"Segala kandungan dalam blog ini adalah untuk panduan kepada pelajar sejarah dan guru mengajar sejarah STPM. Tidak dibenarkanada unsur plagiat atau dipindah ke blog lain. Thank You atas perhatian dan sokongan semua....."
"SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN KEPADA SEMUA CALON STPM BAHARU PENGGAL KE-2" .......Good Luck!!!!
Masyarakat
agraria merupakan masyarakat yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan kepada
pertanian iaitu bercucuk tanam dan menternak binatang. Jenis-jenis tanaman
utama ialah padi sawah, padi huma, ubi taro, dan keladi; tanaman bijirin pula
ialah gandum, barli, oat, kubis, kekacang dan sebagainya. Selain itu, masyarakat juga menjalankan
aktiviti berburu, mengutip hasil hutan dan menangkap ikan pada peringkat awal. Penempatan
mereka terbentuk di sekitar kawasan yang subur seperti lembah-lembah sungai,
kawasan berbukit, serta kawasan yang mempunyai sistem saliran yang baik. Mereka
juga mempunyai kemahiran menghasilkan makanan sendiri dengan pertanian pindah
sehingga mengusahakan pertanian tetap. Pada masa yang sama masyarakat agraria
mempunyai hubungan dengan masyarakat maritim dan saling bergantungan.Masyarakat
agraria di China
menjalankan kegiatannnya atas arahan golongan pembesar.
Manakala
di Eropah telah berlaku perubahan politik dan ekonomi yang pesat terutama selepas
keruntuhan sistem feudal sehingga telah terbentuk beberapa buah negara bangsa
yang baru seperti Portugal, Sepanyol, England
dan Belanda. Pentadbiran berpusat ini telah dikuasai oleh raja yang berkuasa
mutlak dan pentadbiran ini telah membolehkan kerajaan menyeragamkan sistem
pemerintahan. Penyeragaman pentadbiran
ini telah memberi kesan yang besar kepada sistem ekonomi yang dijalankan.
Pada
abad ke-16 dan 17, negara Belanda dan China mengamalkan ekonomi
mekantilisme iaitu kerajaan akan campur tangan dalam kegiatan ekonomi bagi
tujuan mengukuhkan lagi kekuasaan politik dan kekayaan negara. Campur tangan kerajaan
ini dapat memastikan perkembangan ekonomi selaras matlamat kerajaan.
Terdapat beberapa unsur di dalam pengamalan ekonomi
mekantilisme yang dijalankan oleh negara Belanda dan China seperti unsur
nasionalisme, paternalisme dan imperialsme. Bagi negara Belanda masyarakatnya
mengamalkan unsur paternalisme dan imperialisme. Manakala negara China pula
mengamalkan unsur nasionalisme dan paternalisme.
Unsur nasionalisme merupakan sesebuah negara atau
masyarakat menjalankan ekonomi yang kendiri iaitu tidak bergantung kepada
negara lain untuk memenuhi keperluannya. Unsur paternalisme pula memperlihatkan
kerajaan memainkan peranan penting dalam mengatur kegiatan ekonomi, sosial dan
politik. Manakala unsur imperialisme sangat penting dalam ekonomi mekantalisme
iaitu negara tersebut perlu mempunyai tanah jajahan diseberang laut yang mampu
memenuhi keperluan dalam negara. Dengan mempunyai unsur-unsur inilah maka
negara Belanda dan China dapat memperkembangkan ekonomi agraria sepanjang abad
ke-16 dan 17.
Selalunya, ramai antara kita yang bersusah payah mengikat tali leher. Hinggakan ada yang membeli yang siap berzip sahaja. Tapi bagaimana jika yang tersayang menghadiahkan tali leher sutera berjenama. Perlu diikat sendiri.
Gunakan tutorial ini untuk belajar mengikat tali leher anda..
Untuk
menulis esei atau jawapan yang baik, mesti mengandungi tiga elemen iaitu
Pendahuluan, Bahagian Isi dan Kesimpulan.
PENGENALAN
YANG BAIK
1.Pengenalan ialah penjelasan awal tentang sesuatu
tajuk atau soalan yang ditanya iaitu huraian mesti berkaitan dengan soalan.
