Nuffnang Ads

Thursday, 23 May 2013

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME DI ENGLAND (EROPAH BARAT)

Pendahuluan

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu di sini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan individu seperti syarikat. Sistem ekonomi kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan. Pengkritik sistem kapitalis berpendapat sistem ini mewujudkan jurang perbezaan yang ketara antara yang kaya dengan yang miskin. Sistem yang bertentangan dengan ideologi ini ialah komunisme dan sosialisme.

Kapitalisme berasal dan perkataan kapital (bahasa lnggeris: capital) yang bermaksud “modal”. Istilah kapitalisme mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 oleh Karl Marx, pengasas komunisme. Pasaran bebas dan sistem pasaran adalah antara istilah yang sering bertukar ganti dengan kapitalisme untuk menerangkan ekonomi moden bukan komunis.

Amalan ekonomi kapitalis mengukuh di England di antara kurun ke-16 Masihi dan ke-19 Masihi.
Walau bagaimanapun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamanya di kalangan saudagar Zaman Pertengahan. Kapitalisme menjadi dominan di Barat semenjak berakhirnya era Feudalisme. Dari England, kapitalisme merebak ke seluruh Eropah dan pada abad ke-19 dan ke-20, dan menjadi sistem ekonomi utama dunia yang menggerakkan era perindustnian.


Faktor Perkembangan Sistem Ekonomi Kapitalisme


1. Gerakan Renaisans dan Reformasi

Gerakan Renaisans pada abad ke 14 dan reformasi telah membantu perkembangan kapitalisme. Perkembangan aliran pemikiran individualisme, humanisme, sekulanisme dan rasionalisme telah melemahkan peranan agama dalam bidang ekonomi dan mewujudkan masyarakat yang mengutamakan kebebasan dan kekayaan serta kebendaan. Kewujudan bandar Milan, Venice dan Florance telah mendorong kemunculan ekonomi kapitalisme melalui pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang.


2. Fahaman Calvinisme

John Calvin dalam gerakan reformasi telah mendorong kepada perkembangan ekonomi kapitalisme. Ajaran Calvin telah membenarkan amalan riba dengan tujuan menggalakkan masyarakat bekerja keras. Fahaman ini menjadikan negara mengamalkan Protestant mengetepikan Canon Law dan membolehkan pedagang membebaskan diri dan kawalan paderi dan peraturan lama dalam agama Kristian.


3. Kemunculan Negara Bangsa

Raja-raja negara bangsa adalah penggerak kepada sistem kapitalisme. Setiap negara bangsa saling berlumba-lumba untuk mengumpulkan kekayaan. Untuk itu penjelajahan dan penerokaan ke kawasan baru amat digalakkan. Galakkan daripada Putera Henry dari Portugal dan Raja Ferdinand dan Sepanyol menyebabkan aktiviti penjelajahan dan penerokaan berkembang di Eropah.


4. Dasar Merkantilisme

Berlakunya revolusi perdagangan melalui campur tangan kerajaan negara bangsa pada abad ke-16 dan ke-17 telah menggalakkan perkembangan kekayaan dalam negara. Kerajaan berusaha untuk mewujudkan aktiviti pertanian dan perindustrian secara besar-besaran. Untuk itu dasar untuk melindungi pelabur dan pedagang tempatan telah diadakan. Ratu Elizabeth (1558-1603) telah perkenalkan Akta Perantis 1563, Undang-undang Kemiskinan 1600 dan Akta Perkapalan 1650.


5. Dasar Kolonialisme

Perluasan dasar merkantilisme telah membawa kepada pembukaan koloni ke atas kawasan di Timur dan Amerika Latin. Keadaan ini telah memperluaskan lagi ekonomi kapitalisme di Eropah. Kekayaan di kawasan koloni ini telah mengalir ke Eropah.
 

6. Perkembangan Institusi Kewangan

Kemunculan industri perbankan telah berkembang di Eropah dan amalan riba mula diterima oleh masyarakat. Institusi kewangan memberikan kemudahan pinjaman dan kredit (pembayaran melalui cek) membolehkan pedagang dan pelabur membuat pelaburan modal. Kesannya, muncul golongan kapitalisme yang terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Sistem bank menguntungkan aktiviti melalui pinjaman, pelaburan dan pertukaran wang. Ini menggalakkan perkembangan kapitalisme di Eropah. Contohnya keluarga Fuggers, Ausgurg dan Medici merupakan yang kaya dan terkenal dalam perniagaan institusi kewangan di Eropah.
 

7. Perubahan dalam Organisasi Perniagaan

Dalam Zaman Pertengahan, perdagangan dan pengeluaran dimiliki oleh individu dan keluarga. Kesatuan Tukang dan Kesatuan Dagang terikat dengan peraturan adat yang lebih mementingkan kebajikan sosial. Pada abad ke-16, mula berlaku perubahan dalam organisasi perniagaan dengan menubuhkan Syarikat Perniagaan Regulated dan Joint Stock. Ahli dalam Perniagaan Regulated mengeluarkan modal dan menanggung kerugian. Joint Stock ialah syarikat yang modalnya disumbangkan oleh pemegang saham awam dan diuruskan oleh badan pengarah. Syarikat England (1576) merupakan Syarikat Regulated yang berdagang di Laut Baltik. Syarikat Hindia Timur Inggeris (1660) merupakan Syarikat Joint Stock yang terkenal. Melalui modal yang besar, membolehkan syarikat menyediakan kemudahan perdagangan dan mendapatkan perlindungan ketenteraan. Adanya organisasi tersebut membuatkan sistem kapitalisme kukuh di Eropah.






No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.