Nuffnang Advertisment

Monday, 8 September 2014

SUMBANGAN TUN ABDUL RAZAK DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

LATAR BELAKANG TUN RAZAK

Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein atau Tun Abdul Razak lebih dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia oleh rakyat yang menyanjunginya kerana jasa dan sumbangan beliau untuk kemakmuran dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia.

Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada tanggal 11 Mac 1922. Tun Razak merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud.

Beliau telah dilantik untuk menggantikan Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-2 pada tahun 1971. Sepanjang perkhidmatannya sebagai anggota kerajaan, beliau telah banyak memberikan sumbangan khasnya dalam pembangunan negara dan luar bandar. Beliau meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri pada 14 Januari 1976.



Sumbangan dalam pendidikan

Sebelum menjawat jawatan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein telah  banyak memberikan sumbangan antaranya dalam bidang pendidikan.  Pada tahun 1955, kerajaan perikatan telah membentuk sebuah Jawatankuasa Pelajaran yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak selaku Menteri Pelajaran ketika itu.

Tindakan awal Tun Razak apabila memegang jawatan tersebut adalah merombakkan sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak memberi sebarang keuntungan kepada pembentukan masyarakat yang bersatu padu sebaliknya mewujudkan perbezaan ras dalam masyarakat pelbagai kaum.

Hasil usaha Tun Razak, telah membawa kepada terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956, yang berjaya menyatupadukan sistem pelajaran untuk membina sebuah bangsa  yang bersatu padu dengan harapan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar utama.

Penyata Razak telah mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan, iaitu sistem persekolahan yang sama untuk semua dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan. Beliau menganggap bahawa dasar tersebut mampu menyuburkan semangat perpaduan negara. Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.


Sumbangan dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara

Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein  apabila dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, juga turut memegang portfolio Menteri Pertahanan pada tahun 1957. Beliau telah membawa perubahan kepada angkatan tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan efisien. Sebagai bekas anggota askar wataniah, beliau mempunyai pengalaman dalam peperangan gerila dan mengenali taktik pengganas komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga 'darurat', iaitu satu tempoh 12 tahun memerangi pengganas komunis disytiharkan tamat pada tahun 1960.

Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tetangga untuk menjamin keselamatan rakyat. Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan seluruh negara.

Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih pentadbiran kerajaan. Beliau telah dilantik oleh  Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj iaitu Perdana Menteri ketika itu  sebagai Pengarah MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.


Sumbangan dalam pembangunan masyarakat luar bandar

Pada tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan di bawah Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein. Kementerian ini telah ditugaskan untuk menyelaras, mengesan dan menjayakan rancangan pembangunan di kawasan luar bandar. Agensi seperti FELDA  dan  MARA (dahulunya RIDA)  telah diletakkan di bawah kementerian ini untuk menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Dalam Rancangan Malaya Pertama, kerajaan telah memperuntukkan 44.5% daripada bajet keseluruhan sebanyak RM1100 juta bagi pembangunan ekonomi. Selama 10 tahun memegang potfolio itu, Tun Razak telah berjaya membasmi buta huruf di kalangan tiga juta rakyat.

Tun Abdul Razak telah mengumumkan rancangan pembukaan tanah secara besar-besaran di seluruh negara pada 24 Oktober 1960. Rancangan tersebut diadakan untuk menempatkan mereka yang tidak mempunyai tanah sekaligus memajukan tanah tersebut. Tanah-tanah rancangan adalah dibawah pengurusan pihak berkuasa FELDA. Pada permulaannya terdapat 40 tanah rancangan yang disertai oleh 400 buah keluarga. Pelan pembukaan tanah tersebut telah menjadi asas kepada kemakmuran rakyat di kawasan luar bandar.

Beliau juga mengumumkan penubuhan FELCRA atau Penubuhan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan pada 20 September 1964.  Penubuhan FELCRA adalah sejajar dengan hasrat DEB untuk meningkatkan taraf ekonomi kaum-kaum di  negara ini. Melalui dasar tersebut, hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan.

Beliau juga bertanggungjawab merangka program pembangunan luar bandar dengan menangani masalah kemiskinan apabila menitik beratkan penambahan prasarana asas luar bandar serta mempertingkatkan produktiviti pertanian. Sebanyak tiga juta ekar padi, kelapa dan pelbagai tanaman lain diberikan kemudahan tali air manakala 800 000 ekar  hutan telah dibuka untuk pembangunan. Kejayaan yang dicapainya termasuk merangka satu dasar pembangunan yang meliputi setiap keperluan negara, yang dikenali sebagai 'Buku Merah'.