2.Menyentuh persoalan-persoalan seperti bagaimana, bila, di
mana, siapa, mengapa dan apa.
3.Markah untuk pengenalan ialah 3 markah.
4.Untuk mendapat markah penuh ini, calon mesti menulis
pengenalan antara 10 hinga 14 baris.
5.Pendahuluan jangan terlalu pendek atau panjang, ini
kerana akan mempengaruhi markah calon nanti. Jika terlalu pendek markahnya
pasti akan kurang daripada 3 markah dan jika terlalu panjang maka akan
merugikan masa calon yang sepatutnya digunakan untuk menulis di bahagian isi.
CARA-CARA MENULIS
JAWAPAN YANG BAIK
1.Baca soalan dengan teliti dan cuba fahami
kehendak soalan yang dijawab. Sekiranya masih tidak jelas dengan kehendak
soalan, calon mesti membacanya sehingga faham. Panjang esei calon mesti antara
2 helai atau lebih ( 4 atau lebih muka surat). Kemudian, barulah calon
menyediakan rangka jawapan supaya calon tidak kehilangan idea atau isi semasa
menulis nanti. Kita sedia maklum untuk menjawab soalan banyak tekanan yang akan
menyebabkan calon terlupa isi jika tidak ditulis terlebih dahulu.
2.Pilihlah soalan yang benar-benar dikuasai oleh
calon iaitu sebanyak 4 soalan (2 soalan di bahagian A dan 2 soalan di bahagian
B) selepas semua soalan dibaca oleh calon.
3.Kemudian calon perlumembuat
pengagihan masa yang tepat iaitu 45 minit untuk satu soalan.
Semasa menulis calon perlu peka terhadap masa agar calon tidak menggunakan masa
yang lebih untuk menulis satu-satu soalan. Jika ini berlaku, calon akan
kesuntukan masa untuk menulis jawapan soalan keempat nanti.
4.Kenal pasti bentuk soalan yang dipilih oleh calon kerana
teknik menulis jawapan berbeza. Sebagai contoh:
a.Soalan yang berbentuk Bincangkan... di depan
berlainan dengan soalan mempunyai perkataan bincangkan di belakang.
b.Begitu juga dengan soalan bandingkan... calon mesti
mewujudkan perbandingan melalui pemilihan perkataan yang sesuai untuk
menggambarkan perbandingan berlaku.
c.Manakala soalan yang menpunyai perkataan sejaumanakah...
lain pula cara menulisnya.
d.Dan banyak lagi bentuk-bentuk soalan yang lain. Calon
boleh berbincang dengan guru calon.
e.Untuk mendapat markah yang baik dan cemerlang, calon
mesti menggunakan teknik dan strategik menjawab dengan betul.
5.Kemudian bahagian menghuraikan isi jawapan pula mesti mengandungi tiga elemeniaitu calon mengemukakan isi (faktor), huraian
dan contoh – ICH
6.Perbanyakkan perenggan mengikut jumlah isi. Jadi bilangan perenggan
bergantung kepada jumlah isinya. Calon mesti berbuat demikian supaya pemeriksa akan mudah
memeriksa kertas kita. Ini juga untuk menggelakkan pemeriksa terlepas pandang
isi yang ditulis oleh calon.
7.Struktur jawapan kita mestilah dalam bentuk
karangan atau esei. Jangan sesekali calon menulis jawapan dalam bentuk
nombor, sempang (-), meletakkan a), b), c) dan seterusnya. Jika ini berlaku,
jawapan calon akan dianggap sebagai rangka jawapan sahaja. Bermakna calon tidak akan mendapat markah.
8.Jika boleh,
calon menyatakan pendapat ahli sejarah untuk
memantapkan lagi jawapan calon. Sebagai contoh... Mengikut Prof. Khoo Kay Kim,
faktor ekonomi merupakan sebab utama kuasa British memulakan campur tangan
secara rasmi.......
9.Elakkan
menggunakan faktar sendiri atau
salah.
10.Calon mesti menggunakan
bahasa yang mudah difahami oleh pemeriksa. Jaga tulisan calon,
jangan menggunakan tulisan bersambungan.
