Nuffnang Ads

Monday, 11 March 2013

ETIKA PEPERANGAN DAN STRATEGI PEPERANGAN DALAM ISLAM


PENGENALAN
    • Islam ialah agama damai dan cinta akan keamanan dan perdamaian kerana perkataan Islam sendiri bermaksud aman dan perdamaian. Oleh itu, Islam tidak menggalakkan peperangan dan melarang sebarang pencerobohan ke atas wilayah atau negara lain tanpa mempunyai sebab yang munasabah
    • Namun apabila agama Islam, negara dan maruah diri diancam, umat Islam wajib mengangkat senjata utk mengelak maruah dipermainkan oleh pihak tertentu seperti mana ayat al-Quran melalui Surah al-Baqarah, ayat 190. Melalui ayat ini, jelas menunjukkan Allah SWT membenarkan berperang sekiranya diserang oleh pihak musuh spt kafir Quraisy Makkah yg memusuhi Islam, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.
    • Perjuangan inilah dikatakan jihad iaitu berjuang krn Allah SWT dan konsep ini berjaya melahirkan individu yg benar-benar mempunyai jati diri dan mampu mempertahankan agama Islam.
    • Peperangan dlm Islam dilakukan mempunyai tujuan spt mempertahankan diri atau meneguhkan kedudukan; mempertahankan agama, mempertahankan kedaulatan negara; mencari keamanan, menegakkan keadilan; dan melindungi hak asasi kehidupan dan melindungi rumah ibadat. Dalam Islam, peperangan mempunyai etikanya yg mampu memupuk disiplin tentera Islam.


    ETIKA PEPERANGAN DALAM ISLAM

    • Secara umumnya, etika peperangan dlm Islam terbhg kpd 3 mengikut situasi iaitu etika sebelum peperangan, semasa peperangan dan selepas peperangan.
    • Islam telah mengariskan prinsip-prinsip umum dlm berjihad atau berperang yg mesti dipatuhi oleh tentera Islam ketika berperang. Etika utama peperangan dlm Islam ialah mematuhi perintah Allah SWT serta mencari keredhaan-Nya.
    • Islam membenarkan umat Islam berperang dgn tujuan utk mempertahankan diri apb diserang oleh musuh dan utk menyebarkan dakwah Islam. Namun, peperangan merupakan jalan terakhir utk menyebarkan Islam.
    • Oleh itu, sebelum berperang org kafir hendaklah diseru atau diajak kpd Islam, berdamai atau berperang. Ini dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar as-Siddiq ketika menggempur wilayah Hirah.
    • Islam juga hanya membenarkan umatnya memulakan peperangan sekiranya diserang oleh musuh terlebih dahulu. Ini berlaku ketika Perang Badar iaitu tentera Islam hanya menunggu serangan drp musuh yg menceroboh barulah peperangan dimulakan.
    • Dlm ekspedisi ketenteraan juga, tentera Islam tidak boleh memerangi musuh yg tdk memiliki kekuatan dan daya usaha spt kanak-kanak, kaum wanita, org cacat atau lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah maka mrk tidak dikenakan jizyah di zaman pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin krn mrk dianggap tdk mendatangkan ancaman kpd negara Islam.
    • Etika seterusnya, tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dlm keadaan darurat. Ini menunjukkan betapa Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan kpd masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Nabi Muhammad SAW mengepung kota Taif iaitu harta musuh Islam langsung tdk diusik. Tentera Islam juga tdk boleh memerangi org yg sudah menyerah, kafir dhimmi atau mrk yg sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kpd pemerintah Islam.
    • Tentera Islam juga dilarang melakukan sebarang perbuatan yg boleh mengaibkan musuh spt tentera tdk boleh mencencang mayat atau musuh yg terbunuh seperti mana yg telah dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap mayat Saidina Hamzah ketika Perang Uhud.
    • Islam juga dikehendaki tentera Islam wajib atau mematuhi sebarang perjanjian damai yg dimenterai. Sebagai contoh, Perjanjian Hudaibiyah yg dimenterai pada 6H telah dipatuhi oleh Nabi Muhammad SAW walaupun perjanjian itu seolah-olah memberi kelebihan kpd musuh. Akibat pelanggaran perjanjian inilah telah membolehkan Nabi Muhammad SAW mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada 8H.
    • Etika seteruanya dlm peperangan ialah tentera Islam dikehendaki memberikan layanan yg baik terhadap tawanan perang bukannya menyeksa atau membunuh mereka. Ini merupakan salah satu cara berdakwah yang dianjurkan oleh Nabi atau Islam.
    • Sebagai contoh, dlm Perang Badar sahabat Nabi telah mencadangkan agar musuh yg ditawan dibunuh sahaja ttp Rasulullah tdk menerima cadangan tersebut. Malah baginda menggunakan cara diplomasi iaitu tawanan perang harus menebus diri dgn ilmu pengetahuan iaitu dgn mengajar ilmu pengetahuan kpd kanak-kanak Madinah atau menebus diri dgn sejumlah wang tertentu. Kaedah baginda ini ternyata tlh berjaya menarik ramai musuh atau tawanan perang memeluk Islam.
    • Tentera Islam juga diajar oleh Nabi Muhammad SAW supaya patuh kpd ketua dan tdk boleh meninggalkan medan peperangan melainkan dgn keizinan ketua. Islam juga membenarkan tentera Islam melakukan helah dlm peperangan krn perbuatan itu termasuk dlm strategi peperangan.
    • Tentera Islam juga diajar melakukan pengagihan harta rampasan perang dilakukan secara adil mengikut ketetapan Allah SWT dlm al-Quran. Harta-harta yg diperolehi dlm peperangan bukan menjadi milik Rasulullah SAW ttp mesti diagihkan secara sama rata dlm kalangan tentera yg terlibat dlm peperangan tersebut.


