Nuffnang Advertisment

Followers

Thursday, 21 June 2012

BAHAGIAN A TEMA 4: PERANAN BADAN EKSEKUTIF DI MALAYSIA

BINCANGKAN PERANAN BADAN EKSEKUTIF DALAM SISTEM PENTADBIRAN DI
MALAYSIA SELEPAS MENCAPAI KEMERDEKAAN.

A.  PENGENALAN

Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang diketuai oleh Perdana Menteri dan jemaah Menteri. Badan Eksekutif mempunyai tugas menjalankan kuasa-kuasa pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang. Di Malaysia terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan iaitu peringkat persekutuan, peringkat negeri dan peringkat kerajaan tempatan.


B.  ISI

1.  Pentadbiran Peringkat Persekutuan

Mengikut Perkara 39 Perlembagaan persekutuan, kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan terletak pada tangan Yang Dipertuan Agong tetapi kuasa mi dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri. Jemaah Menteri berperanan sebagai badan pengurusan tertinggi negara yang membentuk segala dasar kerajaan. Dasar-dasar yang dibentuk itu kemudiannya diluluskan oleh kabinet. Bagi tujuan melaksanakan arahan dasar kerajaan tersebut, Jabatan Perdana Menteri akan menyelaras peranan mana-mana kementerian yang akan melaksanakannya.

Peranan utama Jemaah Menteri ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara di samping memberi arahan untuk melaksanakan dasar tersebut. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan menteri-menteri lain sebagai ahli. Perdana Menteri biasanya ahli dewan rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti daripada anggota Dewan Rakyat. Perdana Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta menteri yang lain di kalangan ahli Dewan Rakyat.

Perdana Menteri bertanggungjawab mengetuai barisan kabinet, memimpin dan menjalankan tugas pentadbiran negara. Perdana Menteri juga bertanggungjawab kepada semua kementerian serta dasar kerajaan. Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada parlimen dan bertanggungjawab secara kolektif atas keputusan-keputusan yang dibuat di Parlimen.

Bagi menjalankan tugas-tugas eksekutif Kerajaan Perksekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan dan badan berkanun telah diwujudkan. Bilangan kementerian, jabatan dan badan berkanun ditambah dan sernasa ke semasa untuk melaksanakan rancangan kerajaan. Setiap kementenian diketuai oleh seorang menteni yang dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen, Setiausaha Politik dan pegawai lain. Setiap kementerian bertanggungj awab mengubal dasar-dasar, merancang dan menyelaras pelaksanaan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial. Antara tugas Perdana Menteri ialah membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta menyelaras dan mengawal semua kementerian, jabatan dan badan berkanun.

Terdapat juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementenian tetapi dibeni tugas khas iaitu Menteri Tak Berfolio di Jabatan Perdana Menteni. Biasanya mereka menjalankan tugas khas. Di bawah kementerian tertentu terdapatjuga beberapa badan berkanun dan agensi kerajaan. Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah Akta Parlimen. Tujuannya ialah untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosial-ekonomi. Di samping itu terdapat juga beberapa jabatan kerajaan serta agensi berkanun lain yang membantu melaksanakan dasar sesebuah kementerian contohnya FELDA.


2.   Pentadbiran Peringkat Negeri

Kuasa eksekutif di peringkat negeri terletak pada Sultan atau raja atau Yang Dipertuan Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing. Ketua Pentadbiran negeri terletak pada Menteni Besar atau Ketua Menteni. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Menteri Besar atau Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat bertindak sebagai pembuat dasar pentadbiran kerajaan Negeri dan tertakiuk kepada Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Pentadbiran peringkat negeni meliputi tanggungjawab tentang hal-ehwal tanah dan galian, air, agama, pertanian, pendidikan, perhutanan dan sebagainya.

Semua dasar kerajaan negeni dibentuk di Dewan Undangan Negeri dan dipertanggungjawab kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya. Pejabat ini akan menurunkan kuasa kepada Pejabat Daerah yang akan menentukan pembangunan daerah.

Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalan dan beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada empat  Bahagian iaitu Bahagian ditadbir oleh Residen, daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah, daerah kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri dan di peringkat kampung pula ditadbir oleh ketua kampung.

Di Sabah, terdapat dua peringkat pentadbinan iaitu daerah dan kampung sahaja. Daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri manakala di peringkat kampung oleh Ketua Kampung.


3.   Pentadbiran Peringkat Daerah

Pentadbiran peringkat Daerah diketuai oleh Pegawai Daerah dan dibantu oleh beberapa orang penolong. Pegawai Daerah dibantu oleh beberapa orang penghulu yang menjadi ketua mukim dan ketua kampung mengetuai kampung masing-masing.


4.   Pentadbiran Kerajaan Tempatan

Kerajaan Tempatan juga dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan. Ia mengandungi Majlis Daerah, Majlis Perbandaran dan Dewan Bandaraya.

Peranan utama pentadbiran Kerajaan Tempatan ialah untuk menumpukan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan pekan atau bandar.

Pentadbiran kerajaan tempatan terdiri daripada dua majlis iaitu Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pentadbiran Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan sebuah majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri.

Terdapat juga Dewan Bandaraya yang mempunyai peranan yang sama dengan Majlis Perbandaran tetapi hanya tertumpu di kawasan bandaraya sahaja. Dewan Bandaraya diketuai oleh Datuk Bandar.

Pihak berkuasa tempatan mempunya kuasa autonomi sendiri. Antaranya ialah berkuasa membentuk undang-undang kecil sendiri dan melantik kakitangan seperti penguatkuasa.

Pihak Berkuasa tempatan mengurus sumber kewangan sendiri. Majlis tempatan berperanan untuk memajukan kawasan pekan atau bandar, mengutip cukai pintu, meluluskan pembinaan, memberi permit perniagaan dan sebagainya.


C.  KESIMPULAN

Badan eksekutif memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan sosio­-ekonomi di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Badan eksekutif ini menjadi nadi kepada kemajuan negara.


1 comment:

  1. semtasi student 20125 July 2012 at 21:49

    soalan n jwpn yg sngt2 membantu :)
    thanks ~

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan comment anda"

"Segala kandungan dalam blog ini adalah untuk panduan kepada pelajar sejarah dan guru mengajar sejarah STPM. Tidak dibenarkan ada unsur plagiat atau dipindah ke blog lain. Thank You atas perhatian dan sokongan semua....."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...