Sumbangan  Tun Abdul Razak  yang paling penting adalah ke arah pembangunan Malaysia. Tujuan beliau adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan penyakit. Dengan itu, Tun Abdul Razak  melancarkan Dasar Ekonomi Baru yang mencartakan pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-Rancangan Malaysia dari 1970 hingga 1990. Beliau sedar masyarakat Melayu jauh ketinggalan dalam kemajuan sosio-ekonomi. Oleh itu Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein berupaya meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA. Rancangan-rancangan ini benar-benar membantu masyarakat Melayu memutuskan rantaian kemiskinan.

'Dasar Ekonomi Baru' (DEB) yang dilancarkan pada 21 Jun 1970 adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi dengan menjadikan matlamat utamanya untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan mennghapuskan identifikasi kegiatan ekonomi          berdasarkan kaum.

Di era Tun Abdul Razaklah bermulanya pelan pembangunan yang menyeluruh dan sistematik yang dikenali dengan 'Rancangan Pembangunan Malaysia' lima tahun yang bermula dengan Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua. Meskipun telah wujud rancangan sebegini sebelum era Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein namun matlamat dan perlaksanaannya tidak secara kolektif dan pragmatik. Rancangan Malaysia Pertama dan Kedua merupakan pemangkin Dasar Ekonomi Baru (DEB). DEB mempunyai kerangka waktu 20 tahun dari 1970-1990 merumuskan bahawa ekuiti bumiputera dalam negara harus mencapai 30% di akhir tempoh itu.

Antara institiusi yang paling penting hasil dari DEB ialah ' Federal Land Develoment Authority' (FELDA), suatu badan yang membuka tanah dan mengagihkannya kepada rakyat untuk tujuan pembagunan. Program ini sehingga hari ini dikenali sebagai program reformasi tanah yang paling besar dan berjaya di dunia dan seterusnya menjadikan Malaysia pengeluar terbesar getah dan minyak kelapa sawit. Selain itu terdapat beberapa agensi lain yang ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar ialah Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah atau RISDA dan Lembaga Pertubuhan Peladang.

Justeru bagi memastikan matlamat pembangunan masyarakat luar bandar dapat dilaksanakan, Tun Abdul Razak telah melancarkan Rancangan Buku Hijau pada 20 Disember 1974. Tujuan utama rancangan tersebut ialah untuk menambahkan hasil makanan. Rancangan ini menghendaki rakyat mengambil bahagian yang lebih cergas dalam sektor ekonomi pertanian. Antara program yang diatur ialah menggalakkan tanaman jangka pendek, iaitu tanaman selingan dan bukan tanaman seperti kacang tanah, sekoi, jagung, ikan air tawar, memelihara kerbau, lembu dan sebagainya.


Sumbangan dalam perpaduan masyarakat

Tun Abdul Razak Dato' Hussein adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Beliau gemar melawat ke kampung-kampung dan meninjau sendiri permasalahan yang rakyat alami. Di bawah kepemimpinan beliau, Tun Abdul Razak berjaya menghidupkan semangat bergotong-royong dan mengurangkan budaya kolonial di kalangan pentadbir Melayu.

Dalam memupuk perpaduan antara kaum, Tun Abdul Razak telah melancarkan 'Rukunegara' pada 31 Ogos 1970. Rukunegara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil, saksama, liberal dan progresif.


Sumbangan dalam arena politik antarabangsa

Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak bin  Dato' Hussein juga adalah orangnya yang bertanggungjawab berunding dengan Indonesia untuk menamatkan 'konfrantasi' yang dilancarkan oleh negara itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Allahyaraham Tun Abdul Razak Dato' Hussein juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Demi keselamatan negara dan kestabilan serantau, Tun Abdul Razak telah mengubah dasar luar yang bersifat probarat dan antikomunis kepada dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi. Hasrat Tun Abdul Razak menjadi kenyataan apabila semua negara ASEAN bersetuju untuk menjadikan rantau ini sebagai zon aman, bebas dan berkecuali atau ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971.

