Nuffnang Ads

Friday, 22 June 2012

BAHAGIAN B TEMA 2: PERJANJIAN KANAGAWA DAN PERJANJIAN BOWRING

PERJANJIAN KANAGAWA 1854 DI JEPUN DAN PERJANJIAN BOWRING 1855 DI SIAM YANG DITANDA TANGANI TELAH MENJADI TITIK PERALIHAN DALAM SEJARAH DI KEDUA-DUA NEGARA TERSEBUT. BINCANGKAN.

 A.  PENGENALAN

1.   Di Jepun sebelum pemerintahan Keshogunan Tokugawa, negara Jepun membenarkan pedagang dan mubaligh asing memasuki Jepun dengan bebas. Namun bermula 1863, Jepun mula mengamaIkan dasar isolasi. Perasaan syak wasangka dan curiga terhadap kejujuran orang-orang asing dan pedagang-pedagang barat kerana orang Barat dilihat sebagai satu ancaman politik menyebabkan pemerintahan Shogun mula mengamalkan dasar isolasi. Sebab itulah perundingan Rusia dengan Jepun pada tahan 1792 dan 1804 menemui kegagalan. Percubaan Laksamana Putyatin pada 1852 untuk memujuk Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan Rusia juga gagal.

2.   Di Siam, Raja-raja Chakri sebelum Mongkut juga mengamalkan sikap berwaspada dan menaruh perasaan curiga terhadap kuasa-kuasa Barat. Mereka tidak mahu melihat sistem politik dan budaya negara mereka dicemari oleh pihak Barat. Justeru itu mereka mengamalkan dasar isolasi terhadap pihak Barat. Kerana itulah perwakilan British ke Bangkok pada tahun 1822 di bawah kendalian John Crawford gagal membuat sebarang rundingan atau perjanjian dengan Kerajaan Siam.

3.   Namun demikian, melalui Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Bowring (1855), dasar isolasi yang diamalkan oleh kedua-dua negara terpaksa ditamatkan. Perjanjian-perjanjian ini tidak syak lagi menjadi titik peralihan kepada sejarah di kedua-dua negara berkenaan kerana ia telah membuka lembaran baru dalam sejarah hubungan kedua-dua negara itu dengan negara-negara luar.


B.  Perjanjian Kanagawa di Jepun 1854

Perjanjian Kanagawa ditandatangani pada 31 Mac 1854 di Kanagawa dengan Amerika Syarikat setelah Jepun dipaksa oleh Komoder Matthew Perry supaya menerima surat daripada Presiden Fillmore yang meminta negara Jepun mengadakan hubungan perdagangan dengan Amerika Syarikat. Setelah mengambil iktibar daripada pengalaman negara China dan menyedari bahawa menolak bermakna membawa kehancuran kepada Jepun maka Shogun Tokugawa terpaksa membuka pintu Jepun kepada Barat.

Perjanjian Kanagawa mengandungi beberapa syarat-syarat antaranya ialah:

i.    Dua pelabuhan Jepun selain Nagasaki iaitu Shimoda dan Hakodate dibuka kepada kapal-kapal Amerika Syarikat untuk mendapatkan arang batu, bekalan dan membaiki kerosakan.
ii.   Amerika Syarikat dibenarkan melantik seorang konsul dan ditempatkan di Shimoda.
iii.  Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di negara Jepun akan diberi perlindungan dan layanan yang baik.
iv.   Amerika Syarikat akan diberi hak layanan most favoured nation.

Perjanjian ini dianggap sebagal titik peralihan dalam sejarah Jepun kerana membawa implikasi atau kesan-kesan berikut:

1.   Jepun secara rasminya telah memulakan dasar buka pintu kepada kuasa-kuasa Barat. Keshogunan Tokugawa telah menandatangani perjanjian-perjanjian yang sama dengan Britain yang diwakili oleh Laksamana James Strilling pada 14 Oktober 1854, Rusia yang diwakili oleh Count Putyatin pada 7 Februari 1855 dan Belanda pada Januari 1856.

2.   Pada 1858, Townsend Harris iaitu konsul Amerika di Jepun telah mengadakan perjanjian perdagangan yang lebih sempurna dengan Jepun. Menurut perjanjian ini, Jepun bersetuju membuka empat buah pelabuhan kepada pedagang-pedagang asing iaitu Kanagawa, Nagasaki, Niigata dan Hyogo. Jepun juga bersetuju menetapkan kadar cukai import dan eksport yang berpatutan. Amerika juga diberi hak wilayah asingan.

3.   Dan segi hubungan diplomatik, Jepun mula mewujudkan hubungan diplomatik dengan Amerika Syarikat, Belanda, Rusia, Britain dan Perancis. Jepun berbuat demikian untuk menyelamatkan negaranya daripada menerima nasib yang sama seperti negara China akibat daripada menolak kehendak kuasa Barat maka berlakunya Perang Candu 1 (1839-1842) yang berakhir dengan kekalahan China.

4.   Pembukaan pintu negara Jepun kepada Barat membolehkan Jepun memperoleh manfaat dan segi pembangunan dan pemodenan-pemodenan dalam aspek pentadbiran, ketenteraan, ekonomi dan sosial setanding dengan negara-negara Barat terutamanya semasa pemerintahan Maharaja Meiji. Baginda telah berjaya melakukan pemodenan Jepun merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial. Ini membolehkan Jepun muncul sebagai kuasa yang kuat dalam bidang ekonomi dan ketenteraan.

