Nuffnang Advertisment

Wednesday, 2 October 2013

CARA PELUASAN KUASA INGGERIS DI MYANMAR: PERANG INGGERIS-MYANMAR KE-2 (1852-1853)

fAKTOR-FAKTOR TERCETUS PERANG

1. Kesan Perjanjian Yandabo 1826

Perjanjian Yandabo yang ditandatangani pada 24 Februari 1826 bagi menamatkan perang telah membangkitkan rasa tidak puas hati Myanmar kerana dianggap berat sebelah, telah  menyebabkan Myanmar kehilangan wilayah-­wilayah penting seperti Arakan dan Tenassenim serta dianggap untuk menghina orang Myanmar.

Sebagai tindakbalas, Myanmar memberi layanan yang buruk terhadap wakil Inggeris, tidak menghantar wakilnya ke Calcutta, dan enggan membayar ganti rugi perang sebanyak 10 juta rupee. Tindakan ini telah merenggangkan kembali hubungan antara Inggeris dan Myanmar mula bermasalah sehingga tercetus perang yang ke-2.

2. Kegagalan hubungan diplomatik

Kegagalan hubungan diplomatik antara kedua belah pihak telah membawa kepada tercetusnya Perang Inggeris-Myanmar Ke-2 pada masa pemerintahan Raja Bagyidaw. Baginda bertegas dan tidak mahu menerima wakil Inggeris di negaranya, enggan menghantar wakilnya ke Calcutta dan enggan memberi kebenaran untuk mengeksport beras dan perak.

Pada tahun 1830, kerajaan Inggeris di India menghantar Sir Henry Burney ke Myanmar sebagai Residen Inggeris yang pertama. Raja Tharawaddy (1837-1846) telah memerintah Myanmar dan mengamalkan sikap anti-Inggeris dan enggan menerima Perjanjian Yandabo. Tindakan ini menyebabkan hubungan diplomatik Inggeris-Myanmar merosot dan hubungan kedua-dua pihak bertambah tegang.

Raja Tharawaddy juga memberi layanan yang buruk kepada Residen Inggeris iaitu Sir Henry Burney sehingga beliau jatuh sakit dan berhenti. Hubungan Inggeris-Myanmar semakin buruk apabila pengganti Burney iaitu Richard Benson dan Wilham Mcleod juga menerima nasib yang sama. Akibatnya, Inggeris terpaksa menutup pejabat Residennya pada tahun 1840. Selepas itu tidak ada lagi hubungan sehingga berlakunya Perang Inggeris-Myanmar Ke-2.

3. Layanan buruk terhadap pedagang-pedagang Inggeris

Hubungan Inggeris-Myanmar kian runcing semasa pemerintahan Pagan Min (1846-1853). Baginda bukan sahaja bersikap anti­-Inggeris, malahan seorang pemerintah yang lemah, kejam dan zalim. Sikap Pagan Min yang sentiasa memberi layanan yang buruk kepada pedagang-pedagang Inggeris serta memberi kuasa penuh kepada gabenor Pegu untuk menyekat perdagangan Inggeris ini telah membimbangkan Inggeris. 

Pada bulan Julai dan Ogos 1851, gabenor Pegu iaitu Maung Ok telah menangkap dua orang kapten Inggeris iaitu Kapten Sheppard dan Kapten Lewis atas tuduhan menipu dan membunuh walaupun tidak ada bukti yang kukuh. Mereka dikehendaki membayar denda sebanyak 1000 rupee. Maung Ok bertindak demikian adalah semata-mata untuk menghina Inggeris.

4. Tindakan Lord DaLhousie dan Komander Lambert­

Tindakan Maung Ok ini telah mendorong Gabenor Jeneral British di India iaitu Lord Dalhousie menghantar Komander Lambert bersama dengan dua buah kapal perang ke Rangoon pada tahun 1851 untuk menuntut ganti rugi daripada kerajaan Myanmar dan mendesak kerajaan Myanmar memecat Maung Ok daripada jawatan Gabenor.

Pagan Min telah memecat Maung Ok sebagai gabenor Pegu dan digantikan dengan seorang pegawai yang baru yang lebih bersikap anti­-Inggeris. Namum, baginda tetap enggan bekerjasama dan membincangkan tentang pembayaran ganti rugi. Kedegilan Pagan Min memaksa Lambert menggunakan kekerasan ke atas baginda. Pada Januari 1852, tentera Myanmar telah bertindakbalas mencetuskan kekecohan dengan bertindak memusnah dan menenggelamkan beberapa buah kapal orang Inggeris di Pelabuhan Yangoon (Rangoon).

Gabenor Jeneral Lord Dalhousie marah dan kemudiannya telah menghantar satu angkatan perang yang besar ke Rangoon. Perwakilan tentera ini membawa kata 2 iaitu bayar ganti rugi sebanyak £100 000 (1 juta rupee) kerana menenggelamkan kapal-­kapal milik Inggeris atau berperang. Lord Dalhousie memberi tempoh sehingga 1 April 1852. Walau bagaimanapun, Myanmar gagal membayar ganti rugi tersebut maka Inggeris telah mengisyitharkan perang ke atas Myanmar pada bulan Mei 1852.

Kesan-kesan
Perang Inggeris-Myanmar Ke-2.

Kemenangan Inggeris dalam Perang Inggeris-Myanmar Ke-2 sememangnya membuktikan kelemahan tentera Myanmar. Inggeris dapat meluaskan kekuasaan mereka di Myanmar dengan mudah tanpa halangan daripada tentera negara itu. Dalam tempoh masa yang singkat­ sahaja iaitu kira-kira 8 bulan, seluruh wilayah Pegu telah jatuh ke tangan Inggeris. Dengan penaklukan Pegu bermakna seluruh Myanmar Hilir termasuk Rangoon, Martaban dan Bassein telah dikuasai Inggeris.

Penguasaan Inggeris ke atas Arakan, Tenassenim dan Pegu yang memiliki kesemua pelabuhan perdagangan terpenting menjadikan negara Myanmar sebagai sebuah negara yang terpencil dan tertutup.

Hubungan Myanmar juga terputus dengan dunia luar menyebabkan negaranya sukar menerima kemajuan dan pengaruh luar. Myanmar muncul sebagai sebuah negara yang mundur dan segi politik, ekonomi dan sosial.

Penawanan Pegu sekali gus menandakan bahawa Myanmar telah kehilangan sumber ekonominya yang penting seperti hasil-hasil hutan yang berharga iaitu perusahaan kayu jati dan hasil beras. Malahan Inggeris juga dapat mengawal laluan selatan Myanmar melalui Sungai Irrawady. Semua ini menyulitkan kewangan negara Myanmar kerana semua aktiviti perdagangan dilakukan di kawasan yang diduduki Inggeris.

Perang ini juga membawa kepada kejatuhan kuasa Raja Pagan Min.  Pada tahun 1853, Raja Mindon Min (1853-1878) telah melancarkan satu rampasan kuasa daripada Raja Pagan Min. Sebagai pemerintah yang baru, baginda lebih bersifat liberal dengan orang-orang barat sehingga berjaya mengekalkan kedaulatan Myanmar Hulu.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.