Tun Abdul Razak juga mengiktiraf kewujudan negara China bagi mendapatkan sokongan kuasa besar tersebut terhadap ZOPFAN. Untuk itu, Tun Abdul Razak telah menghantar Tengku Razaleigh Hamzah  mengetuai rombongan perdagangan ke China pada bulan  Mei 1971. Kejayaan dalam bidang perdagangan telah memberi impak kepada hubungan diplomatik antara kedua-dua negara apabila China menyokong cadangan mewujudkan ZOPFAN.



Sunday, 7 September 2014

SUMBANGAN ADAM SMITH DALAM BIDANG EKONOMI DI EROPAH

Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.

Pada tahun1751, Adam Smith dianugrahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow. Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga tahun 1789, beliau memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow.

Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara.

Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu, melindungi rakyat daripada penakluk tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan, menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu. Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalm bidang ekonomi moden yang digunapakai hingga hari ini dan doktrim yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara


SUMBANGAN ADAM SMITH

Pengasas kepada disiplin ekonomi moden

Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas

Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.

Konsep ekonomi laissez-faire

Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan

Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.

Mengkritik dasar merkantilisme

Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.

Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Teori percukaian

Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.

Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport, dan meindungi industri domestik.

Amalan perdagangan

Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuata. Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi jumlah pengeluaran dan perdagangan.

Teori ekonomi yang sistematik

Menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas dalam jumlah besar. Menolak pandangan golongan physiokrat yang mengatakan bahawa tanah merupakan sumber utama

Menekankan perkara yang paling penting ialah tenaga buruh. Beliau menekankan bahawa peningkatan kerja dan menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang menghalang perkembangan dan perluasan industri.

Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar mengeluarkan barang yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Walau bagaimanapun, harga barang tersebut dalam pasaran akan meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang berbnading dengan permintaan. Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.

Pengumpulan modal

Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi, dengan demikian permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah kemampuan manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.

Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan. Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan pada hari ini dan keuntungan nyata. Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya kemajuan ekonomi. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu pengumpulan modal yang cepat, maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan meningkatkan upah. Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik modal.




PENGUBAHSUAIAN KUASA BRITISH DI MYANMAR

ASPEK PENTADBIRAN

Selepas berjaya menguasai Myanmar - British bertindak menghapuskan sistem pemerintahan beraja @ monarki dan sistem pentadbiran tradisional. Dengan itu, jawatan pembesar seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hlutdaw dan Thatnabaing dihapuskan. Ahli Hlutdaw telah dilantik menjadi pegawai kerajaan bergaji tetap – tetapi tidak mendapat kerjasama drp rakyat.

Pada tahun 1889, Undang-Undang Kampung Myanmar diperkenalkan dan membawa tertubuhnya Majlis Kampung yang diketuai oleh ketua kampung sebagai pegawai kerajaan – bertanggungjwab menjaga keamanan serta mengutip cukai.

British juga menjalankan pentadbiran di Myanmar mengikut sistem pentadbiran India iaitu ditadbir oleh Ketua Pesuruhjaya dengan dibantu oleh Pesuruhjaya seperti Pesuruhjaya Arakan, Pegu dan Tenasserim. Setiap wilayah dibahagi kepada beberapa daerah yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Daerah berbangsa Inggeris. Daerah pula dibahagikan kepada beberapa buah bandar yang diketuai oleh Pegawai Bandar (Myo-Ok) dan setiap bandar dipecahkan kepada beberapa Bulatan yang ditadbir oleh Ketua Bulatan (Thaithugyi) yang akan dibantu oleh pegawai polis (Gaung).

Pada tahun 1897, British telah melakukan perubahan terhadap pentadbiran pusat di Myanmar. Jawatan Ketua Pesuruhjaya telah dinaikkan taraf kepada Left. Gab. – Arthur Phayte merupakan Left. Gab. yang pertama. Left. Gab. Akan dibantu oleh Majlis Perundangan yang mengandungi 9 orang ahli kemudian ditambah kepada 15 orang (1909) dan 30 orang (1920) – dianggotai oleh golongan pedagang dan orang Myanmar.


