Nuffnang Advertisment

Wednesday, 23 October 2013

GERAKAN BERPERSATUAN, KELAB DAN KESATUAN DI TANAH MELAYU

Persatuan Bercorak Politik dalam Kalangan Orang Melayu

Peranan akhbar dan golongan wartawan telah menimbulkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu untuk menubuhkan persatuan sebagai alat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Penubuhan persatuan di negeri-negeri Melayu didorong oleh kemunculan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang ditubuhkan di Singapura. Penubuhan KMS menjadi perangsang kepada negeri-negeri Melayu yang lain untuk menubuhkan persatuan bagi memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

1.    KESATUAN MELAYU SINGAPURA


Penubuhan:
Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926 oleh Mohamad Eunos bin Abdullah dengan beberapa orang lain seperti Tengku Abdul Kadir, Imam Haji Mohd Yusuf bin Haji Said, dan Haji Embok Suloh bin Haji Oman.

Corak Perjuangan:
Kesatuan Melayu Singapura (KMS) sebuah pertubuhan orang Melayu yang bercorak separa politik, walaupun perkembangan semangat nasionalisme ketika itu belum begitu mendalam dan kegiatannya berkisar di Singapura.

Keanggotaan:
KMS dianggotai oleh golongan berpendidikan Inggeris, wartawan, kakitangan kerajaan, dan peniaga.

Matlamat dan tujuan:
KMS memberi tumpuan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan orang Melayu dan membaiki kedudukan sosio-ekonomi mereka.

Tujuan penubuhan KMS ialah untuk:
  • menyedarkan orang Melayu tentang kepentingan pelajaran tinggi;
  • memperjuangkan kepentingan orang Melayu dalam politik serta mewakili mereka dalam berurusan dengan kerajaan
  • memajukan kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu.

Kejayaan:
Antara kejayaan KMS ialah:
  • memperoleh tanah seluas 251 hektar pada tahun 1928 untuk dijadikan kawasan penempatan khas orang Melayu di Singapura. Kawasan itu dikenali sebagai Kampung Melayu. Kejayaan di Singapura mendorong KMS menubuhkan beberapa buah cawangan di Melaka dan Pulau Pinang yang kebanyakan ahlinya adalah kakitangan kerajaan pada tahun 1937. Namun cawangan-cawangan ini tidak secergas KMS.
  • Menawarkan biasiswa kepada anak Melayu yang melanjutkan pelajaran
  • Memperjuangkan wakil Melayu dalam Majlis Perundangan Negeri Selat
  • Menubuhkan Sekolah Pertukangan Orang Malayu Singapura pada tahun 1929 


2.    PENUBUHAN PERSATUAN MELAYU NEGERI (1937-1941)

Kejayaan perjuangan KMS mendorong negeri-negeri lain menubuhkan persatuan Melayu di peringkat negeri. Penubuhan persatuan-persatuan Melayu ini bertujuan untuk membaiki kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu.

Kebanyakan persatuan Melayu negeri dipimpin oleh kerabat diraja dan golongan berpendidikan Inggeris. Terdapat juga dalam kalangan rakyat biasa yang memegang jawatan yang agak penting dalam persatuan ini, namun bilangannya amat sedikit.

Persatuan-persatuan negeri yang dipimpin oleh golongan istana cenderung untuk mempertahankan keadaan yang sedia ada. Oleh itu mereka memberi sokongan kepada pemerintahan British.

Oleh kerana persatuan Melayu masih bersifat kenegerian, usaha untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bercorak kebangsaan sukar dilakukan kerana wujud semangat kenegerian yang menebal. Pada tahun 1930, majalah Pengasoh mencadangkan penubuhan sebuah persatuan bersifat kebangsaan yang dinamakan ‘Persatuan Melayu Semenanjung’ tetapi tidak mendapat sambutan.

Antara persatuan-persatuan Melayu negeri ialah:

A. PERSATUAN MELAYU PERAK (PMK)

Penubuhan:
Ditubuhkan pada 18 September 1937 di Ipoh oleh 104 orang Melayu Perak terdiri daripada kakitangan awam. PMK yang dipimpin oleh Wan Mohd Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim meng­ambil pendekatan sederhana dan tidak terlibat dalam politik.

