Nuffnang Ads

Tuesday, 14 May 2013

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB


Pengenalan


Biodata Khalifah Umar al-Khattab.

Nama sebenar beliau ialah Umar bin al-Khattab bin Naufal bin Abdul Uzzu bin Rabah bin Abdullah bin Qartu bin Adi bin Kaab dan dilahirkan pada 583 Masihi.

Merupakan seorang yang tegas, berani dan berterus terang   dan terdidik dalam keluarga  yang terkenal.  Berasal daripada bani Adi dan merupakan seorang yang berketurunan bangsawan Quraisy. Beliau juga digelar al-Faruq (orang yang membezakan yang hak dan batil) dan Abu Hafs kerana kegagahan melindungi umat Islam.

Dilantik menjadi khalifah pada 13 Ogos 634 M(13 hijrah) berikutan kemangkatan Khalifah Abu Bakar al- Siddiq dan dibuat oleh Saidina Abu baker melalui wasiat ketika beliau sakit dan dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai.

Beliau wafat ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama 10 tahun.Beliau mati ditikam oleh Abu Lukluah, berbangsa Parsi yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran makam Rasulullah dan Abu Bakar.

PEMBAHARUAN/ PERUBAHAN DALAM SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN



1. Pembentukan Majlis al-Syura

Pembentukan satu majlis mesyuarat atau perundingan yang dinamakan sebagai majlis al-Syura.  Beliau sebagai ketua pemerintahan dan ketua negara telah dibantu secara rasmi oleh ahli Majlis Syura yang dianggotai oleh beberapa orang sahabat yang mewakili seluruh rakyat.  Majlis ini berfungsi sebagai kabinet negara.  Ahli majlis terdiri daripada golongan Muhajirin dan Ansar iaitu Uthman b. Affan, Zaid b. Thabit, Ali b. Abu Talib, Abdul Rahman b. Auf, Saab b. Abi Waqqas dan Muaz b. Jabal  Majlis Syura terbahagi kepada dua majlis iaitu majlis tertinggi dan majlis harian. 

Segala masalah penting berhubung dengan negara diselesaikan oleh majlis syura ini yang mana khalifah tidak mempunyai hak istimewa dalam menentukan atau membuat keputusantertentu tanpa mesyuarat majlis.  Majlis juga berkewajipan untuk meneliti semua masalah umat Islam dan negara yang diterangkan oleh al-Quran dan al-Sunnah.


2. Meluaskan wilayah pentadbiran

Beliau berjaya menakluki sebuah kawasan yang luas meliputi wilayah-wilayah Iraq,Syria dan Mesir sehinggakan beliau terpaksa menghadapi masalah pentadbiran wilayah yang ditakluki dari segi politik,sosial dan ekonomi.Kerajaan Islam pada masa itu berjaya menguasai Baitulmuqaddis dan Damsyik.


3. Mewujudkan Pembahagian wilayah

Mewujudkan pembahagian wilayah bagi melicinkan pentadbiran negara. Wilayah-wilayah pentadbiran dibahagikan kepada beberapa wilayah (antara 6 hingga 8 wilayah) seperti Madinah, Makkah, jazirah Mesir, Iraq, Wilayah Selatan dan Wilayah Timur.  Setiap wilayah ditadbir oleh seorang Gabenor atau wali atau seorang Ketua Setiausaha dan mereka dibantu oleh para pegawai tertentu mengikut jabatan masing-masing.  Pegawai-pegawai awam yang lain ialah Ketua Setiausaha Tentera, pegawai pemungut cukai dan hakim wilayah.  Disetiap wilayah terdapat pegawai-pegawai tertinggi angkatan tentera.


4. Pelantikan pegawai secara bersurat.

Dibuat secara bersurat dengan melampirkan senarai tugas dan bidang kuasa mereka.  Antara pegawai terkenal dalam pentadbiran belaiu ialah Muawiyah b. abu Sufian, Amru b. al-As, Mughirah b. Syukbah dan Zaid b. Sumaiyah.  Setiap pegawai yang dilantik dan berkhidmat untuk negara akan diberi gaji tetap.  Terdapat sebilangan pegawai yang tidak mahu menerima gaji kerana sifat takwa mereka.  Setiap pegawai juga tidak dibenarkan menunggang atau menaiki kuda Turki iaitu kuda yang cantik, memakai pakaian halus, tidak memakai tepung yang diayak dan tidak menggunakan penjaga rumah pintu kediaman.  Ketika dilantik harta mereka turut direkodkan dan jika terdapat sebarang tambahan harta dan diragui pemilikannya maka mereka akan disiasat. 