ASPEK EKONOMI

Dibawah pentadbiran British beberapa perubahan dalam bidang ekonomi dilaksanakan terutama bidang pembalakan, perlombongan dan pertanian

Pembalakan

Myanmar merupakan negara yang kaya dgn kayu jati dan menjadi hasil eksport kedua terpenting terutama di Pegu

Tahun 1856, Jabatan Perhutanan telah ditubuhkan – untuk memastikan pembalakan dijalankan secara efisyen. Syarikat Perdagangan Bombay-Myanmar diberi kebenaran untuk membalak, disamping beberapa syarikat lain

Perlombongan

Petroleum – Pada tahun 1886, Syarikat Minyak Burma ditubuhkan untuk mencari gali minyak di Myanmar spt Yenangyung dan Chauk di Irrawaddy Tengah. Pada tahun1908,  berjaya mengeluarkan minyak sebanyak ¾ di Myanmar, di samping syarikat minyak lain spt Syarikat Petro British-Burma dan Syarikat Minyak Nath Singh.

Bijih Timah – memajukan kegiatan melombong timah dan Myanmar menjadi pengeluar ke-4 terbesar timah di AT slps PD2. Pada tahun 1910, berjaya mengeluarkan timah sebanyak 100,000 tan di Myanmar

Galian lain – timah hitam dijalankan Badwin dan Namtu, manakala zink, perak, tungsten, batu delima dan nilam turut diusahakan di Mogok utara Mandalay

Pertanian Komersil

Kegiatan sektor beras telah dimajukan terutama di Rangoon dan Myanmar telah menjadi pengeluar beras utama di AT
Pada tahun, 1886, 4 juta ekar tanah ditanam dengan padi. Eksport beras telah meningkat daripada 0.5 juta tan  (1881) kepada 1.4 juta tan (1901) dan terus meningkat kepada 2.5 juta tan (1921)


ASPEK PENDIDIKAN

Sebelum British – sistem pendidikan di Myanmar hanya tertumpu kepada bidang keagamaan Buddha sahaja dan dijalankan oleh sami-sami

Selepas British – sistem pendidikan moden diperkenalkan dengan menubuhkan Anglo Vernacular School (1873) untuk memberi pendidikan dan sebagai persediaan pelajar ke Universiti Culcutta, India

1880 – Sistem pendidikan disusun semula oleh British supaya lebih berkesan

1884 – Maktab Rangoon ditubuhkan untuk persediaan pelajar bagi melanjutkan ke Universiti Culcutta

1920 – Universiti Rangoon ditubuhkan untuk pelajar Myanmar untuk belajar dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perhutanan dan latihan perguruan

Sekolah-sekolah mubaligh juga ditubuhkan di Myanmar oleh British




PENGUBAHSUAIAN KUASA BELANDA DI INDONESIA

BIDANG PENTADBIRAN

Semasa pentadbiran Gab. Marshal HW Daendals, Belanda telah melakukan perubahan dlm bidang pentadbiran Bupati. Pemimpin atau peg. tempatan telah dilantik oleh gab. sebg peg. Belanda dan dibayar gaji.

Mereka akan dikawal dari segi pendapatan dan kuasa - supaya tidak berlaku penindasan terhadap petani dan penyelewengan kuasa.

Perubahan ini tidak berjaya – kerana masa pentadbiran Gab. Daendals yang singkat dan kurang pemantauan telah mengakibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan peg. kerajaan.

Pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19, Pulau Jawa pula ditadbir oleh British di bawah Left. Gab. Raffles. Memperkenalkan sistem pentadbiran British seperti di India iaitu Pulau Jawa akan ditadbir oleh Left. Gab. - kemudian dibahagi kepada beberapa residensi yang diketuai oleh Residen. Residensi pula dibahagi kepada beberapa daerah (Bupati@pembesar) dan kampung (Penghulu).

Pada tahun 1816, Belanda telah mengambilalih semula pentadbiran di Pulau Jawa dan diletakkan di bawah Gab. Jen. Belanda. Belanda telah menyusun semula pentadbiran dan memulihkan ekonomi di Pulau Jawa. Sistem pentadbiran Belanda diketuai oleh Gab. Jen dan dibantu oleh 4 orang Konsular serta Majlis Negara – sebagai badan perundangan dan menasihati kerajaan.

Bagi mencekapkan lagi pentadbiran, Belanda telah menubuhkan beberapa jabatan seperti Jabatan Dalam Negeri, Kerja Raya Awam, Pendidikan, Agama, Industri, Kewangan dan Kehakiman.