Corak perjuangan:
Corak perjuangan PMK adalah bersifat sederhana dan enggan melibatkan diri dalam kegiatan politik di Tanah Melayu.

Akhbar Majlis telah mengkritik persatuan ini dengan mengatakan bahawa keengganan mereka melibatkan diri dalam politik akan menyebabkan impian mereka untuk memperbaiki kebajikan orang-orang Melayu tidak akan terlaksana dan ia menjadi usaha yang sia-sia sahaja.

Keahlian:
Keahliannya terdiri daripada kakitangan kerajaan.

Tujuan penubuhan:
  • Untuk menggalakkan kerjasama antara ahli-ahlinya
  • Meninggikan taraf pendidikan dan taraf ekonomi orang-orang Melayu
  • Menggalakkan ahli-ahlinya menumpukan  taat setia kepada raja dan kerajaan serta kerjasama dengan pihak Inggeris untuk memajukan kepentingan orang Melayu

B. Persatuan Melayu Pahang (PMP)

Penubuhan:
Ditubuhkan bulan Mac 1938. Dipimpin oleh Tengku Muhamad ibni Almarhum Sultan Ahmad iaitu seorang kerabat diraja Pahang dan Dato’ Hussein Mohd Taib.

Tujuan penubuhan:
  • untuk memperbaik kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu dan menyuarakan masalah mereka kepada British
  • memajukan bidang pendidkan orang Melayu

C. PERSATUAN MELAYU SELANGOR

Penubuhan:
Ditubuhkan di Kuala Lumpur bulan 5 Jun 1938. Dipimpin oleh kerabat diraja dan golongan berpendidikan Inggeris seperti Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yassin, Raja Bot bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang, dan Raja Uda bin Raja Muhammad.

Corak perjuangan:
Corak perjuangan bergerak secara terbuka sebagai sebuah pertubuhan politik.

Tujuan penubuhan untuk mendesak kerajaan Inggeris:
  • supaya menambah bilangan pegawai Melayu dalam kerajaan Persekutuan dan negeri
  • supaya memperuntukkan jawatan yang penting seperti Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah Tinggi supaya disandang oleh orang Melayu
  • supaya memberi peluang kepada orang Melayu menceburkan diri dalam bidang pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi
  • membuat cadangan kepada kerajaan Inggeris agar menyekat penghijrahan orang Cina dan India ke Tanah Melayu

Perjuangan PMS:
Pada tahun 1938, telah menerbitkan risalah bagi mengemukakan beberapa bantahan terhadap kerajaan Inggeris. Antaranya ialah:
  • menentang penubuhan universiti kerana ia dianggap akan menguntungkan orang bukan Melayu. Ini disebabkan taraf pendidikan orang Melayu yang rendah dan tidak mempunyai kelayakan yang mencukupi untuk memasuki universiti.
  • memajukan ekonomi orang Melayu
  • membantah perlaksanaan Akta Tanah Simpanan Melayu yang dianggap sebagai percubaan kerajaan Inggeris untuk menyekat perkembangan ekonomi orang-orang Melayu.

D. PERSATUAN MELAYU NEGERI SEMBILAN (PMNS)

Penubuhan:
Ditubuhkan pada 9 September 1938 di Seremban. Antara pemimpinnya ialah Tengku Mohamad Nasir, Raja Nordin, dan Haji Mohd Tahir bin Dato’ Bandar Abdul Rahman.

Tujuan penubuhan:
Ditubuhkan untuk memelihara adat istiadat, kebajikan dan kepentingan orang Melayu dalam segala bidang.

E. KESATUAN MELAYU JOHOR (KMJ)

Penubuhan:
Ditubuhkan tahun 1939 oleh Dr. Hamzah Haji Mohd Taib dan bapanya Haji Mohd Taib.

Corak perjuangan:
Persatuan ini yang bercorak separa politik

Tujuan penubuhan:
Bertujuan menyebarkan idea-idea baharu untuk membangkitkan semangat kesedaran bersatu dalam kalangan orang Melayu.

F. SABERKAS

Penubuhan:
Ditubuhkan dan dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra, kerabat diraja Kedah. Saberkas adalah singkatan dari ‘Sayang Akan Bangsa Ertinya Redha Korbankan Apa Segala’.

