Nuffnang Advertisment

Followers

Monday, 20 May 2013

BAITULMAL DAN PELAKSANAANNYA DI ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN


Baitulmal merupakan institusi kewangan yang berperanan menyelenggarakan segala sumber pendapatan dan perbelanjaan negara serta menjadi tempat penyimpanan barangan yang berharga seperti emas, perak, batu permata, barang perhiasan dan harta-harta amanah (wakaf).

Baitumal telah wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW tetapi tidak berapa digunakan oleh baginda kerana sumber kerajaan ketika itu agak terbatas serta baginda tidak suka menyimpan barang-barang amanah kerana tidak mahu menimbulkan masalah. Semua hasil pendapatan akan diagihkan segera oleh Nabi Muhammad SAW kepada yang berhak.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Abu Ubaidah telah dilantik sebagai pemegang kunci baitulmal ketika itu. Namun, pelaksanaannya agak terhad dan tidak menyeluruh.

Peranan institusi ini semakin penting pada zaman Khalifah Umar bin al-Khattab disebabkan harta negara Islam semakin bertambah berikutan kejayaan ekspedisi ketenteraan. Antara sumber pendapatan negara Islam ialah zakat, fay’, jizyah, kharaj, usyur, ghanimah dan sedekah.


PERANAN BAITULMAL

  • Menyelesaikan masalah kemiskinan serta kedaifan dalam kalangan golongan Islam.
  • Peranan seterusnya ialah adalah untuk membina infrastruktur dan pelaburan dalam aktiviti sosial, perdagangan dan perindustrian
  • Menyediakan keperluan-keperluan asas bukan sahaja untuk tujuan pembangunan negara bahkan ia merupakan tanggungjawab dari sudut kebajikan.
  • Sumber-sumber dari Baitulmal juga digunakan untuk membayar gaji pegawai kerajaan dan golongan tentera yang berkhidmat  secara tetap ataupun sukarela.
  • Dapat mempertingkatkan pendapatan umat Islam melalui pinjaman subsidi dan mengeluarkan biasiswa untuk keperluan pelajar Islam.


PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar as-Siddiq, institusi baitulmal telah wujud. Abu Ubaidah telah dilantik sebagai pemegang kunci baitulmal. Pelaksanaan baitulmal pada ketika ini agak terhad dan tidak menyeluruh.

Pelaksanaan baitulmal pada zaman Khalifah Abu Bakar dapat dilihat apb beliau menyerahkan sebidang tanah Nabi Muhammad SAW kpd baitulmal apabila Fatimah menyatakan bahawa Nabi tidak melakukan pindah milik kpdnya sebelum wafat.

Khalifah Abu Bakar telah berjaya melaksanakan ekspedisi ketenteraan terhadap Parsi dan berjaya mendapat kutipan jizyah dan zakat lalu disimpan di baitulmal.

Ketika Khalifah Abu Bakar as-Siddiq hampir meningggal dunia, beliau berpesan kpd Umar al-Khattab supaya mengambil hartanya sebanyak 8 000 dirham utk dikembalikan kpd baitulmal.


PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Peranan institusi ini menjadi penting pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Beliau telah mewujudkan pengurusan baitulmal secara sistematik dengan menyediakan buku kira-kira negara untuk mengetahui pengaliran wang masuk dan keluar.

Harta  negara Islam semakin bertambah dan pelbagai antaranya zakat, jizyah, sedekah , kharaj, usyur dan ghanimah. Seterusnya sumbangan melalui ekspedisi kemenangan ketenteraan dan dakwah.

Peringkat awal, Khalifah Umar telah melantik Uqail bin Abu Talib, Makhramah bin Naufal dan Jubair bin Mut’am untuk mengendalikan institusi yang sebelum ini dikenali sebagai Diwan atau Khazanah.

Kota Madinah telah dijadikan  pusat pentadbiran Baitulmal yang kemudiannya ditubuhkan di setiap cawangan.