5.   Walau bagaimanapun, pembukaan pintu Jepun kemasukan kuasa Barat ini telah menyebabkan timbul beberapa masalah dalam negara. Bilangan orang Barat bertambah di Jepun terutamanya di Pelabuhan Yokohama. Kehadiran orang-orang Barat yang banyak menimbulkan masalah ini telah mewujudkan perasaan benci orang-orang Jepun terhadap orang-orang Barat. Perasaan benci ini telah membawa kepada gerakan anti-Barat. Kemuncak anti-Barat ini telah membawa berlakunya peristiwa pembunuhan C.L Richardson di Yokohama oleh suku Satsuma pada tahun 1862, serangan (pembedilan) ke atas kapal-kapal Barat di Selat Shimonoseki oleh Suku Chosu pada tahun 1863 dan sebagainya.

6.   Penerimaan terhadap Barat juga dianggap penting kerana ia menandakan detik kejatuhan Keshogunan Tokugawa. Tindakan mengalah Shogun Tokugawa yang menandatangani perjanjian Kanagawa dianggap merugikan Jepun, menyebabkan ia mula ditentang oleh rakyat terutama suku-suku Barat seperti Satsuma, Toza, Chosu dan Hizen. Kuasa-kuasa Barat pula menyalahkan Shogun Tokugawa berikutan gerakan anti-Barat. Kedudukan kewangan Keshogunan Tokugawa bertambah buruk kerana terpaksa membelanjakan wang yang besar untuk menyelesaikan penentangan terhadap Barat. Desakan dan tekanan-tekanan ini menyebabkan akhirnya pemerintah Tokugawa meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Maharaja pada tahun 1867.

 
C.  Perjanjian Bowring di Siam 1855

Raja Mongkut (Rama IV) sedar bahawa untuk mengekalkan kemerdekaan negara Siam dan mengelakkan Siam dari mengalami nasib yang sama seperti Myanmar dan China, maka dasar pintu tertutup perlu ditamatkan. Oleh itu, Perjanjian Bowring ditandatangani pada 18 April 1855 di Bangkok antara Raja Mongkut dengan wakil British iaitu Sir Jhon Bowring. Perjanjian yang sama juga turut ditandatangani dengan kuasa-kuasa Barat yang lain.

Syarat-syarat Perjanjian Bowring 1855

i.    Cukai ke atas barang-barang yang diimport oleh British ke Siam dihadkan 3% ad valorem dan barang-barang yang dieksport dan Siam dihadkan 5% ad valorem.
ii.    Rakyat British boleh membeli atau menyewa tanah sekitar 4 batu dan Bangkok.
iii.   Rakyat British diberikan hak wilayah asingan.
iv.   British dibenarkan mengimport candu ke Siam tetapi tertakiuk kepada syarat-syarat yang ketat
v.    Seorang konsul British akan dilantik dan ditempatkan di Bangkok.
vi.   Kapal-kapal British dibenarkan memasuki semua pelabuhan Siam.

Perjanjian ini penting dan dianggap titik peralihan kepada sejarah negara Siam kerana:

1.   Pintu negara Siam telah dibuka kepada aktiviti perdagangan Barat. Kapal-kapal Britain dibenarkan berlabuh di kesemua pelabuhan Siam. Mongkut juga menandatangani perjanjian-perjanjian yang serupa dengan Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Portugis. Hal ini menyebabkan beberapa barang diimport ke Siam. Beras, kayu jati dan hasil-hasil hutan pula dieksport. Namun, penglibatan Siam dalam perdagangan antara bangsa ini menyebabkan merosotnya kegiatan ekonomi sara diri di Siam. Banyak pengusaha kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak dapat bersaing dengan kuasa Barat.

2.   Perjanjian ini juga menamatkan penguasaan ekonomi Siam oleh orang Cina yang sebelum ini memonopoli perdagangan asing Siam. Dengan termeterai perjanjian ini orang Inggeris berjaya menguasai hampir 70% perdagangan asing Siam.

3.   Perjanjian Bowring juga membawa kepada pengenalan sistem kewangan moden. Penglibatan Siam ke dalam sistem perdagangan antarabangsa yang lebih meluas menyebabkan Siam mengadakan banyak lagi perjanjian dengan negara-negara Barat yang lain seperti Belanda, Portugal, Rusia dan Perancis. Justeru itu sistem kewangan moden dan sistem perbankan diperkenalkan bertujuan memudahkan urusan perdagangan. Mata wang baht mula digunakan semasa pemerintahan Raja Mongkut. Kilang mencetak wang juga telah ditubuhakan di negara Siam.

4.   Perjanjian ini merupakan asas kepada terbukanya pintu pemodenan kepada Siam. Pengenalan sistem pendidikan Barat, sistem politik dan pentadbiran , perhubungan yang lebih moden oleh Raja Mongkut yang kernudiannya diteruskan oleh anaknya iaitu Raja Chulalongkorn  telah rnengubah identiti negara Siam daripada Siam Tradisional kepada Siam Moden.

5.   Siam juga berjaya mengekalkan kemerdekaannya, menjadikannya negara tunggal di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh mana-mana kuasa Barat.


D.  Kesimpulan

1.   Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Bowning (1855) telah tidak dinafikan lagi merupakan titik penting dalam sejarah kedua-dua negara. Perjanjian ini meninggalkan kesan positif dan negatif dalam pelbagal aspek politik, ekonomi dan sosial. Menerusi perjanjian ini, kedua-dua negara Asia itu membuka lembaran baru dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara Barat berasaskan pninsip-prinsip persamaan taraf.

2.   Perjanjian-perjanjian mi telah menyelainatkan Jepun dan Siam daripada dijajah oleh kuasa-kuasa Barat. Dengan bantuan pihak Barat, kedua-dua negara berjaya memajukan dan memodenkan negara dengan dasar-dasar pembaratan yang telah mendatangkan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya.


*Soalan Percubaan Kelantan.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Blog Archive

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.