    STRATEGI PEPERANGAN DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW DAN ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN
     

    • Ketika zaman Nabi Muhammad SAW dan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq tdk mempunyai organisasi ketenteraan yg khusus dan tidak ada org tetap yg menguruskan hal pertahanan dan ketenteraan.
    • Angkatan tentera Islam dibentuk apb keadaan memerlukan dan mrk tidak dibayar gaji, cuma akan menerima habuan drp harta rampasan perang (ghanimah). Mrk berperang secara suka rela dgn niat berjihad pada jalan Allah SWT.
    • Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, organisasi ketenteraan telah diwujudkan dan semakin berkembang. Antaranya diwujudkan al-Diwan (daftar tentera); membahagikan tentera kpd 2 iaitu tentera Nizomi (sepenuh masa) dan tentera sukarela; dan memperkenalkan pembayaran gaji dan elaun.
    • Dalam peperangan, penyusunan tentera Islam adalah berdasarkan sistem berbaris (al-saf) yg diasaskan oleh baginda Nabi. Sebagai contoh dlm Perang Badar tentera Islam dibhg kpd 2 barisan iaitu barisan hadapan terdiri tentera pejalan kaki dan penunggang kuda bersenjatakan tombak,pedang dan perisai. Manakala barisan belakang terdiri pasukan pemanah dan perisai.
    • Sistem ‘Arif pula diperkenalkan apabila bilangan tentera Islam bertambah iaitu tentera Islam dibhg kpd kelompok kecil yg mengandungi 10 org tentera dan diketuai oleh seorg ‘Arif.
    • Di zaman Khalifah Umar al-Khattab iaitu dlm Perang Yarmuk, tentera Islam telah disusun menggunakan sistem ‘al-Kurdus’ yg ditiru drp sistem penyusunan tentera Byzantine. Setiap kurdus (unit) mengandungi antara 300-600 org iaitu terdiri drp pasukan berkuda, pemanah dan tentera biasa.
    • Pada peringkat awal tentera Islam hanya terdiri drp tentera darat shj. Tentera laut mula ditubuhkan pada zaman Khalifah Uthman bin Affan dan diteruskan pada zaman pemerintahan Islam yg seterusnya.
    • Tentera Islam mempunyai senjata dan alat kelengkapan perang busur dan panah, pedang, tukul besi(diwarisi dari Parsi), kapak, menjaniq (alat melontar), kereta kebal (al-dabbabah), baju besi, perisai, parit dan kuasa semula jadi dan haiwan.
    • Kemenangan tentera Islam dalam setiap peperangan berpunca drp pelaksanaan pelbagai strategi bagi menewaskan musuh, sama ada cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau menyerang mengikut sittuasi dan keadaan.
    • Antara strategi yg digunakan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin ialah menguasai tempat strategik, kaedah bertahan, menempatkan pasukan pemanah di atas bukit, kaedah penyamaran, mementerai perjanjian persahabatan dgn musuh, strategik mengepung dll.