Pegawai-pegawai akan lantik secara khusus dan bertanggungjawab kepada Baitulmal peringkat pusat. 

Khalifah Umar telah memastikan tidak ada kemasukan sesuatu ke dalam baitulmal atau pengeluaran baitulmal sekiranya bertentangan dengan hukum syarak. Mengharamkan sebarang tindakan untuk kepentingan peribadi kerana harta berkenaan adalah amanah Allah.

Khalifah Umar pernah mengambil bahan makanan seperti gandum, mentega dan kurma dari stok simpanan di baitulmal utk diberikan kpd seorang wanita dan anak-anaknya akibat kelaparan.

Khalifah Umar juga melarang golongan tentera memiliki tanah dan rumah sebagai rampasan perang. Tanah-tanah di wilayah yag ditakluki diusahakan oleh pemilik asalnya dan melarang orang Islam memilikinya. Golongan tentera Islam telah diberi elaun atau gaji drp baitulmal.


PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH UTHMAN AFFAN

Khalifah Uthman juga turut menggunakan baitulmal dan memastikan pengurusan harta negara yang sistematik. Pendapatan negara semakin meningkat dan telah digunakan utk kepentingan serta kebajikan rakyat seperti membina jalan, jambatan, projek perumahan dan kelengkapan tentera.

Namum, mula timbul masalah mengenai baitulmal sehingga membawa penentangan terhadapnya. Beliau telah dituduh menyalahgunakan harta baitulmal utk kepentingan diri dan keluarganya. Beliau juga turut dituduh menaikkan kadar cukai yg dikenakan terhadap rakyatnya, tidak mengagihkan harta perang dan dituduh boros dlm perbelanjaan.

Hakikatnya, beliau terpaksa mengerahkan rakyatnya membayar cukai lebih drp biasa bagi menyekat serangan musuh spt menghadapi ancaman laut oleh Byzantine di Mesir. Beliau juga terpaksa menggunakan wang negara utk memperkuatkan angkatan laut spt membeli kapal dan senjata.

Khalifah Uthman juga tidak mengagihkan harta rampasan perang kerana harta itu diperuntukkan oleh beliau bagi keperluan negara. Beliau juga tidak menggunakan harta baitulmal utk diberikan kpd kaum keluarganya iaitu Abdullah bin Saad (gabenor Mesir) sehingga penduduk Mesir bangkit menentangnya.

Semua ini adalah tuduhan orientalis Barat semata-mata di mana Khalifah Uthman tidak akan berbuat demikian kerana beliau adalah seorang yang kaya serta dermawan. Harta rampasan perang yang diberikan kpd Abdullah bin Saad digunakan utk membayar gaji tentera laut.

Khalifah Uthman sanggup menyerahkan perdagangannya yang besar kpd kaum keluarga dan wakil utk menguruskan harta tersebut dan menjadikan rumahnya sebagai baitulmal sebelum kerajaan Islam menubuhkan baitulmal yang sebenar.


PELAKSANAAN BAITULMAL ZAMAN KHALIFAH ALI ABI TALIB

Khalifah Ali bin Abi Talib juga meneruskan sistem baitulmal dan menguruskan dengan jujur dan amanah serta tidak menggunakan harta baitulmal. Beliau hidup dlm keadaan sederhana, menerima gaji sama seperti Khalifah Abu Bakar dan Umar, memakai pakaian yang singkat dan bertampal-tampal serta tidak pernah menyimpan harta sepanjang kehidupannya.

Ketika berperang dgn Muawiyah, Khalifah Ali tidak menggunakan harta baitulmal bagi mempertahankan diri seperti mana Muawiyah yang menggunakan wang dan hadiah utk mendapat sokongan orang lain. Malah beliau turut menolak permintaan saudaranya iaitu Aqil bin Abi Talib yang meminta harta baitulmal.