Tujuan penubuhan:
Bertujuan untuk memperjuangkan kebajikan orang Melayu. Keahliannya terhad kepada kakitangan kerajaan tetapi kemudian dibuka kepada umum.

G. KELAB PUTERA

Penubuhan:
Ditubuhkan di Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1929. Kelab ini dipimpin oleh Asa’ad Shukri Haji Muda dan Abdul Kadir Adabi.

Tujuan penubuhan:
Bertujuan untuk menyatukan orang Melayu Kelantan bagi mencapai kemajuan dalam semua aspek kehidupan.  Kegiatannya agak terbatas kerana kakitangan kerajaan dilarang menyertainya. Selepas setahun ditubuhkan, kelab ini dibubarkan.

H. PERSATUAN MELAYU KELANTAN (PMK)

Penubuhan:
Ditubuhkan pada 20 April 1939. Dipimpin oleh Nik Muhammad Saleh Omar, Nik Yahya Nik Daud, Haji Othman Tahir, Ahmad Ismail, dan Asa’ ad Shukri Haji Muda.

Keahlian:
Keahliannya terbatas kepada golongan bangsawan dan berpendidikan Inggeris.

Tujuan penubuhan:
a.    Untuk menyatukan orang-orang Melayu
b.    memajukan kedudukan ekonomi dan sosial orang Melayu Kelantan.


3.    PERSAUDARAAN SAHABAT PENA MALAYA (PASPAM)

Penubuhan:
PASPAM ditubuhkan pada 7 April 1934 oleh akhbar Saudara. Antara mereka yang terlibat menggerakkan persatuan ini ialah Syed Alwi al-Hadi, S .M. Zainal Abidin, Sheikh Abdullah al-Maghribi, dan Hamidun bin Mohd Hashim.

Persaudaraan Sahabat Pena merupakan pertubuhan pertama yang melangkaui sempadan negeri dan bergiat di peringkat kebangsaan.  Pejabat persatuan ini ditubuhkan di Kedah, Perak, Kelantan, Singapura, Sabah, dan Sarawak.

Cogan kata:
Cogan kata PASPAM ialah ‘Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa’ bertujuan untuk menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap bahasa Melayu.

Corak perjuangan:
Sebuah pertubuhan bercorak kesusasteraan Melayu yang pro Kaum Muda. Ia merupakan pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. PASPAM memberi peluang kepada orang Melayu di seluruh negara untuk bertemu dan berbincang untuk mencari penyelesaian kepada maslah-masalah yang dihadapi oleh orang-orang Melayu.

Keahliannya:
Keahliannya terbuka kepada semua orang Melayu. Setiap ahli dikenakan bayaran pendaftaran sebanyak 50 sen dan yuran tahunan sebanyak 20 sen.

Perkembangan PASPAM:
Ahli-ahli Persaudaraan Sahabat Pena digalakkan menulis dan mengambil bahagian dalam peraduan yang dikelolakan oleh akhbar Saudara. Kegiatan persatuan ini tidak tertumpu kepada bahasa dan sastera sahaja tetapi juga politik.

Persidangan bersifat kebangsaan yang dianjurkan oleh Persaudaraan Sahabat Pena dapat menyatukan ahli-ahlinya dan seluruh Tanah Melayu, Sabah, dan Sarawak. Persidangan yang pertama diadakan di Taiping pada 11 November 1934.

Selepas persidangan pertama ini, keahlianya telah meningkat dengan cepat. Pada Mei 1935, keahliannya Pada tahun 1935, keahliannya hanyalah seramai 1000 orang tetapi telah meningkat secara mendadak kepada 12, 000 orang pada tahun 1937.

Pada tahun 1938, PASPAM mula menerbitkan majalah bulanan untuk ahli-ahlinya.

atidak puas hati orang Melayu terhadap kepimpinannya yang lemah dan dikuasai oleh golongan berketurunan Arab dan India-Muslim terutamanya di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, PASPAM telah memberi sumbangan yang besar dalam sejarah perkembangan nasionalisme Melayu. PASPAM bukan sahaja berjaya menyatukan orang Melayu, malah telah berjaya menyatukan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu melalui persidangan nasionalnya yang diadakan.