11.Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh calon
seperti:
a.jangan tersilap fakta
b.jangan cipta fakta sendiri
c.jaga tulisan dan bahasa
d.jangan ada rayuan belas kasihan
e.jangan cuba meniru
f.jangan bawa masuk nota
MENULIS KESIMPULAN YANG BAIK
1.Cara menulis kesimpulan terdapat 2 cara iaitu kita
merumus semula dan membuat penilaian ke atas topik yang dibincangan.
a.Cara pertama, calon akan mengambil semula isi-isi
yang telah dihuraikan dan dibuat rumusan.
b.Cara kedua, calon membuat suatu penilaian mengenai
apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan fakta sejarah yang
telah dipelajari.
2.Untuk kesimpulan calon tidak perlu menggunakan
perkataan-perkataan lain. Calon mesti menulis... Kesimpulannya,......untuk
memulakan perenggan kesimpulan.
3.Markah yang
diperuntukkan untuk kesimpulan ialah 2 markah dan boleh jadi 3 markah jika
kesimpulannya adalah baik. Tetapi
bergantung kepada markah di pengenalan di mana jika pengenalan sudah mendapat 3
markah maka untuk kesimpulannya hanya 2 markah sahaja.
4.Panjang kesimpulan yang baik antara 5 hingga 8 baris.
Kesimpulan juga jangan terlalu pendek atau terlalu panjang kerana akan
mempengaruhi pemberian markah atau masa calon.
1. Feudalisme adalah satu bentuk
kerajaan yang terbentuk di Eropah Barat pada
abad ke-9 M, selepas perpecahan Empayar Charlemangne dan berlanjutan sehingga
abad ke-13 Masihi. Sistem pemerintahan ini wujud apabila kuasa kerajaan jatuh
ke tangan orang persendirian (Sivachandralingam, 1996: 66).
2. Secara umumnya Sistem
Feudal (Feudalisme) bolehlah
didefinisikansebagai satu bentuk
kerajaan, yangkuasa politiknya dikuatkuasakan secara tempatan
oleh individu persendirian tetapi bukan oleh
kerajaan pusat.
3. Menurut Gan shof (1944) Konsep Feudalisme pertama kali digunakan pada kurun ke- 17
bagi merujuk kepada sistem politik di
Eropah pada zaman pertengahan yang memeperlihatkan
hubungan yang saling memerlukan di
antara tuan tanah (lords), orang biasa atau petani (Vassals) dan tanah (fiefs). Dengan kata
lain, dalam sistem ini petani bekerja dan menjadi tentera untuk melindungi
seorang bangsawan dan sebagai balasan mereka boleh mengusahakan tanah bangsawan
tersebut. Walaupun istilahnya diambil daripada perkataan latin feodum atau feudum (fief), namun konsep feudalism dan sistemnya bukanlah satu sistem
politik formal pada zaman itu.
4. Menurut Abdullah
Zakaria et. al. ( 2003: 92 ) Pada
asasnya, sistem ini memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan
tanah atau lorddengan Vassal atau pemegang tanah (petani)yang
disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu
pihak akan memberi perlindungan
sementara satu pihak yang lain memberi perkhidmatan ketenteraan demi keselamatan
raja. Mereka juga di beri gelaran tertentu sebagai mengakui
sumbangan tersebut. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, pihak yang dikenali
sebagai feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah membekalkan buruh untuk sistem kerah. Hubungan ini
menentukan kedua-dua pihak memperoleh
faedah dan keuntungan bersama.
CIRI-CIRI MASYARAKAT FEUDAL
Menurut Francois-Louis Ganshof
(1944) Sistem feudal sekurang-kurangnya mempunyai empat ciri penting iaitu hubungan
bertimbalas antara seorang bangsawan (Vassal) kepada bangsawan lain yang lebih kuat atau lebih berpengaruh
(lord), hak milik tanah atau sistem
fief, ketenteraan dan kuasa pemerintahan
serta hak-hak perundangan.
Vassalage atau hubungan bertimbal balas yang di buat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut (Vassal) kepada seorang hulubalang lain, yang di angkat sebagai tuan (lord) kepada Vassal tersebut disebabkan ia lebih kuat atau lebih berpengaruh. Hubungan ini merupakan satu bentuk hubungan persendirian yang bersifat kehormat kerana ia melibatkan perjanjian antara dua orang Individu yang terdiri daripada kelas hulubalang sahaja (Carl Stephenson, 1956:5-10). Melalui hubungan ini, seseorang Vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan tanggungjawab tertentu, iaitu memberikan ketaatan dan perkhidmatan, khususnya ketenteraan oleh Vassal kepada lordnya manakala lord pula akan berfungsi memberi penjagaan dan perlindungan kepada Vasalnya (Azmi Arifin, 2006:55).