SUMBER BAITULMAL PADA ZAMAN KHULAFA’ AL-RASYIDIN

1. ZAKAT

Zakat dari segi bahasa berasal drp kata dasar zaka iaitu penambahan atau penyucian. Dalam al-Quran, zakat disebut sebanyak 58 kali. Zakat juga mempunyai makna lain sebagai syahadah, zakat, kebaikan, zakat fitrah, suci, halal dan sadaqah.

Zakat merupakan salah satu drp rukun Islam dan wajib mengeluarkan zakat apabila cukup sayartnya.

Amil dilantik utk melaksanakan urusan pemungutan dan pengagihan drp pihak yang layak berzakat mengikut ukuran dan kadar nisabnya. Zakat pula terbahagi kpd 2 iaitu zakat fitrah dan zakat harta benda.

Zakat akan diagihkan kpd 8 golongan asnaf iaitu orang fakir, hamba yg hendak memerdekakan diri, orang miskin, orang yang berhutang, orang yang berjihad, mualaf, musafir dan amil.

Antara peranan dan kepentingan zakat ialah mendatangkan kesyukuran dan penyuburan pahala, menyucikan jiwa drp kekotoran dan dosa, memperoleh keberkatan, dapat mendamaikan dan mewujudkan kedamaian, dapat menyemaikan semangat bertanggungjawab serta tolong-menolong antara satu sama lain, dan dapat mengikis sifat tamak dlm pemilikan harta.

Dengan pengeluaran zakat berdasarkan syarat yang dikenakan, maka ini membuktikan ketaatan kpd Allah

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, beliau bertindak tegas dgn memerangi orang yang enggan membayar zakat seperti yang dilakukan oleh penduduk di Yaman, Yamamah dan Oman. Beliau amat tegas menyatakan bahawa solat adalah tiang agama manakala zakat pula sebagai jambatannya.

Kutipan zakat semakin bertambah pada zaman Khalifah Umar al-Khatab ekoran berlakunya peluasan kuasa terutama di Parsi.

Zakat ternakan kuda telah diperkenalkan oleh Khalifah Uthman bin Affan kerana beliau menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat Islam sehingga mereka berupaya memiliki binatang seumpama itu.


2. KHARAJ

Kharaj hanya dikenakan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, tanah-tanah yang dikuasai dikembalikan kpd tuannya dgn syarat membayar cukai. Pada zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq pula, tanah-tanah yang dikuasai melalui peperangan akan diagihkan kpd anggota tentera yg terlibat.

Kharaj akan dikenakan kpd tanah yg ditakluki terutama di Iraq. Tanah ini tidak akan dikenakan cukai sekiranya tuannya memeluk Islam.

Kharaj juga dikenakan ke atas tanah lain seperti tanah rampasan perang yg dimiliki oleh tentera Islam dan pengusahanya bukan org Islam, tanah yang diusahakan oleh gol dhimmi dgn kebenaran pemerintah Islam, tanah terbiar yg dikerjakan oleh org Islam dan tempat tinggal gol dhimmi yg diubah menjadi kawasan pertanian.

Pemegang Amanah @ gol Ahl al-Ayyam telah dilantik oleh Khalifah Umar mengawasi dan mentadbir tanah tidak bertuan yg diusahakan oleh petani tempatan.

Gol Ahl al-Ayyam bert/jawab utk memunggut cukai tanah ini dan 1/5 drp hasilnya dihantar kpd kerajaan pusat. Manakala bakinya diagihkan kpd mereka yg terlibat dlm penaklukan Iraq.

Kharaj dpt dibhg kpd 2 jenis iaitu kharaj wazifah/masahah dan kharaj muqasamah.