    STRATEGI ATAU TAKTIK DALAM PEPERANGAN

    1. Menguasai Tempat Strategik

    • Kaedah ini merupakan satu cara di mana tentera Islam akan menguasai tempat strategik seperti menguasai kawasan punca air. Ini akan menyebabkan pihak musuh akan terputus bekalan air sehingga memaksa pihak musuh menceroboh kubu pertahanan tentera Islam.
    • Kaedah ini telah memberikan kemenangan kpd tentera Islam seperti dalam Perang Badar (2H) dgn tentera Quraisy Makkah, walaupun tentera Islam hanya 313 org shj berbanding tentera Quraisy Makkah berjumlah 1000 org.

    2. Kaedah Bertahan

    • Kaedah ini mula dilakukan apb seorg sahabat iaitu Salman al-Farisi mencadangkan sebuah parit digali bagi melindungi Kota Madinah drp serangan musuh Islam.
    • Kaedah ini digunakan oleh Nabi Muhammad SAW ketika Perang al-Ahzab (Khandak) iaitu tentera Islam hanya 1000 org utk berhadapan dgn tentera musuh seramai 10 000 org. Parit telah digali utk menghalang tentera musuh memasuki Kota Madinah dan tentera Islam hanya bertahan dlm kota shj.
    • Oleh kerana pihak musuh tdk pernah lagi menghadapi taktik ini telah menyebabkan keadaan pertahanan musuh menjadi huru-hara. Ribut yg diturunkan oleh Allah SWT telah memecahbelahkan tentera musuh.

    3. Menempatkan Pasukan Memanah Di Atas Bukit

    • Dlm Perang Uhud, Nabi Muhammad SAW telah menggunakan strategi meletakkan pasukan pemanah di kawasan tinggi iaitu Bukit Uhud bagi memberi perlindungan kpd pasukan infantri.
    • Strategi ini ternyata telah berjaya mengalahkan musuh iaitu pasukan memanah tentera Islam diketuai oleh Abdullah bin Zuber berjaya dgn mudah mengalahkan tentera musyrikin Makkah yg diketuai oleh Khalid al-Walid.
    • Akibat tidak mematuhi arahan ketua akhirnya tentera Islam telah kalah dlm Perang Uhud ekoran mereka meninggalkan kedudukan di atas bukit utk memunggut rampasan perang. Tentera musuh telah mengambil kesempatan utk menyerah balas sehingga tentera Islam kucar-kacir.

    4. Kaedah Penyamaran

    • Dlm kaedah ini seorang tentera Islam dihantar utk menyamar bagi merisik maklumat drp tentera musuh. Ketika Perang Khandak (Ahzab), seorg sahabat iaitu Nu’aim bin Mas’ud telah dihantar utk memecahbelahkan benteng pertahanan serta kekuatan tentera Quraisy dan Yahudi yg akhirnya menyebabkan berlaku pertelagahan sesama mereka.
    • Tentera yg menyamar ini juga akan melaporkan kekuatan dan kelemahan musuh yg bakal bakal dihadapi oleh tentera Islam. Nabi Muhammad SAW terlebih dahulu akan bermesyuarat dgn para sahabat sebelum berhadapan dgn musuh. Begitu juga dgn tindakan Nabi Muhammad SAW yg hanya memakai pakaian biasa menunjukkan bahawa baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.

    5. Mementerai Perjanjian Persahabatan Dengan Musuh

    • Perjanjian persahabatan dgn musuh juga merupakan salah satu strategi perang spt Perjanjian Hudaibiyah antara Rasulullah dgn pihak Quraisy Makkah.
    • Pada peringkat awal, para sahabat mempertikaikan tindakan baginda krn menerima syarat-syarat Perjanjian Hudaibiyah. Walau bagaimanapun baginda tetap menerima syarat perjanjian tersebut krn baginda dpt menjangkakan bhw kemenangan akan berpihak kpd Islam nanti.
    • Akhirnya, pihak Quraisy telah mencabuli syarat perjanjian tersebut. Ini telah memberi peluang kpd baginda Nabi dan tentera Islam yg berjumlah seramai 10 000 org utk bertindak balas dan berjaya membuka kota Makkah tanpa pertumpahan darah.
    • 6. Tidak Mengejar Musuh Yang Lari Ke Sempadan Mereka
    • Tentera Islam dilarang mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka juga merupakan salah satu strategi yg digunakan oleh tentera Islam seperti larangan oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu Perang Mu’tah. Strategi ini juga diteruskan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin.
    • Tindakan ini dilakukan bagi mengelak tentera Islam terperangkap dgn strategi musuh yg akan mengorbankan lagi byk nyawa atau syuhada. Antara yg terkorban dlm perang ini ialah Ja’afar bin Abi Talib dan Abdullah bin Rawahah.