Ciri yang kedua ialah fief iaitu sejenis harta feudal, kebiasaannya berupa tanah yang diberikan oleh seseorang lord kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan tersebut. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai military fief ( Azmi Ariffin,1992:55). Bagi sesetengah pengkaji, fief tidak semestinya berupa tanah sahaja. Sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief. Menurut Strayer (1953) Terdapat golongan vassal yang tidak mempunyai sebarang tanah (landless knights) merupakan satu fenomena biasa yang dapat ditemui di Eropah Barat pada kurun ke-11. Kewujudan golongan ini meskipun semakin berkurangan tetapi tidak pula lenyap pada kurun-kurun selepasnya. Tugas lord ialah menjaga pengikutnya seperti menampung segala keperluan sara hidup pengikutnya kerana Vassal merupakan hulubalang sepenuh masa dan tidak terlibat dalam aktiviti ekonomi. Di Eropah Barat pada zaman pertengahan, kegiatan ekonomi yang berkaitan perdangangan telah terjejas teruk akibat kekacauan, serangan luar dan peperangan. Keadaan ini menyebabkan raja-raja yang berfungsi sebagai Lord menghadapi masalah untuk membayar upah dalam bentuk wang. Ketika itu hanya terdapat dua cara yang membolehkan seseorang Lord melaksanakan tugasnya. Pertama seseorang Lord akan menempatkan seseorang vassal di istana-istananya dengan menyedaikan makanan, pakaian, senjata atau sebarang keperluan yang dikehendakinya. Kedua ialah dengan memberikannya tanah sebagai sumber pendapatan yang boleh menampung keperluan hidupnya. Cara ini amat popular kerana dapat menarik minat golongan hulubalang yang berkuasa kerana ia melibatkan jaminan dari segi kedudukan politik, ekonomi dan sosial. Seseorang lord yang tidak mampu mengikat kesetiaan seseorang vassal melalui pemberian tanah biasanya akan mendapati dirinya kehilangan sokongan dan pengaruh, manakala seseorang vassal yang tidak memiliki sebarang tanah sekalipun mempunyai taraf sosial yang lebih tinggi daripada seorang petani kaya, tidak mempunyai peranan dari segi politik dan pemerintahan. Dengan itu mereka akan berada pada kedudukan sosial yang lebih rendah dalam hierarki kelas hulubalang atau bangsawan yang menguasai tanah. Dari sudut ini kita bolehlah mengatakan pemilikan tanah akan menentukan status dan kedudukan seseorang pada zaman feudal di Eropah Barat.
Ciri Feudal yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas hulubalang dan pelaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh vassal kepada lord sebagai balasan penerimaan fief. Oleh kerana tujuan asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang efektif, maka perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan, sedangkan perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan sahaja.Oleh sebab itu kebanyakan pengkaji sejarah feudalism bukan sahaja di Eropah Barat, malah di Jepun, China, India, Timur Tengah dan sebagainya berpendapat institusi feudal tidak mungkin wujud tanpa adanya aspek ketenteraan.Malah perkembangan feudalisme bukan sahaja dikaitkan dengan wujudnya organisasi ketenteraan semata-mata tetapi juga dikaitkan dengan kemunculan kelas-kelas tentera elit baru dan perkembangan teknologi peperangan. Misalnya perkembangan feudalism di Eropah Barat dikaitkan dengan kemunculan golongan knights dan chivalry, di Jepun kelas samurai dan knight-archer, cataphracts di Byzantium dan Iran, Chariot-fighters di Timur Tengah dan China dan sebagainya lagi (Strayer, 1953:9). Kemunculan kelas-kelas tentera elit baru yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang jauh lebih mahal telah menjadikan khidmat ketenteraan pada zaman feudal di eropah hanya mampu dimonopoli segolongan kecil kelas bangsawan sahaja, terutama dikalangan mereka yang menguasai tanah. Dari segi sosial perkembangan ini telah meningkatkan lagi jurang perbezaan yang sedia wujud antara kelas hulubalang dengan golongan rakyat biasa yang terikat dengan kegiatan pertanian.