  • Kharaj wazifah/masahah dikenakan bergantung kpd keluasan tanah atau jumlah pokok yang ditanam. Contoh di Iraq, setiap jarib anggur dikenakan kharaj sebyk 10 dirham. Cukai ini dikenakan sekali dlm setahun tanpa mengira berapa byk hasil yang diperolehi.
  • Kharaj muqasamah pula cukai yg dikenakan berdasarkan jumlah hasil yg diperolehi drp tanaman. Cukai ini dikenakan kpd setiap hasil yg diperolehi berdasarkan byk perkara utk mengelakkan penganiayaan kpd petani.

Kadar kharaj tidak membebankan dan bergantung kpd kemampuan seseorang. Kadar maksimum ialah ½ drp keseluruhan hasil dan dibayar dlm bentuk mata wang atau hasil yang diusahakan.

Kadar kharaj juga ditentukan berdasarkan kualiti tanah, disirami air hujan atau penyiraman, jenis dan kualiti benih tanaman dan lokasi kws tanaman dgn bandar.

Kharaj tidak akan dikenakan jika tanaman penduduk musnah akibat bencana alam. Sekiranya pemilik tanah tidak berkemampuan utk mengerjakan tanah tersebut, kerajaan akan menyerahkan kpd org lain.

Kharaj akan dikenakan kepada:

  • Pemilik tanah yg berkemampuan mengerjakan tanah tersebut tetapi tidak mengerjakannya.
  • Sekiranya tanah tersebut dipajak atau disewa, kharaj akan dikenakan ke atas pemilik tanah dan bukannya ke atas pemajak.
  • Kharaj juga dikenakan ke atas tanah kediaman yang dijadikan kawasan pertanian.

Pengutipan kharaj dijalankan secara adil. Sekiranya kharaj tidak dibayar disebabkan masalah kewangan, pembayarannya boleh ditangguhkan sehingga mampu. Jika pemiliknya enggan membayar kharaj sedangkan mampu, kerajaan boleh mengambil tindakan undang-undang atau tanahnya boleh dijual.

Pada zaman Khalifah Abu Bakar, sistem kharaj masih belum diperkenalkan kerana tanah-tanah yang ditakluki pada zamannya masih dianggap sebagai harta rampasan perang. Oleh itu, tanah-tanah ini telah diagihkan kpd tentera yg terlibat dlm ekspedisi penaklukan tersebut.

Semasa Khalifah Umar al-Khattab, tanah-tanah yang ditakluki di Iraq telah dijadikan tanah kharaj. Bagi tanah yang tidak bertuan telah dijadikan hak milik bersama dan diusahakan oleh petani tempatan di bawah pengawasan Pemegang Amanah. Beliau telah menyerahkan tugas mengutip kharaj kpd golongan Ahl al-Ayyam.

Di akhir pemerintahan Khalifah Uthman, gol ini tdk lagi diberi kuasa utk mengurangkan kadar cukai. Kuasa ini telah diberikan kpd pentadbiran gabenor.

Hasil kharaj yang dikutip akan diserahkan kpd baitulmal utk dimanfaatkan spt memperbaiki infrastruktur, prasarana, memajukan kegiatan pertanian, mewujudkan keamanan, memperbaiki sistem perhubungan, mewujudkan sistem pengairan dan memperbaiki saliran yg sedia ada.


3. JIZYAH

Jizyah pula merupakan cukai politik yg dikenakan terhadap orang-orang kafir dhimmi sebagai balasan terhadap perlindungan atau jaminan keselamatan jiwa dan harta benda mereka.

Jizyah hanya dikenakan kpd mereka yang sihat fizikal dan mental, akil baligh, berkemampuan, merdeka serta bukan ahli agama spt paderi atau pendeta.

Jizyah terbahagi kpd 2 kategori iaitu jizyah dgn kadar ditetapkan berdasarkan persetujuan bersama dan jizyah dgn kadar ditetapkan oleh kerajaan Islam.

Jizyah boleh dibayar dalambentuk tunai atau barangan atau kedua-duanya sekali. Mereka yang enggan membayar jizyah dianggap tidak setia kpd negara Islam dan boleh dikenakan hukuman berat.