Semasa pentadbiran Gab. Jen. Capellan, Belanda telah melakukan beberapa perubahan seperti membatalkan Sistem Kontrak Sewa Tanah. Akibatnya – wujud perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan sehingga meletusnya Perang Jawa (1825-1830) di Jogjakarta dan Surakarta.

Pada tahun 1830, Sistem Tanaman Paksa telah diperkenalkan utk menyelesaikan masalah hutang Belanda akibat Perang Napoleon, Pemberontakan Belgium dan Perang Jawa. Sistem ini menuntungkan Belanda tetapi telah menyebabkan kesengsaraan hidup masyarakat Jawa.

Pada tahun 1870, Sistem Liberal diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Tanaman Paksa. Tujuan – mengubah taraf hidup petani Jawa dan untuk memberi peluang kepada golongan pemodal untuk melibatkan diri dalam ekonomi Pulau Jawa.

Dasar Etika diperkenalkan – untuk menyelesaikan masalah petani Jawa. Beberapa perubahan telah dibuat seperti mewujudkan Undang-Undang Pembahagian Kuasa Pusat (1903). Dibawah undang-undang ini, membolehkan Majlis Perbandaran dan Daerah ditubuhkan dan pelaksanaan dasar Desentralisasi dijalankan.

Pada tahun 1906, Undang-Undang Desa diperkenalkan – untuk memperbaiki kebajikan rakyat Indonesia. Dibawah undang-undang ini - Majlis Desa ditubuhkan dan diketuai oleh seorang penghulu.

Pada tahun 1916, Majlis Volksraad (Dewan Rakyat) ditubuhkan – dianggotai oleh semua rakyat sebagai persediaan untuk berkerajaan sendiri.


BIDANG EKONOMI

Kerajaan Belanda mula membangunkan ekonomi Indonesia dibawah Dasar Etika dalam aspek pertanian dan perlombongan – meningkatkan taraf hidup rakyat akibat penindasan dibawah Sistem Tanaman Paksa dan Dasar Liberal.

Tubuh Jabatan Pertanian (1905) di Betawi. Berperanan memberi nasihat kepada petani. Pegawai pertanian diambil dari luar negara untuk memajukan bidang pertanian, menyediakan benih bermutu tinggi, baja dan peralatan pertanian. Sebanyak 270 juta guilders diperuntukkan untuk membina sistem pengairan (1900-1940)

Kesannya, menggalakkan pembukaan tanah baharu untuk pertanian. Namum, masih gagal untuk menyediakan keperluan makan kepada penduduk akibat pertambahan penduduk yang cepat.

Galakkan aktiviti ekonomi lain seperti kegiatan perhutanan, perikanan dan memperkenalkan tanaman baharu getah.

Mewujudkan Akta Perkilangan (1903) untuk melindungi industri tempatan seperti industri batik – supaya pengusaha batik tempatan dapat bersaing dengan pengusaha batik Cina

Akta Buruh (1904) juga diperkenalkan untuk menggelakkan majikan menindas golongan buruh

Akta Pengambilan Buruh (1909) dilaksanakan bagi menggelakkan berlakunya penipuan dan menyeragamkan sistem percukaian

Bank Padi dan Bank Tunai Desa (1904) ditubuhkan untuk menggelakkan penduduk ditindas oleh peminjam wang Cina

Turut mengembangkan aktiviti perlombongan - memajukan kegitan melombong bijih timah di Pulau Bangka dan Pulau Belitong – dapat meningkatkan hasil eksport timah daripada 2,000 tan (1870) kepada 10,000 tan (1900). Perlombongan arang batu turut dijalankan di selatan Kalimantan dan barat Sumatera


BIDANG SOSIAL (PENDIDIKAN)

Kerajaan Belanda turut memberi perhatian kepada perkembangan pendidikan di Indonesia terutama dibawah Dasar Liberal dan Dasar Etika

Tahun 1867, Jabatan Pelajaran ditubuhkan dan sistem persekolahan peringkat rendah dijalankan selama 3 tahun. Pada tahun 1892, terdapat 516 buah sekolah di Indonesia

Tahun 1893, 2 jenis sistem pendidikan diperkenalkan iaitu Sekolah Kelas Pertama – untuk anak-anak bangsawan dan Sekolah Kelas Kedua – untuk anak-anak rakyat