Ciri yang keempat ialah pemilikan kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya. Kuasa pemerintahan ini juga meliputi penduduk bukan vassal yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord, yang biasanya dilaksanakan oleh sebuah kerajaan. Selain menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.Pemusatan kuasa ketenteraan, polittik dan ekonomi ditangan seseorang lord telah menggalakkan perkembangan wilayah-wilayah feudal yang berdaulat dan berautonomi. Jika berlaku pertelingkahan antara lord dengan raja, golongan vassal yang terikat dengan perjanjian feudal biasanya akan memberikan kesetiaan penuh kepada lord yang berada di atasnya berbanding kepada seseorang raja yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengannya. Walau bagaimanapun corak hubungan ini bergantung kepada taraf sosial (prestij) dan kedudukan raja itu sendiri. Jika baginda seorang pemerintah yang berpengaruh, maka kedudukan lord mungkin sedikit sebanyak dapat dikawalnya. Tetapi kebiasaannya pada zaman feudal, kedudukan seseorang raja amat lemah dan baginda selalunya tidak mempunyai kekuatan untuk mengawal pembesar feudal. Bagi Strayer (1953) aspek pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan golongan lord ini merupakan ciri feudalisme yang paling asas dan terpenting. Walau bagaimanapun tanpa wujudnya hubungan vassalage-fief dan perkembangan aspek ketenteraan, pemilikan kuasa dan hak-hak perundangan itu tidak mungkin diperolehi.
Berdasarkan keempat-empat ciri tersebut, feudalisme bolehlah ditakrifkan sebagai satu bentuk organisasi yang diwujudkan oleh satu bentuk hubungan persendirian yang diikat antara seseorang individu dari kelas hulubalang dengan individu daripada kelas hulubalang yang lain, iaitu antara lord dan vassal. Melalui ikatan vassalage - fief, seseorang vassal dikehendaki menjaga dan melindungi vassalnya.Susunan ini kemudiannya menjadi asas kepada keseluruhan struktur politik, pemerintahan, perundangan dan kemasyarakatan yang wujud dalam setiap wilayah atau negara yang dikawal oleh corak hubungan tersebut (Azmi Ariffin,2002: 59)
SUSUN LAPIS MASYARAKAT FEUDAL
1. Masyarakat
feudal boleh dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemimpin dan golongan
yang dipimpin.golongan pemimpin terdiri daripada raja, pembesar (bangsawan),
dan golongan yang dipimpin ialah rakyat
atau petani.
2. Raja
mempunyai kuasa mutlak dan berada dikedudukan
paling tinggi. Di bawah raja, terdapat beberapa lapisan para bangsawan
yang menjadi vassalnya.
3. Bangsawan
lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja
dikenali sebagai tenants-in-chief.Bangsawan lapisan pertama itu
membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua dikenali sebagai
subinfeudation.
4. Bangsawan
lapisan kedua seterusnya mungkin membahagikan fief mereka kepada bangsawan
lapisan ketiga.Setiap bangsawan berkuasa ke atas petani yang menetap di
fiefnya.
5. Kelas paling bawah sekali ialah kaum tani (serf).
Kaum tani semuanya miskin dan tidak berpelajaran. Hak-hak mereka sedikit tetapi
tugas mereka banyak.Kerap kali mereka ini tidak diberi layanan yang memuaskan
oleh tuan-tuan mereka.Hampir kesemua petani terdiri daripada golongan serf yang
bertaraf antara orang bebas dengan
hamba.Peluang untuk menjadi kaya dan masyhur dengan usaha sendiri sangat
tipis. Seseorang hamba akan menjadi hamba seumur hidup dan anak-anak mereka juga akan menjadi hamba.
6. Sebagai
kesimpulannya dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satu hierarki yang
jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorang raja
(Abdullah Zakaria, 2003:93). Struktur masyarakat feudal di Eropah bolehlah
boleh digambarkan seperti rajah di
bawah.