4.    KESATUAN MELAYU MUDA (KMM)

Penubuhan:
Ditubuhkan pada bulan April 1938, golongan nasionalis berpendidikan Melayu di Kuala Lumpur. KMM diasaskan oleh Ibrahim Haji Yaacob dengan beberapa orang tokoh nasionalis yang lain seperti Mustapha Hussain, Ishak Haji Muhammad, Onan Haji Siraj, Hassan Manan, Ahmad Boestamam, dan Abdul Karim Rashid.

KMM merupakan sebuah pertubuhan politik bersayap kiri yang terpengaruh oleh gerakan nasional Indonesia dan perjuangan Parti Nasional Indonesia (PNI) yang dipimpin oleh Sukamo.

Keahliannya:
Ahli-ahli KMM terdiri daripada guru-guru sekolah Melayu yang kebanyakannya lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI).

Matlamat penubuhannya:
  • Memperjuangkan kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu melalui dasar tidak bekerjasama dengan Inggeris
  • Berusaha membentuk satu kesatuan politik dengan menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia bagi membentuk Indonesia Raya atau Melayu Raya bagi mewujudkan bangsa Melayu yang terbesar di Asia Tenggara

Perkembangannya:
Menjelang tahun 1940, KMM telah berjaya menubuhkan cawangan di beberapa buah negeri seperti Perak, Melaka, Johor, Negeri Sembilan,  Selangor, Pulau Pinang, Singapura, Kelantan, dan Terengganu.

Namun KMM tidak berjaya menarik banyak sokongan terutamanya dalam kalangan rakyat bawahan dan birokrat Melayu yang berpendidikan Inggeris. Kegagalan ini disebabkan oleh:
  • sikap orang Melayu ketika itu yang masih mahukan kepimpinan kaum bangsawan yang dianggap sebagai pelindung bangsa Melayu.
  • idea penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang diperjuangkan oleh KMM juga tidak berjaya menarik sokongan rakyat.
  • masalah kewangan dan kekurangan kemahiran untuk memperluaskan kegiatannya di seluruh Tanah Melayu.

KMM menyebarkan cita-cita perjuangannya menerusi akhbar Warta Malaya dan Majlis untuk menyebarkan perasaan anti-Inggeris dan membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang-orang Melayu.

Selepas tercetus Perang Dunia Kedua di Eropah, Jepun berusaha mendapatkan sokongan penduduk tempatan. Jepun memberi bantuan kewangan kepada Ibrahim Haji Yaacob untuk membeli akhbar Warta Malaya yang diterbitkan di Singapura.        

Akibatnya seramai 100 orang ahli KMM termasuk Ibrahim Yaacob dan Ishak Haji Muhammad ditangkap dan dipenjarakan oleh Inggeris pada akhir tahun 1941 kerana dituduh merancang pakatan menentang British dan bekerjasama dengan Jepun.

Semasa pendudukan Jepun, pemimpin KMM yang ditahan oleh Inggeris telah  dibebaskan dan dibenarkan bergiat semula dalam kegiatan politik. Pihak Jepun juga mengadakan kawalan ketat ke atas semua alat sebaran am, termasuk pertubuhan politik.
Pada bulan Jun 1942, KMM dibubarkan atau diharamkan kerana KMM membuat pakatan sulit dengan Parti Komunis Malaya dan dianggap boleh menjadi ancaman kepada kepentingan Jepun di Tanah Melayu. Namum selepas itu, Jepun telah menubuhkan Pembela Tanah Air (PETA) pada tahun 1943 bagi mendapatkan sokongan pemimpin-pemimpin KMM. PETA telah dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaacob merupakan pertubuhan bercorak ketenteraan.

Sebagai langkah untuk berkerajaan sendiri, Jepun telah menggalakkan Ibrahim Haji Yaacob menubuhkan Kekuatan Rakyat Istimewa (KRIS) pada Julai 1945. Kemudian KRIS dikenali sebagai Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung.

Kegiatan KRIS telah ditamatkan apabila Jepun menyerah kalah pada Ogos 1945. Ibrahim Haji Yaacob dan beberapa pemimpin yang lain telah berhijrah ke Indonesia untuk menyertai kegiatan politik di sana. Manakala anggota KMM yang lain telah dipenjarakan oleh Inggeris.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.