Nuffnang Advertisment

Thursday, 28 March 2013

MENULIS BIBLIOGRAFI ESEI ILMIAH TINGKATAN 6

Bibliografi merupakan bahagian terakhir dalam melakukan penulisan sejarah sama ada untuk tesis atau esei ilmiah di Tingkatan 6. Perkataan bibliografi berasal daripada perkataan Greek iaitu bibliographia yang bermakna menulis buku. Walaupun begitu, ia lebih sesuai diertikan sebagai satu senarai rujukan yang sistematik berupa buku, manuskrip, makalah, alat pandang dengar dan sebagainya yang menjadi rujukan penulis dan disenaraikan di bahagian akhir tesis atau esei ilmiah untuk menjadi tempat rujukan. Ia juga dianggap sebagai rujukan tambahan kepada nota kaki atau nota akhir yang telah disenaraikan semasa membuat penulisan.

Bibliografi adalah satu senarai bahan-bahan sumber rujukan yang berkaitan dengan subjek sejarah yang diteliti, sama ada dirujuk sepenuhnya atau separa  sahaja. Ia adalah untuk memenuhi kehendak pembaca mengetahui dengan lebih teliti tentang sesuatu sumber yang dirujuk.

Berbeza dengan nota kaki atau nota akhir, nama pertama pengarang dalam bibliografi didahulukan, misalnya Mahayudin Hj. Yahaya. Penekanan teknik ini ialah nama keluarga (surname) haruslah didahulukan. Biasanya bibliografi diatur atau disusun mengikut urutan abjad berbanding nota kaki yang dibuat mengikut keperluan sumber sahaja. Dalam bibliografi juga halamannya tidak perlu dituliskan seperti mana dalam nota kaki. 

Biasanya dalam membuat bibliografi, jarak di antara senarai bibliografi ialah dengan jarak satu langkau iaitu sama seperti membuat petikan dan notakaki. Penyusunan mengikut nama pengarang dalam urutan abjad adalah perlu untuk memudahkan membuat rujukan semula. Bagi sumber-sumber yang tidak diketahui penulisnya, abjad pertama tajuk atau judul sumber akan dijadikan ukuran untuk membuat bibliografi. Setiap abjad awal juga harus menggunakan huruf besar dan tajuk buku atau artikel hendaklah menggunakan huruf condong ataupun digariskan. Satu catatan bibliografi yang lengkap akan mengadungi nama keluarga pengarang, tahun penerbitan, judul sumber yang lengkap, terjemahan (sekiranya ada), bilangan jilid atau edisi, nama tempat penerbitan, nama penerbit.  

Kedudukan baris pertama ayat bibliografi harus dimulakan pada santak kiri dan baris ayat seterusnya hendaklah pada kedudukan tergantung (hanging) ataupun dengan ensotan 12.5 mm (pada ketukan keenam).  Harus juga ingat bahawa penekanan tanda noktah diamalkan dalam teknik bibliografi, tidak seperti teknik notakaki yang menekankan penggunaan tanda koma. Contohnya;
Ibrahim Hj. Yaakob. 1951. Nusa dan Bangsa Melayu. Jakarta: N.V.AL Maarif.
__________. 1957. Sekitar Malaya Merdeka, Jakarta: Penerbitan Kesatuan Malaya.
Gullick, J.M. 1958. Indigenous Political System Of Western Malaya, London: London University Press.

Jika terdapat lebih dari satu sumber karya yang dikarang boleh penulis yang sama, maka digunakan tanda garisan seperti yang ditunjukkan dalam contoh di atas. Secara umumnya bibliografi dapat dibahagikan kepada dua kelompok sumber, iaitu berasaskan kepada pecahan sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer bagi sesuatu bibliografi adalah merujuk kepada sumber-sumber yang terhasil sezaman dengan period yang dikaji oleh seseorang ahli penyelidik sejarah. Ini termasuklah rekod-rekod rasmi yang tidak diterbitkan, rekod-rekod rasmi yang telah diterbitkan, laporan rasmi dan akhbar. Sementara sumber sekunder pula merujuk kepada apa-apa hasil penulisan yang telah dibuat boleh ahli-ahli penyelidik sejarah melalui proses penyelidikan zaman-zaman dahulu. Ia adalah seperti buku, jurnal, kertas kerja, majalah dan lain-lain.

Biasanya sumber-sumber rujukan ini disusun mengikut jenisnya, iaitu sumber awalan (primer) dan sumber pendua (sekunder) dan juga latihan ilmiah. Contoh-contoh penggunaan bibliografi adalah seperti di bawah;

Buku
i. Jika seorang pengarang.
Bourguignon, E.M. 1973. Religion, Altered States of Conciousness and Social Change. Columbus: Ohio State University Press.
ii. Jika lebih dari seorang pengarang.
Adorono,T.W., et.al. 1950. The Authoritarian Personality: Studies in Prejudice. New York: Harper.
iii. Jika penulis adalah penyunting.
Wilkinson, R.J. (ed). 1971. Papers on Malay Subjects. New York: Oxford University Press.
iv. Terjemahan.
Riffer, John. 1977. The History on Exploration in America. (Terjemahan). New York: Brown Co.
Artikel atau Esei.

Abdullah Zakaria Ghazali. 1979. Kebangkitan Anti British di Malaysia. Malaysia:  Sejarah dan Proses Pembangunan. Kuala Lumpur:  Persatuan Sejarah Malaysia.
Suratkhabar.
Older, Jonathan. Silver Thorns. The Praine Gity Cyclone, 24 July 1986.
Munuskrip.
Squire, James Charles. 19 Mac 1905-17 February 1943. Manuscript. 30 Volumes. Central University of America Library. Used by permission of Mrs. James Charles Squire.
Temubual
Nama                           :           Tn. Hj. Mahmud bin Ahmad
Tempat Lahir               :           Kota Bharu
Umur                           :           56 tahun
Pekerjaan                     :           Ketua Kampung
Pengalaman                 :           Pernah menjadi guru sebelum
dilantik menjadi Ketua Kampung pada tahun 1960.
Tempat Temu bual       :           Di pejabat beliau, Kota Bharu,

Kelantan.

Rumusan, dengan ini dapat dikatakan bahawa selain dari melakukan penyelidikan yang baik dan pengumpulan maklumat atau sumber yang tepat, teknik-teknik penulisan yang berkesan dan betul juga akan menjadi tali pengukur kepada sebuah penulisan sejarah. Tanpa memberi perhatian terhadap penggunaan teknik tersebut, maka hasilnya bukanlah sebuah karya yang ilmiah.

(Dipetik drp nota kuliah pensyrah Sejarah UKM)



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.