    7. Strategi Mengepung Dan Menyerang Secara Bertubi-Tubi

    • Dlm Perang Taif, tentera Islam telah menggunakan strategi mengepung dan menyerang secara bertubi-tubi ke atas pertahanan musuh yg dipimpin oleh Malik bin Auf.
    • Melalui kaedah ini, tentera Islam akan mengepung kota atau sesuatu kawasan buat seketika sehingga berjaya memutuskan bekalan makanan dari tempat musuh dan bertindak melancarkan serangan.
    • Semasa perang ini, Nabi Muhammad SAW juga memaklumkan kpd penyokong Bani Thaqif bahawa kebun mrk akan dibakar seandainya enggan menyerah diri serta tunduk di bawah pemerintahan kerajaan Islam.

    8. Perang Satu Lawan Satu

    • Strategi perang satu lawan satu merupakan satu lagi kaedah yg digunakan oleh tentera Islam dan juga bangsa Arab lain sebelum berperang secara besar-besaran.
    • Kaedah ini sebenarnya akan menyemarakkan lagi semangat para pejuang lain seperti mana yg digunakan ketika Perang Badar. Dlm perang ini, 3 org sahabat Nabi telah keluar utk mencabar 3 org Quraisy sebelum berlakunya perang secara besar-besaran.

    9. Merahsiakan Jumlah Musuh

    • Bagi menjaga moral tentera Islam supaya tidak terjejas ketika berperang, kaedah merahsiakan jumlah sebenar musuh telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
    • Kaedah ini juga akan dapat merangsangkan perjuangan para sahabat utk berjuang bermatian-matian demi agama, diri dan negara.

    10. Menyusun Tentera Berasaskan Sistem al-Saf

    • Mengikut kaedah ini, tentera Islam dibhgkan kpd beberapa barisan atau saf bergantung kpd jumlah tentera yg ada. Barisan pertama biasanya diletakkan tentera berjalan kaki (infantri) dan diikuti oleh pasukan pemanah.
    • Tentera berkuda pula dijadikan tentera sokongan utk menguatkan lagi jentera serangan dan memantapkan benteng pertahanan.

    11. Membina Bandar atau Pusat Tentera.

    • Di zaman Khalifah Umar al-Khattab, beberapa bandar atau pusat tentera telah dibina spt di Iraq, Syam, Mesir dan kawasan lain berhampiran sempadan bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh.
    • Pusat tentera ini akan dilengkapi dgn kubu atau benteng pertahanan di samping memperluaskan dakwah Islamiah dan mempergiatkan lagi aktiviti ketenteraan di kawasan berhampiran.
    • Tentera-tentera ini akan sentiasa menjalani latihan dan tidak dibenarkan melibatkan diri dlm kegiatan lain.

    12. Menggunakan Helah

    • Utk menimbulkan perasaan takut dan gerun pihak musuh, tentera Islam mestilah kelihatan dan kedengaran hebat. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW telah memerintahkan tentera Islam supaya menyalakan unggun api yg byk dan dipacakkan di tanah atau diikat pada pokok kayu. Ini telah menakutkan musuh dan mrk telah berundur krn menyangkakan unggun api itu ialah jumlah tentera Islam.
    • Rasulullah SAW juga telah memerintahkan supaya peralatan perang digilat supaya berkilat dan boleh memantulkan cahaya utk menakutkan musuh.
    • Rambut tentera Islam yg beruban juga dihitamkan supaya musuh menyangkakan tentera Islam kesemuanya muda dan mempunyai kekuatan yg luar biasa.

     

    KESIMPULAN
    • Dgn adanya strategi dan taktik peperangan yg diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menguatkan kedudukan pemerintahan dan pentadbiran Islam di Madinah. Kekuatan dan keunggulan tentera Islam telah menyebabkan Islam dapat berkembangan luas di Sem. Tanah Arab.
    • Strategi dan taktik yg digunakan oleh tentera Islam adalah berkonsepkan wahyu yg diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW. Kemudian kaedah ini telah digunakan oleh pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin terutama oleh Khalifah Umar al-Khattab.
    • Ini telah membawa perkembangan Islam keluar Sem. Tanah Arab spt Palestin, Parsi, Afrika Utara dan Syria. 






    No comments:

    Post a Comment

    "Sila tinggalkan comment anda"

    Followers

    Pencipta Jalur Gemilang

    Pencipta Jalur Gemilang
    Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.