SISTEM FEUDAL DI ENGLAND
Latarbelakang Sistem Feudal di England
Selepas kejatuhan Empayar Rom,
menjelang tahun 800 Masihi, muncul
satu institusi politik yang dikenali
sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah
Barat termasuklah di England. Dalam
sistem feudal terdapat satu susunan tanggungjawab yang kompleks
dan obligasi di kalangan individu daripada
kelas terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah
kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang lebih tinggi ini ialah knight
(pahlawan), bangsawan (baron, duke,lord) dan akhir sekali ialah
raja.Setiap bangsawan berjanji untuk
melindungi mereka yang telah bersumpah untuk bersatu dengannya
(Sivachandralingam, et.al.1999:93). Dalam sistem
feudal di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang
raja dengan golongan bangsawan (lord)
yang dilantik sendiri oleh raja.
Golongan bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan raja. Jika seseorang raja memerlukan tenaga buruh
untuk melakukan sesuatu kerja atau
memerlukan tentera maka golongan petani (serf) akan dikerah untuk
memenuhi keperluan tadi. Jadi dalam sistem feudal di England golongan petani (serf) menjadi subjek
utama dan tidak mempunyai sebarang hak. Dalam sistem feudal, tanah menjadi
elemen utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan bangsawan telah dikurniakan tanah (wilayah) oleh raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja
dan golongan bangsawan.
Ciri-ciri Sistem Feudal di England
1. Hubungan bertimbal balas atau
hubungan dua hala.
Hubungan
bertimbal balas (vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang
hulubalang sebagai pengikut (vassal) kepada seseorang hulubalang lain
yang diangkat sebagai tuan (lord) kepada vassal tersebut. Melalui
hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat dengan fungsi dan
tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan memberikan
ketaatan dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan kepada lordnya.
Sebagai timbal balas golongan lord pula akan memberikan penjagaan dan
perlindungan kepada vassalnya.
2. Harta feudal yang kebiasaannya
berupa tanah.
Ciri yang
kedua iaitu harta feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi
punca kekayaan kepada tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah
dikurniakan oleh raja kepada seseorang lord kemudian lord pula akan memberkan
tanah kepada vassalnya bertujuan untuk mengikat persetiaan. Oleh kerana tujuan
utama pemberian fief adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka
fief juga dikenali sebagai military fief. Fief tidak semestinya berupa
tanah sahaja, sebaliknya pangkat, jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga
diberikan sebagai bentuk fief. Pemberian fief berupa tanah
dapat menarik minat golongan hulubalang
yang berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi dibenarkan
untuk bercucuk tanam dan menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh
tuan tanah.
3. Ketenteraan.
Ciri
feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya kelas-kelas
hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan persendirian oleh
vassal kepada lord sebagai penerimaan fief. Oleh kerana tujuan
asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi
ketenteraan yang efektif. Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal
kepada lord ialah perkhidmatan ketenteraan. Perkhidmatan-perkhidmatan
lain termasuklah yang melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan
sampingan sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek ketenteraan
maka di Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit sepertiknights
dan chivalry yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai
peralatan yang mahal.
4. Kuasa pemerintahan dan hak-hak
perundangan persendirian.
Ciri
feudalisme keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan
persendirian yang dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta
ke atas rakyat yang berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain
menguasai tanah, seseorang lord juga turut berkuasa ke atas sumber
ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undang-undang, mengutip cukai, mengawal
institusi ketenteraan dan institusi kewangannya.
Struktur Masyarakat Feudal di England.
1. Masyarakat di England atau Eropah
terbahagi kepada dua golongan iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Golongan
pemimpin terdiri daripada raja dan bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya
berbentuk piramid iaitu raja atau pemimpin utama terletak di lapisan paling
tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa lapisan para bangsawan yang menjadi
pengikut raja atau vassal yang memberi kesetiaan kepada raja. Golongan
bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan
pertama yang memiliki tanah (fief) secara langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief.
Bangsawan lapisan pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan
lapisan kedua. Proses ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan
lapisan ke dua seterusnya
membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani
yang menentap dififnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang
bertaraf antara orang bebas dengan hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).
3. Golongan yang dipimpin
pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap di wilayah kekuasaan
golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf iaitu
golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada
pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu
tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk
mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah
daripada golongan bangsawan ( Ranjit Sing Malhi,
1993: 91).