Jizyah akan dikenakan pada setiap awal tahun, paling minima kadarnya ialah 1 dinar. Bagi sesetengah mazhab seperti Mazhab Hanafi dan Hambali, kadarnya ialah antara 12 hingga 48 dirham bergantung kpd status seseorang individu.

Pembayaran jizyah tidak akan dikenakan sekiranya orang kafir dhimmi telah memeluk Islam atau pemerintah Islam gagal memberi jaminan keselamatan nyawa dan harta benda.

Amalan jizyah telah diteruskan pada zaman Khalifah Abu Bakar terutama ketika ekspedisi sebelum menyerang Byzantine dan Parsi. Mereka ditawarkan 3 pilihan sama ada menerima Islam, berperang ataupun membayar jizyah. Kadar jizyah yang dipersetujuai ialah sebanyak 19 ribu dirham setahun dan dibayar kpd kerajaan Islam Madinah.

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, sumber pendapatan dari jizyah semakin meningkat kesan drp berlakunya peluasan kuasa ke atas Iraq, Syam, Mesir, penduduk Qibti, penduduk Adzerbaijan dan termasuklah pemimpin Baitulmuqaddis bersetuju utk membayar jizyah.

Jizyah akan dikutip oleh gabenor-gabenor wilayah yang dilantik dan dipert/jawabkan ke atas wilayah masing-masing.

Pada zaman Khalifah Uthman pula, jizyah dikenakan ke atas wilayah-wilayah yg ditakluki spt Tripoli, Nubah dan Qairawan setelah termenteraianya perjanjian damai.

Pada zaman Khalifah Ali, jizyah juga diamalkan seperti sepucuk surat yg dihantar kpd al-Asytar al-Nakhaii supaya menerima perjanjian damai yg dihulurkan oleh orang kafir dhimmi utk membayar jizyah.


4. GHANIMAH DAN AL-FAY’

Harta ini diperuntukkan kpd perbelanjaan kerajaan pusat Madinah dan selebihnya dibahagikan kpd tentera yg terlibat dlm peperangan.

Setelah dewan tentera ditubuhkan pada tahun 20 H, tentera Islam diberi gaji mengikut kadar yg telah ditetapkan.


5. USYR

Usyr merupakan cukai perniagaan yg dikenakan ke atas perniaga Islam atau bukan Islam, namum kadarnya berbeza.

Golongan kafir harbi akan dikenakan cukai sebanyak 10%, manakala golongan kafir zimmi pula 5% dan orang Islam hanya 2.5%. Cukai ini hanya akan dikenakan apabila cukup nisabnya sebanyak 200 dirham.


KESIMPULAN

Pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin menganggap bahawa baitulmal adalah amanat Allah SWT. Mereka kan memastikan tidak akan berlaku kemasukan sesuatu ke dalamnya atau pengeluaran drinya yang bertentangan dgn syariat Islam. Pemerintah Khulafa’ al-Rasyidin mengharamkan sebarang tindakan utk menggunakan baitulmal bagi tujuan peribadi.

Penubuhan Baitulmal sesungguhnya dapat memastikan urusan pemungutan dan perolehan pendapatan negara Islam menjadi lebih tersusun dan kemas. Kesannya ianya bukan sahaja dapat menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada individu yang memerlukan bahkan  ia dapat membangunkan dan memberi manafaat kepada sesuatu wilayah dan penduduk berdasarkan syariat yang ditetapkan.

Hal inilah yang memberi sumbangan besar dalam pembentukan iklim politik yang stabil serta ekonomi yang teguh pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

"Segala kandungan dalam blog ini adalah untuk panduan kepada pelajar sejarah dan guru mengajar sejarah STPM. Tidak dibenarkan ada unsur plagiat atau dipindah ke blog lain. Thank You atas perhatian dan sokongan semua....."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...