Nuffnang Advertisment

Thursday, 21 November 2013

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH BAHARU STPM

CARA PENILAIAN TERHADAP JAWAPAN ESEI  MATA PELAJARAN SEJARAH
SUKATAN BAHARU

TAHAP PENCAPAIAN PELAJAR:

Tahap pencapaian pelajar atau calon STPM Baharu Mata Pelajaran Sejarah terbahagi kepada 5 tahap pencapaian iaitu berdasarkan kepada peruntukkan markah sebanyak 20 markah bagi setiap soalan:


TAHAP PENCAPAIAN

MARKAH
Amat Cemerlang
18 -  20 markah
Cemerlang
14 – 17 markah
Baik
10 – 13 markah
Lemah
6 -  9 markah
Amat Lemah
0 - 5 markah

Jawapan pelajar akan dinilai melalui beberapa kriteria. Kriteria yang dinilai terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:


KRITERIA

PERKARA YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPAT MARKAH KATEGORI
“AMAT CEMERLANG”

Pengetahuan Dan Kefahaman

( Diperuntukkan markah antara 1 hingga 8 )

1-2 markah – amat lemah
2-3 markah – lemah
4-5 markah – baik
6-7 markah – cemerlang
8 markah – amat cemerlang

·         Mempunyai fakta iaitu pelajar perlu menguasai kehendak soalan dengan meluas dan mendalam. Ini bermakna pelajar perlu memahami kehendak soalan dengan baik
·         Pelajar mestilah memberikan isi atau fakta utama diikuti dengan isi sampingan atau sokongan.
·         Pelajar mesti menghuraikan fakta dengan kemas, tepat, relevan dan secara terperinci serta mendalam.
·         Pelajar harus memaksimunkan kesilapan fakta agar tidak mencacatkan ketepatan jawapan pelajar. Ini bermakna pelajar dilarang sama sekali mencipta fakta sendiri atau menulis jawapan syok sendiri.

Taakulan

( Diperuntukkan markah antara 0 hingga 6 )

0-2 markah – amat lemah
2-3 markah – lemah
3-4 markah – baik
5 markah – cemerlang
6 markah – amat cemerlang

·         Pelajar mesti membina jawapan utama secara logikal berdasarkan kepada kehendak soalan dengan pengembangan idea yang baik.
·         Penghuraian isi atau fakta mesti disertakan dengan banyak contoh yang relevan.

Komunikasi

( Diperuntukkan markah antara 0 hingga 6 )

0-2 markah – amat lemah
2-3 markah – lemah
3-4 markah – baik
5 markah – cemerlang
6 markah – amat cemerlang

·         Susunan fakta amat logikal atau tersusun, analitikal, teratur dan sesuai dengan kehendak soalan yang ditanya.
·         Penyampaian fakta-fakta utama dalam jawapan mempunyai perkaitan antara satu fakta dengan fakta yang lain.
·         Penulisan jawapan pelajar juga terfokus kepada kehendak soalan secara mendalam.
·         Pelajar juga perlu membuat rumusan dan kesimpulan yang mantap berdasarkan soalan yang ditanya.



Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.