Dibawah Dasar Etika, sistem pendidikan mula mengalami perubahan di mana sistem pendidikan Barat mula diperkenalkan dgn menubuhkan sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Belanda – untuk anak-anak priyayi. Sistem persekolahan disusun semula dengan mewujudkan sekolah rendah dan sekolah desa

Tahun 1900, Sekolah Jawa telah ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan, kaya dan berpengaruh. Pelajar ini berpeluang untuk menjadi doktor, peg. kerajaan, pentadbir dan kerani

Sekolah khas untuk golongan menengah kelas bawahan juga ditubuhkan. Tujuan – untuk menyediakan penduduk tempatan berketurunan santari dan bawahan menjadi pengawai awam



Friday, 5 September 2014

SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR (SEBELUM PERANG DUNIA KE-2)

PENGENALAN
Sebelum kedatangan penjajah - masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri iaitu sistem pendidikan bersifat tidak formal.
Diajar pengajian al-Quran dan ilmu pengetahuan agama.
Diajar di surau atau masjid di kampung­-kampung pada waktu malam.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal kitab-kitab dan ajaran guru - sebagai ‘Menadah Kitab’.
Pada abad ke-18, sistem pendidikan Sekolah Pondok semakin berkembang pesat apabila beberapa orang ulama dari Timur Tengah berhijrah ke NNM - lebih kemas dan teratur berbanding pengajaran agama yang diadakan di surau atau masjid.
Tertumpu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sukatan pelajaran sistem pengajian pondok meliputi membaca dan memahami kandungan kitab suci al-Quran, bahasa Arab, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tempoh pengajian tidak ditentukan secara khusus.
Selepas kedatangan British, sistem pendidikan semakin berkembang. Sebelum Perang Dunia Ke-2, terdapat empat sistem persekolahan di zaman British iaitu sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih mencerminkan unsur-unsur perkauman.
Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan tidak seragam.
Pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada semua ahli masyarakat kecuali kepada golongan elit Melayu.
British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing spt sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan kawasan perlombongan manakala sekolah aliran Tamil di ladang-ladang getah.
Tujuan utama pendidikan pada masa itu hanya untuk memberi pendidikan setakat pendidikan yang paling rendah dan tdk mementingkan perpaduan masyarakat.

Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
Sekolah PENDIDIKAN MELAYU
Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan Mubaligh Kristian - Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas.
1856 - dua buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun.
Sambutan ibu bapa tidak begitu menggalakkan – menganggap bertentangan dengan agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka terpengaruh dengan Kristian dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Mereka lebih memerlukan tenaga anak untuk menolong ibu bapa.
Peringkat awal - dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah vernakular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Sekolah perempuan Melayu pertama dibina di Teluk Belanga, Singapura (1884) dan diikuti dengan sebuah sekolah lagi di Pulau Pinang pada tahun 1889. Menjelang tahun 1900, terdapat 14 buah sekolah perempuan Melayu, iaitu 12 buah di Perak dan dua buah lagi di Selangor.
Antara tahun 1900-1923, Enakmen mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu ke sekolah jika tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah.
Tempoh belajar hanya untuk selama 4 tahun - diajar menulis, membaca dan mengira serta kraftangan mudah.
Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan supaya “seorang anak nelayan atau petani menjadi seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapa mereka.”
Sek. Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, diajar oleh guru-guru berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks wajib. British tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan pendidikan di peringkat menengah dalam bahasa Melayu.
Usaha awal memberi latihan perguruan kepada guru sekolah Melayu dibuat pada tahun 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga, Singapura. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan, Maktab Melayu Matang, Perak (1913), Maktab Melayu Johor dan Maktab Melayu Kota Bahru pada tahun 1919.
Walau bagaimanapun, usaha ini kurang berjaya kerana gaji guru sangat rendah serta tidak diminati oleh orang Melayu.
Selepas kajian dibuat - telah membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim (1922), Maktab Latihan Perempuan Melayu ditubuhkan di Melaka (1935) untuk menampung keperluan guru yang semakin bertambah.  
1905, Maktab Perubatan King Edward VII ditubuhkan dan dibiayai melalui sumbangan orang perseorangan dan badan-badan kebajikan.
1920, Maktab Perubatan King Edward VII mula mengadakan klinik perubatan, pembedahan, dan perbidanan. Beberapa bidang pengajian yang lain juga turut ditambah.
1949, Maktab Perubatan King Edward VII digabungkan dengan Raffles College untuk menjadi Universiti Malaya di Singapura - tawar kursus-kursus peringkat ijazah dalam bidang Sastera, Sains, dan Perubatan.
Dalam bidang pelajaran teknikal, sebuah Sekolah Teknik dibuka di Kuala Lumpur (1906) - latih pembantu teknik dlm Jab. Ukur, Jab. Kereta Api dan Kerja Raya. 1942 - ditukar kepada Maktab Teknik.
1943 - Maktab Pertanian didirikan di Serdang, Selangor kemudian (1971) taraf maktab ini dinaikkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH AGAMA MADRASAH
Perkembangan pesat sekolah Inggeris pada abad ke-19, menimbulkan kebimbangan golongan ulama -sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya Melayu krn telah menyebar ideologi sekularisme. 
‘Kaum Muda’ telah mengusahakan penubuhan sekolah agama/madrasah untuk bersaing dengan sekolah aliran Melayu dan Inggeris.
Pengajian di sekolah ini lebih kemas dan teratur berbanding dengan sekolah pondok. Sekolah agama madrasah mempunyai waktu belajar yang tetap, kurikulum pembelajaran yang berstruktur, dan pembahagian kelas kepada bilik-bilik darjah.  
Madrasah yang pertama ditubuhkan ialah Madrasah al-Iqbal di Singapura (1907), Sekolah al­Hadi di Banda Kaba, Melaka (1917), Madrasah al-Mashor di Pulau Pinang (1919) dan Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu.

Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH PENDIDKAN CINA
Pada peringkat awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak dipentingkan kerana tanggapan ibu bapa mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki.
Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan mubaligh Kristian.
Beberapa buah sekolah lagi didirikan di NNS dan NNMB oleh kapital-kapital Cina seperti Yap Ah Loy, Phua Choon Hiong, dan Cheng Soo Leong.
Penubuhan sekolah-sekolah Cina ini menandakan bermulanya keinginan orang Cina untuk bermastautin secara tetap, walaupun sebelum itu Tanah Melayu hanya dianggap sebagai penempatan sementara.
Sekolah-sekolah Cina lebih tertumpu di bandar-bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan seperti Singapura, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan.
Sistem pendidikan Cina dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat rendah (6 tahun), peringkat menengab (3 tahun), dan peringkat atas (3 tahun).
Menggunakan sukatan pelajaran sendiri kerana sekolah Cina dikelolakan oleh orang-orang persendirian, badan-badan sukarela tanpa campur tangan kerajaan British. Kurikulum sekolah Cina di Tanah Melayu disesuaikan supaya selaras dengan apa yang dipelajari di China. Manakala guru-guru didatangkan khas dari China.
Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina Klasik, Sejarah China, Matematik, Sains, Nyanyian, Lukisan, dan Latihan Ketenteraan. Buku-buku teks dicetak dan diimport dari China.
Sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan pelbagai dialek. Namun kemudiannya diselaraskan apabila semua sekolah menggunakan bahasa ‘Kuo Yu’ sebagai bahasa perantaraan bagi menggantikan pelbagai dialek yang berlainan.
Masy. Cina di Tanah Melayu lebih mengetahui perkembangan politik di China berbanding Tanah Melayu. Sekolah Cina menjadi pusat penyebaran ideologi yang bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis. Oleh itu, keadaan ini perlu dikawal kerana boleh menjejaskan keamanan.
Pada tahun 1920, satu peraturan diperkenalkan dengan mewajibkan semua sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan. Langkah ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah aliran Cina di Tanah Melayu.  
Pada tahun 1924, sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan kerajaan. Bantuan ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti membayar gaji guru dan membina sekolah baharu. Jabatan Penolong Pengarah Sekolah Cina juga ditubuhkan untuk mengawasi perkembangan sekolah Cina.
Selepas tahun 1945, semakin banyak sekolah Cina menerima bantuan kerajaan. Buku teks tidak lagi dibawa masuk dan China tetapi diterbitkan di Tanah Melayu. Sukatan pelajaran disemak untuk disesuaikan dengan persekitaran tempatan. Pada tahun 1952, Bahasa Melayu mula diajar di sekolah Cina.
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH PENDIDKAN TAMIL
Pada awalnya, pendidikan Tamil juga diusahakan oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela terutamanya badan mubaligh Kristian.
Selepas penubuhan Penang Free School di Pulau Pinang pada tahun 1816, satu ketetapan diambil untuk membuka sebuah sekolah Tamil sebagai satu daripada sekolah cawangan sekolah itu.
Pada tahun 1850, sebuah sekolah bernama Anglo-Tamil School yang mengajar bahasa Tamil dan Inggeris dibuka di Melaka. Pada tahun 1860, sekolah ini terpaksa ditutup kerana menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan murid.
Sepanjang tahun 1870-an, beberapa buah sekolah kecil yang mengajar bahasa Tamil dibuka di kawasan ladang terutamanya di Seberang Perai, Negeri Sembilan, Melaka, dan utara Johor yang diusahakan oleh badan-badan mubaligh Kristian. 
Selain itu, terdapat juga usaha menyediakan pendidikan Tamil di kawasan bandar. Pada tahun 1906 dan 1910, dua buah sekolah Tamil didirikan, iaitu Thambusamy Pillai School dan Vivekananda School di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di Tanah Melayu.
Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat sekolah rendah sahaja iaitu sebahagian besarnya hanya ditawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga ke darjah enam. Hanya yang mampu sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris di bandar.
Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar tetapi ada sebilangan kecil yang menggunakan bahasa lain seperti Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam, Punjabi, dan Singhelese atau Gurkhali.
Buku teks dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India.
Selain mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis, murid-murid juga diajar matematik, ilmu alam, lukisan dan kerja tangan, pengetahuan am, dan latihan jasmani.
Kebanyakan sekolah Tamil tidak memuaskan kerana kurang kemudahan. Gaji guru amat rendah dan di sesetengah sekolah, pekerja ladang seperti kerani ladang, penyelia, dan pembancuh ubat ditugaskan untuk mengajar.
Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH PENDIDKAN INGGERIS
Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dibuka oleh R.R.S. Hutchings, seorang paderi gereja tempatan.
Pada mulanya sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah, tetapi kemudian dijadikan sekolah menengah sepenuhnya pada tahun 1920-an.
Pada tahun 1826, Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian dan pada tahun 1920 ditukar kepada Malacca High School, diikuti dengan Anglo-Chinese School (1821) dan St. Xavier’s Institution (1829) di Pulau Pinang; St. Joseph dan Convent of Holy Infant Jesus di Singapura; Victoria Institution (1893), Methodist Boys School (1897), Convent Girl School, dan St. John Institution (1904) di Kuala Lumpur.
Sekolah Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran dan derma daripada badan-badan persendirian dan orang ramai.
Bantuan kewangan kerajaan hanya diberi secara tahunan mengikut jumlah murid yang mengambil peperiksaan awam.
Kebanyakan sekolah aliran Inggeris lebih tertumpu di bandar-­bandar utama di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pada tahun 1930-an, anak-anak Melayu mula diberi peluang untuk belajar di sekolah aliran Inggeris apabila Special Malay Class diperkenalkan. Murid-murid Melayu dari darjah empat perlu mengambil peperiksaan khas sebelum diterima masuk ke Special Malay Class.
Murid-murid di sekolah Inggeris sebahagian besarnya berasal daripada golongan atasan dan hanya segelintir daripada golongan bawahan.
Keadaan ini berlaku kerana wujud sekatan kemasukan orang Melayu ke sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Sekolah-sekolah Inggeris lebih tertumpu di pusat-pusat Bandar dan  bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi.
Pada tahun 1905, British menubuhkan sebuah maktab khas untuk anak-anak golongan bangsawan Melayu yang dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). Kebanyakan lulusan maktab ini diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Kurikulumnya sekolah Inggeris dibentuk dengan memberi tumpuan kepada pelajaran akademik dan akan menduduki peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Bagi mereka yang lulus mempunyai peluang pekerjaaan yang lebih cerah.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah Inggeris ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, ilmu Alam, ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani, dan Lukisan.
Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran negara di samping menanam perasaan taat setia kepada British.
Dalam sesetengah mata pelajaran seperti Sejarah, murid-murid hanya didedahkan kepada sejarah keagungan British seperti peperangan dan sejarah Eropah serta perkembangan empayar British.
Mereka tidak mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan seperti budaya dan adat istiadat Melayu.


Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.