester.

Agama

a.   Agama Buddha

Agama Buddha merupakan agama yang dianuti oleh majoriti penduduk negara China. Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha. Antara pegangan agama Buddha ialah menamatkan kesengsaraan melalui ‘jalan mulia lapan lapis dan empat kebenaran mulia’. Ia terbahagi kepada dua mazhab iaitu Hinayana di Vietnam, Korea dan lain-lain. Manakala Mahayana di India, Jepun dan majoriti di China. Di negara China, agama ini telah digunakan secara meluas dan digabungkan dengan ajaran-ajaran Confucius dan Tao terutama dalam adat resam dan cara hidup.

b.   Agama Islam

Agama Islam pula adalah agama yang hanya dianuti oleh minoriti penduduk negara China tetapi agama ini telah disebarkan semenjak abad ke-13 lagi daripada pedagang-pedagang Parsi yang menggunakan Jalan Sutera. Kitab al-Quran dan al-Sunnah menjadi pegangan umat Islam. Falsafah dan pegangan penganut Islam terbahagi kepada dua iaitu akidah dan syariah.

Akidah ialah mempercayai keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t manakala syariah pula adalah undang-undang dan peraturan yang terkandung dalam al-Quran dan al-sunnah yang mesti dipatuhi dan diamalkan. Pemerintah merupakan khalifah Allah dan harus memerintah dengan adil, menggunakan undang-undang Islam. Majoriti penganut Islam di negara China terdapat di wilayah Xinjiang, Tientsin dan lain-lain.

c.    Agama Kristian

Agama Kristian juga merupakan agama yang dianuti oleh minoriti penduduk negara China. Kebanyakan penganutnya adalah mereka yang telah terdedah dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang pada masa itu berada di Canton.

Agama yang dibawa oleh Jesus Christ ini telah diturunkan di Juruselam, Palestin 2000 tahun yang lampau. Agama Kristian mementingkan keampunan sesama manusia dan mempercayai keesaan Tuhan. Kitab yang menjadi pegangan penganutnya ialah Bible.


Jepun

Sistem kepercayaan

a.   Shintoisme

Shintoisme adalah amalan yang menyerupai animisme dan tidak mempunyai pengasas atau buku. Pegangan kepercayaan ini mempercayai kewujudan dewa-dewi seperti Dewi Ametriasu iaitu Dewi Matahari dan dewa KAMI, benda hidup atau mati mempunyai roh dan semangat.

Ajaran ini memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan pemerintahan dan masyarakat Jepun.

Agama

a.   Agama Buddha

Agama Buddha merupakan agama yang dianuti oleh majoriti penduduk Jepun. Agama ini diasaskan oleh Siddharta Gautama Buddha. Antara pegangan agama Buddha ialah menamatkan kesengsaraan melalui ‘jalan mulia lapan lapis dan empat kebenaran mulia’. Ia terbahagi kepada dua mazhab iaitu Hidayana di Vietnam, Korea dan lain-lain.

Manakala Mahayana di India, Jepun dan majoriti di China. Di negara Jepun, agama ini telah digunakan secara meluaskan dan digabungkan dengan ajaran Shinto terutama dalam sistem pentadbiran, adat resam dan cara hidup kerajaan dan rakyatnya.

b.   Agama Islam

Agama Islam pula adalah agama yang hanya dianuti oleh minoriti penduduk negara Jepun dan agama ini telah disebarkan ke Jepun oleh pedagang-pedagang dari negara China. Kitab al-Quran dan al-sunnah menjadi pegangan umat Islam. Falsafah dan pegangan penganut Islam terbahagi kepada dua iaitu akidah dan syariah.

Akidah ialah mempercayai keesaan dan kekuasaan Allah s.w.t manakala syariah pula adalah undang-undang dan peraturan yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang mesti dipatuhi dan diamalkan. Agama ini tidak tersebar di seluruh Jepun.

c.    Agama Kristian

Agama Kristian juga merupakan agama yang dianuti oleh minoniti penduduk negara Jepun. Kebanyakan penganutnya adalah mereka yang telah terdedah dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang pada masa itu berada di pelabuhan-pelabuhan penting seperti Kanagawa.

Agama yang dibawa oleh Jesus Christ yang diturunkan di Juruselam, Palestin 2000 tahun yang lampau. Agama Kristian ini mementingkan keampunan sesama manusia dan mempercayai keesaan Tuhan. Kitab yang menjadi pegangan penganutnya Bible.


C.  KESIMPULAN

1.   Kesimpulannya, kita dapati bahawa agama dan kepercayaan masy├árakat Asia Timur mula berubah apabila kuasa-kuasa Barat mengenakan beberapa tekanan sehingga mencemarkan agama dan kepercayaan mereka.

2.   Keadaan ini menyebabkan berlakunya beberapa siri pemberontakan seperti Pemberontakan Boxer di negara China. Melalui pemberontakan ini banyak perubahan telah dilakukan oleh pemerintah-pemerintah negara China dan Jepun.

* Soalan Percubaan Kelantan

No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.