4. Selain itu terdapat golongan
paderi yang merupakan satu kelas yang berasingan. Sebilangan besar daripada
mereka terdiri daripada daripada golongan
bangsawan yang mempunyai tanah sebagai
Vassal dalam sistem feudal (Ranjit Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan
Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 daripada tanah yang boleh
digunakan di Eropah barat di kawal oleh greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai
yang memegang jawatan penting dalam gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru
itu mereka sering campur tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain
untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja
terdiri daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua tanggungjawab
(Sivachandralinggam, 1996:70).
Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal
Jepun di bawah Keshogunan Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no
Yoritomo telah dilantik oleh Maharaja Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo
telah menjalankan pemerintahannya di
bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan
Keshogunan Kamakura. Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun
daripada Kyoto. Semasa Maharaja
Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura telah diambil alih oleh Keshogunan
Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun. Pemerintahan Shogun Ashikaga
Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja. Bermula tahun 1603,
pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan Tokogawa berpusat di Edo
yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun Tokogawa telah menguasai
kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap agama, ekonomi, golongan
bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah membawa keamanan dan
kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta orang selama 265 tahun.
CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN
Sistem
feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada
di kemuncak struktur pemerintahan
mempunyai kuasa yang tidak terhad ke
atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura
antara tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-12-14), di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang
penting di Jepun. Keluarga ini
mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan
oleh maharaja dan mereka turut
menguasai tanah dan segala
penghasilannya.
Sebagai
ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik mereka yang
setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai.
Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar semua
cukai di bayar walaupun kekerasan
terpaksa digunakan. Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa perubahan besar
dilakukan.
Menurut
Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam usaha
melihat sejarah sistem Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus
ditinggalkan kerana zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem
feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal
tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estate persendirian yang dikenali
sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan estate-estate persendirian
ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan aristokrat dan kebangkitan
golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta shugo. Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas
kepada kemunculan sistem feudal di Jepun.
Sehubungan
itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan
yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi
pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan-tuan tanah atau daimyo yang
bertanggungjawab menyumbangkan
sebahagian daripada hasil tanah kepada maharaja.
Selain itu
perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara lain. Ini
disebabkan wujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan tentera
dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai
sebarang peranan. Kemunculan
golongan tentera khusus (profesional) di Jepun begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju
pemerintahan. Golongan daimyo merupakan kelompok yang sangat
berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan mengalahkan kuasa maharaja.
Golongan
tentera mempunyai kebolehan yang besar
dalam peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk
mempertahankan hak milik mereka atau
menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini menjadi tulang belakang
kepada kebangkitan daimyo di
Jepun sehingga maharaja tidak berfungsi
sebagaimana sepatutnya.
STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN
Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun dan Daimyo.. Golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, atisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa pemerintahan Shogun Tokugawa.
Dalam hierarki
pemerintahan di Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad ke16
dan 17 di bawah pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepuntidak mempunyai kuasa untuk memerintah. Baginda
hanya menjadi lambang perpaduan rakyat
dan boneka sahaja. Maharaja dikatakan dari keturunan dewi matahari (amaterasu).
Maharaja dianggap pemerintah keduniaan dan kerohanian. Baginda ditempat di
Kyoto iaitu bandar diraja yang sentiasa dikelilingi oleh pegawai istana (kuge).
Maharaja hanya memerintah di Kyoto sahaja yang dikenali sebagai kerajaan Mikado
(Kerajaan Maharaja).
Shogun merupakan
golongan bangsawan yang berada dihaeiraki yang ke-2. Kuasa memerintah yang
sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa.
Shogun menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini dilakukan supaya kuasa dan
kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah
membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan
golongan bangsawan atau
Daimyo yang menyokong dan menentangnya. Daimyo yang
menyokong Shogun akan diberi tanah manakala bangsawan yang menentangnya
ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokogawa ini di kenali sebagai Kerajaan Bakufu
(ketenteraan) yang berpusat di Edo.
Daimyo merupakan
golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran Tokugawa.
Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo Fudai, Daimyo Shimpan dan
Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun Tokugawa dan telah dikurniakan
tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa
iaitu membentuk keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak
jauh daripada shogun. Daimyo Tozama meruapakan
daimyo yang memusuhi shogun iaitu
terdiri daripada puak-puak suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan Chosu). Mereka
telah ditempatkan jauh daripada shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
Samurai merupakan kelas pahlawan
(tentera) yang berada bi bawah golongan daimyo dan paling atas golongan di
perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa iaitumempunyai nama keluarga dan
membawa dua bilah pedang. Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan
shogun serta daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Jumlah
golongan samurai kira-kira 400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah
penduduk Jepun. Golongan samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi, sederhana dan
rendah. Samurai
bertaraf tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memilki tanah. Samurai
sederhana merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai
berjalan kaki. Ketika masa aman, samurai akan melakukan kerja lain seperi
mengurus kewangan, mentadbir ladang, menjaga kebun dan menjadi utusan.
Dalam kalangan rakyat
biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi dan dianggap golongan
yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka merupakan pengeluar beras yang
menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka diberi upah hanya
secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah menjalankan
dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras yang dikeluarkan
oleh petani sahaja.
Kelas tukang-tukang
mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir dalam pembuatan pedang samurai,
menenun kain, alatan tembaga, besi dan alat-alat lain yang berguna. Mereka
diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka dibenarkan menggunakan
pedang.
Kelas pedagang (chonin)
terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan berlaku
mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan ekonomi berkembang dan
para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak. Mereka kemudian telah
memperbaiki status diri mereka.
Dalam Modul ini yang
berlangsung dalam Penggal 1 mengandungi 4 tema utama iaitu:
1.Masyarakat.
2.Pemerintahan dan Pentadbiran.
3.Kemajuan dan Pembangunan.
4.Nasionalisme dan
Pembentukan Negara Bangsa.
Tema 1: Masyarakat
1.1 Masyarakat Feudal (England dan Jepun).
1.2 Masyarakat Agraria (Belanda dan China).
1.3 Masyarakat Maritim (Portugal dan Jepun).
1.4 Masyarakat Industri (England dan Jerman).
Tema 2: Pemerintahan dan Pentadbiran
2.1 Institusi Pemerintahan:
2.1.1
Raja atau Maharaja (China dan Rusia).
2.1.2
Pembesar (China dan Rusia).
2.2 Negara Bangsa:
2.2.1
Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan (Englan dan Perancis).
2.2.2
Negara Kesatuan dan Negara Persekutuan (Perancis dan Amerika).
2.2.3
Penyatuan Negara Bangsa (Itali dan Jerman).
Tema 3: Kemajuan dan Pembangunan
3.1 Sistem Ekonomi.
3.1.1 Feudalisme
dan Kapitalisme (Jepun, China, Jerman, Perancis, England, Amerika.
3.1.2 Perkembangan Ekonomi. 3.1.2.1 Perdagagan dan
Perniagaan (Portugal & Belanda). 3.1.2.2 Pertanian (Belanda &
England).
3.1.2.3 Perindustrian
(Jerman & Jepun).
3.2Intelektual.
3.2.1
Perkembangan Ilmu (England & Perancis).
3.2.2
Sumbangan Tokoh (England & Perancis).
3.3 Kemajuan Pendidikan (Perancis
& Jerman).
Tema 4: Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa
4.1 Reaksi masyarakat tempatan
terhadap peluasan kuasa Barat & kesan penjajahan Barat (China & India).
4.2 Konflik Antarabangsa.
4.2.1
Perang Dunia Pertama (1914-1918) - (Jerman & Rusia).
4.2.2
Perang Dunia Kedua (1942-1945) - (Jepun & Amerika Syarikat).
4.2.3
Perang Dingin (1945-1955) - (Rusia & Amerika Syarikat).
4.3 Dekolonialisasi dan
Pengembalian Kedaulatan (China & India).
4.4 Perhubungan Luar.
-
Soviet Union & Amerika Syarikat. -PBB.
-
United kingdom & India. -Komanwel.
-
United Kingdom & Amerika Syarikat. -NATO.
"Segala kandungan dalam blog ini adalah untuk panduan kepada pelajar sejarah dan guru mengajar sejarah STPM. Tidak dibenarkanada unsur plagiat atau dipindah ke blog lain. Thank You atas perhatian dan sokongan semua....."