Nuffnang Advertisment

Thursday, 23 May 2013

USAHA BISMRCK MENYATUPADUKAN BANGSA JERMAN SELEPAS TAHUN 1871


Pendahuluan

Bismarck dilahirkan pada 1 April 1815 di Brandenburg, Prusia dalam kalangan keluarga bangsawan. Beliau pernah berkhidmat sebagai peguam di Jabatan Perkhidmatan Awam Prusia. Bismarck dipilih menjadi wakil dalam Parlimen yang dikenali sebagai Diet Bersatu oleh Raja Frederick William IV pada tahun 1847.

Pada tahun 1895, beliau dihantar ke Rusia sebagai duta Prusia dan seterusnya beliau pernah berkhidmat sebagai duta ke Paris. Pada tahun 1862, Raja William I telah melantik Bismarck sebagai Ketua Menteri Prusia. Setelah menjadi ketua menteri Prusia, beliau menggunakan dasar “darah dan besi” untuk menyatukan Jerman.

Beliau menyatukan negara Jerman melalui dua peringkat. Pada peringkat pertama (1864-1870) beliau berperang dengan Denmark, Austria dan Perancis untuk menyatukan negeri-negeri Jerman di bawah Prusia. Selepas menyatukan Jerman secara fizikal, Bismarck melancarkan peringkat kedua rancangan penyatuan Jerman bagi menyatukan rakyat Jerman supaya menjadi sebuah negara yang bersatu padu.


Usaha-usaha Bismark Untuk Penyatuan Penduduk Berbangsa Jerman.


1. Menyekat pengaruh gereja

Semasa pemerintahannya, Bismarck telah menghadapi masalah dengan gereja Roman Katolik di Jerman. Paderi-paderi Roman Katolik ingin berkuasa semula dan mereka menyeru jajahan di Jerman menuntut lebih kebebasan daripada Kaiser.

Dalam pada itu, Paus mula bertindak untuk mempengaruhi Jerman dalam hal ehwal politiknya. Bismarck bimbang kebangkitan gereja Roman Katolik akan memecahkan perpaduan dalam negeri Jerman.

Bagi mencegah perkembangan semula kuasa gereja, Bismarck memulakan pergerakan anti-gereja yang dikenali sebagai Kulturkampf pada tahun 1872. Beliau meluluskan siri undang-undang yang dikenali sebagai Undang-Undang Mei bagi mengawal sekolah-sekolah agama Katolik dan pegawai tinggi gereja.


2. Memulihkan Keamanan di Jerman dan Eropah

Bismarck telah mengambil langkah bagi mewujudkan keamanan dalam dan luar negara bagi membangunkan negara Jerman. Bismarck mengamalkan dasar berhati-hati dalam menjalinkan persahabatan dengan negara­-negara lain di Eropah.

Beliau bimbang Perancis yang telah kehilangan banyak jajahannya kepada Jerman pada tahun 1871 akan menyerang Jerman. Pada tahun 1882, Bismarck mengadakan perikatan dengan Austria dan Itali yang dikenali sebagai Perikatan Bertiga. Melalui Perikatan ini, beliau berharap negara-negara lain terutamanya Perancis tidak akan memulakan peperangan dengan Jerman.


3. Perlembagaan Jerman

Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah dengan memperkenalkan perlembagaan umum bagi seluruh Jerman. Perlembagaan Jerman memperuntukkan kuasa bagi penubuhan sebuah Parlimen yang terdiri daripada Majils Persekutuan (Bundestrat) dan Diet Maharaja (Reichstag).

Majlis Persekutuan terdiri daripada wakil-wakil yang dilantik dan semua negeri di Jerman manakala Diet Maharaja mengandungi 400 ahli yang dipilih oleh rakyat Jerman. Diet Maharaja mempunyai kuasa yang amat terhad dalam meluluskan sesuatu undang-undang.

Manakala Majlis Persekutuan, Canselor dan Kaiser mempunyai kuasa membatalkan sebarang keputusan yang dibuat oleh Diet Maharaja. Perlembagaan mi memberikan kuasa kepada Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan negara Jerman.


4. Menyeragamkan Sistem Ekonomi

Langkah seterus yang diambil oleh Bismarck untuk mengukuhkan penyatuan Jerman adalah memperkenalkan sistem ekonomi yang cekap. Beliau mengambil Iangkah-langkah untuk memperkenalkan sistem percukaian, mata wang serta sistem sukatan dan timbangan yang seragam di seluruh negara Jerman.

Beliau turut menyatukan perkhidmatan pos dan telegraf di seluruh Jerman. Selain itu, beliau juga menyediakan sistem perhubungan yang lebih baik dengan membina jalan raya yang Iebih baik. Beliau juga membina rangkaian jalan kereta api yang menghubungkan seluruh wilayah di negara Jerman.


5. Membangunkan Sektor Perindustrian

Bismarck turut mengambil langkah menjadikan negara Jerman sebagai negara perindustrian yang kaya. Beliau mengambil langkah untuk memastikan kekayaan sumber asli di negara Jerman seperti arang batu, besi, potasium dan ligmit digunakan dengan cekap dan mahir. Beliau juga menubuhkan pertubuhan yang dikenali sebagai Kartil untuk menyelaraskan pertumbuhan industri di Jerman.


6. Memajukan Sektor Pertanian dan Perdagangan

Bismarck turut mengambil langkah-langkah untuk membangunkan sektor pertanian dan perdagangan di Jerman. Bagi meningkatkan pengeluaran pertanian, baja-baja murah dikeluarkan oleh industri di Jerman.

Dalam bidang perdagangan, beliau memperkenalkan undang-undang tarif pada tahun 1879 bagi menyekat kemasukan barang-barang dan negara luar seperti Britain dan Perancis. Undang-undang tarif bertujuan untuk menyelamatkan pedagang dan petani Jerman yang tidak dapat bersaing dengan barang-barang yang dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Britain, Perancis, Rusia dan Amerika.
           

7. Pemulihan Sosial

Bismarck juga memperkenalkan rancangan-rancangan sosial bagi merapatkan jurang antara golongan yang kaya dengan golongan miskin. Bismarck bertindak membaiki nasib golongan pekerja di kilang-kilang baru dengan mengadakan undang-undang bagi membaiki taraf hidup mereka.

Pada tahun 1885, Bismarck memperkenalkan Undang-Undang Insuran Sakit untuk membantu pekerja-pekerja mendapat kemudahan perubatan percuma dan gaji jika mereka sakit. Selain itu, beliau juga meluluskan satu lagi undang-undang untuk melindungi pekerja yang cedera semasa bekerja. Menerusi undang-undang ini, majikan terpaksa membayar penuh kos perubatan pekerja yang cedera semasa bekerja.

Pada tahun 1889, Undang-Undang Insuran Masa Tua telah diluluskan. Pekerja-pekerja menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada tabungan wang ini dan boleh mengeluarkannya apabila mereka bersara.

Menerusi rancangan-rancangan sosial ini beliau berjaya menyatukan negara Jerman dengan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelbagai lapisan penduduk Jerman.


Kesimpulan

Bismarck merupakan tokoh yang amat berjasa dan bertanggungjawab dalam pembentukan negara Jerman. Beliau bertanggungjawab menyatukan negeri-negeri kecil yang berasingan menjadi sebuah negara yang kuat dan bersatu di benua Eropah.

Beliau membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Jerman menerusi kejayaan yang dicapai dalam medan peperangan. Selain itu, melalui dasar politik, sosial, ekonomi dan pentadbiran, beliau menjadikan Jerman sebuah negara yang kuat dan berpengaruh di Eropah.





No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.