Semua pegawai dikehendaki datang ke Makkah pada musim haji untuk mendengar taklimat daripada Khalifah Umar serta mengkaji semula keputusan yang telah dibuat dan mendengar aduan daripada orang ramai.


5. Penubuhan Jabatan baru

Penubuhan jabatan baru yang mana setiap wilayah mempunyai jabatan penting seperti Jabatan Setiausaha Tentera, Jabatan Percukaian, Jabatan Polis, Jabatan perbendaharan Negara dan Jabatan Kadi.  Jabatan penyiasatan jenayah ditubuhkan bagi mengawal anggota pentadbiran awam dan tentera yang melakukan penyelewengan.  Sehubungan dengan itu beberapa jawatan penting telah diwujudkan bagi mengetuai jabatan-jabatan tersebut.  Setiap jabatan diketuai oleh Setiausaha atau khatib dan dibayar gaji bulanan. 

Jabatan kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain bagi mengelakkan penyelewengan dan kadi-kadi tidak dibenarkan melibatkan diri dalam perniagaan.  Hakim akan menerima 500 dirham sebulan.


6. Penyusunan Sistem ketenteraan

Khalifah Umat telah menyusun semula sistem ketenteraan dengan membentuk tentera tetap dan tentera sukarela. Beliau menubuhkan Diwan al-Jund (Jabatan Ketenteraan) pada 20 hijrah untuk menjalankan urusan ketenteraan. Tentera tetap telah dibayar gaji dan diberikan pakaian seragam dan gaji tentera dibayar setelah dengan pelbagai skim gaji berdasarkan status yang digariskan oleh Jabatan Tentera tersebut.
Markas tentera pula telah dibina disempadan yang menghadap kawasan musuh seperti di Madinah, Kufah. Fustat dan Basrah.  Tujuannya ialah untuk mempertahankan wilayah-wilayah yang ditakluki serta meneruskan penyebaran agama Islam dikalangan penduduk tempatan


7. Pembaharuan Pembangunan Ekonomi

Beliau menubuhkan Baitulmal (Institusi Perbendaharaan Negara) bagi tujuan mengumpul dan menguruskan harta dan khazanah kerajaan.Sebarang bentuk hasil negara samada melalui cukai seperti Kharaj(cukai tanah),Jizyah(cukai perlindungan),Ghanimah (harta rampasan perang),Usyur (cukai perniagaan) atau harta peninggalan orang mati yang tiada waris akan dimasukkan ke dalam Baitul Mal.

Untuk meningkatkan ekonomi, beliau telah membina terusan dan tali air bagi menambahkan lagi hasil pertanian seperti pembinaan Empangan Abu Musa di basrah dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 km di mesir.  Rakyat juga digalakkan meneroka tanah baru untuk membian pertanian disamping mengusahakan tanah-tanah terbiar. 


8. Pembaharuan dalam undang-undang pentadbiran tanah

Tanah-tanah yang dikuasai oleh tentera Islam dibahagikan kepada dua jenis :

i)  Tanah Dhimmah – tanah bertuan ditadbir pemilik asal.
ii) Tanah Sawafi – tanah tidak bertuan dan ditadbir oleh pemegang-pemegang amanah  yang  dilantik daripada ahli al-Ayyam (golongan peneroka)

Tanah-tanah ini tidak boleh dibeli atau dimiliki oleh sesiapa bagi mengelakkan perpecahan. Tentera atau umat Islam tidak dibenarkan mengambil tanah-tanah di negara jajahan melainkan melalui pembalian.


9. Penggunaan Kalendar Hijrah

Khalifah Umar adalah orang bertanggungjawab menentukan tahun Hijrah dalam Kalendar Islam.  Takwim atau kelendar ini dimulakan pada tahun 17  Hijrah bertujuan untuk memudahkan urusan pentadbiran negara terutamanya dalam bidang Pendidikan yang banyak membabitkan penggunaan Tarikh


Kesimpulan


Kebolehan Khalifah Umar dalam bidang pentadbiran memang diakui umum.  Pencapaiannya boleh dikatakan sebagai telah sampai ke tahap maksimum.  Berdasarkan kejayaan dan sumbangannya yang besar inilah maka beliau telah diberi gelaran Amir al- Mukminin atau panglima agung Mukmin pada tahun ke-19 Hijrah






No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.