Nuffnang Advertisment

Followers

Friday, 3 August 2012

EKONOMI FEUDALISME DI JERMAN

Pengenalan


Pada abad ke-16, Jerman juga masih mengamalkan sistem ekonomi feudalisme yang mengutamakan kegiatan pertanian sebagai sumber pendapatan kerajaan. Golongan petani telah ditindas akhir mereka menuntut agar kerajaan melakukan pembaharuan agar meningkatkan lagi taraf kehidupan mereka. Dengan campur tangan kerajaan akhirnya ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang. Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan oleh Jerman dapat dilihat dalam 3 bidang utama iaitu pertanian, perindustrian dan perbankan. 


Kegiatan Ekonomi Feudalisme di Jerman

Pertanian

1.      Pada abad ke-16M, bidang pertanian merupakan sumber utama ekonomi Jerman yang diusahakan oleh 90% masyarakat petaninya. Petani di Jerman masih bergantung  kepada tuan tanah dan terikat dengan sistem perhambaan. Kegiatan pertanian yang dijalankan masih menggunakan kaedah primitif.
2.      Kegiatan pertanian di Jerman menggunakan sistem tiga bidang pertanian iaitu tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman bijirin (gandum, oat, barli dan kekacang), peralatan yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada kayu dan menggunakan binatang menggemburkan tanah. Selepas musim menuai, binatang ternakan dilepaskan untuk meragut rumput.
3.      Petani Jerman dibebani dengan masalah cukai tanah dan tidak bebas melakukan kerja lain seperti memburu, menagkap ikan dan memotong rumput. Mereka dikawal dan ditindas oleh golongan tuan-tuan tanah.
4.      Penindasan yang dilakukan ini telah membawa kepada pemberontakan petani di wilayah tengah dan selatan Jerman. Pemberontakan ini berlaku dari tahun 1524 hingga 1525 untuk menuntut kebebasan dan hak-hak lain dari golongan tuan-tuan tanah atau bangsawan.
5.      Golongan petani menuntut beberapa pembaharuan bagi mengubah hidup mereka seperti mereka dibenarkan melakukan kegiatan lain selain bertani, sistem perhambaan dihapuskan dan menuntut tanah-tanah awam diserahkan kepada mereka untuk diusahakan.
6.      Malangnya, pemberontakan ini gagal dan telah menyebabkan 100 000 orang petani telah terkorban. Walau bagaimanapun, perjuangan golongan petani ini mendapat perhatian pemerintah dan akhirnya pembaharuan telah dijalankan dalam bidang perhatian. Antara pembaharuan yang dijalankan ialah membina terusan iaitu Terusan Frederick William yang menghubungankan Sungai Order dengan Sungai Elbe, mengecualikan cukai kepada petani selama 10 tahun, menggalakkan penternakan lembu susu, melaksanakan pembahagian tanah kepada petani, mengalakkan migrasi ke kawasan pertanian baru dibuka dan menggabungkan tanah-tanah pertanian.
7.      Kerajaan Jerman juga mewujudkan pengkhususan pekerjaan dan pengeluaran mengikut wilayah seperti wilayah Necker dengan penanaman anggur dan wilayah Pomerania khusus untuk pengeluaran pertukangan.
8.      Walaupun pembaharuan telah dilaksanakan dan meningkatnya hasil pengeluaran di Jerman, namum golongan petani tetap tidak berubah. Mereka masih terikat dengan golongan tuan-tuan tanah dan masih menjadi golongan serf seperti di sungai Elbe. Pada akhir abad ke-18M, kerajaan Jerman telah menghapuskan sistem serf dan golongan petani telah dibebaskan sepenuhnya.

Perdagangan dan Perindustrian

1.      Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk, Hamburg dan Bremen. Pelabuhan Hanseatic di Venice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu membawa masuk barangan logam, bulu binatang, barangan kulit dan kain bulu. Barangan yang dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan kaca,  senjata dan kertas. Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi barangan penting dalam hubungan perdagangan dengan Belanda.

2.      Bandar-bandar di Jerman telah mengalami perkembangan yang pesat pada tahun 1740, iaitu menjadi pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan pedagang serta tukang-tukang. Kegiatan perdagangan semakin berkembang di Jerman dari abad ke-16M hingga abad ke-18M iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan darat dari utara Itali ke pelabuhan entreport Jerman Selatan.

3.      Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besar-besaran di Jerman untuk pasaran dalaman dan untuk eksport. Jerman telah mengusahakan perusahaan sutera dan masyarakat desanya mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala masyarakat bandarnya pula menggunakan mesin untuk mewarnakan, memutihkan  kain dan memasarkannya.

4.      Kegiatan perindustrian semakin berkembang apabila kerajaan mengadakan pembaharuan seperti  membina jalan raya di Hesse dan Baden-Durlach pada akhir abad ke-18M. Kerajaan juga telah menambah tenaga buruh iaitu Raja Frederick William I mengambil tentera sebagai tenaga buruh yang dibayar gaji untuk bekerja di kilang kain kapas dan bulu. Kerajaan juga telah mewujudkan kerjasama antara dengan pihak swasta atau persendirian seperti kilang senjata di Berlin (1722) dan kilang cermin Neuhaus (1720).

5.      Industri kraf tangan juga telah berkembang di kawasan pedalaman Jerman seperti di Bohemia. Bidang penenunan telah dimonopoli oleh pekerja wanita iaitu seramai 200 000 orang. Wilayah ini telah menjadi pembekal bahan eksport industri Jerman ke negara Amerika dan Eropah. Industri ini turut berkembang ke Chemnitz iaitu penduduknya menjadi pemintal benang di rumah.

6.      Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan saudagar melalui penubuhan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar mula hilang peranannya.


Institusi Kewangan

1.      Institusi kewangan seperti bank telah ditubuhkan di Jerman yang banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman. Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-18M, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.

2.      Perkembangan perbankan ini telah melahirkan keluarga Fuggers Augburg yang kaya di jerman dan Eropah dengan memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah meningkat kepada 4 juta gulden pada tahun 1546. Mereka telah melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan perkapalan serta memberi pinjaman kepada Maharaja Rom Suci.


Kesimpulan

Kepesatan perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman banyak didorong oleh peranan yang dimainkan oleh golongan petani. Hasil keluaran pertanian yang semakin meningkat setelah pembaharuan yang dilaksanakan oleh kerajaan telah membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan yang didominasi oleh golongan saudagar. Ekonomi feudalisme Jerman semakin berkembang dengan tertubuhnya institusi kewangan seperti bank.

1 comment:

"Sila tinggalkan comment anda"

"Segala kandungan dalam blog ini adalah untuk panduan kepada pelajar sejarah dan guru mengajar sejarah STPM. Tidak dibenarkan ada unsur plagiat atau dipindah ke blog lain. Thank You atas perhatian dan sokongan semua....."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...