Nuffnang Ads

Friday, 5 September 2014

SISTEM PENDIDIKAN VERNAKULAR (SEBELUM PERANG DUNIA KE-2)

PENGENALAN
Sebelum kedatangan penjajah - masyarakat tempatan sudah mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri iaitu sistem pendidikan bersifat tidak formal.
Diajar pengajian al-Quran dan ilmu pengetahuan agama.
Diajar di surau atau masjid di kampung­-kampung pada waktu malam.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ialah cara menghafal kitab-kitab dan ajaran guru - sebagai ‘Menadah Kitab’.
Pada abad ke-18, sistem pendidikan Sekolah Pondok semakin berkembang pesat apabila beberapa orang ulama dari Timur Tengah berhijrah ke NNM - lebih kemas dan teratur berbanding pengajaran agama yang diadakan di surau atau masjid.
Tertumpu di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sukatan pelajaran sistem pengajian pondok meliputi membaca dan memahami kandungan kitab suci al-Quran, bahasa Arab, serta kemahiran membaca, menulis dan mengira. Tempoh pengajian tidak ditentukan secara khusus.
Selepas kedatangan British, sistem pendidikan semakin berkembang. Sebelum Perang Dunia Ke-2, terdapat empat sistem persekolahan di zaman British iaitu sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang mempunyai ciri-ciri tertentu dan lebih mencerminkan unsur-unsur perkauman.
Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapatkan pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan tidak seragam.
Pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada semua ahli masyarakat kecuali kepada golongan elit Melayu.
British juga mengasingkan penubuhan sekolah mengikut kawasan penempatan kaum masing-masing spt sekolah Inggeris tertumpu di kawasan bandar, sekolah Melayu di kawasan luar bandar, sekolah Cina di bandar pelabuhan dan kawasan perlombongan manakala sekolah aliran Tamil di ladang-ladang getah.
Tujuan utama pendidikan pada masa itu hanya untuk memberi pendidikan setakat pendidikan yang paling rendah dan tdk mementingkan perpaduan masyarakat.

Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
Sekolah PENDIDIKAN MELAYU
Sekolah Melayu mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di NNS. Sekolah yang terawal dibuka (1815) sebagai sebuah cawangan Penang Free School di Pulau Pinang oleh Persatuan Mubaligh Kristian - Sek. Melayu Gelugor dan Sek. Melayu Bayan Lepas.
1856 - dua buah sek. Melayu dibuka di Singapura, iaitu di Sek. Melayu Telok Belanga dan Sek. Melayu Kampung Gelam. Pada tahun 1863, tiga buah sekolah Melayu lagi telah dibuka di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh, dan Bukit Tambun.
Sambutan ibu bapa tidak begitu menggalakkan – menganggap bertentangan dengan agama Islam. Ibu bapa bimbang anak mereka terpengaruh dengan Kristian dan tidak mempunyai nilai ekonomi. Mereka lebih memerlukan tenaga anak untuk menolong ibu bapa.
Peringkat awal - dibuka untuk pelajar lelaki sahaja kerana ibu bapa tidak berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah. Kemudian sekolah vernakular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
Sekolah perempuan Melayu pertama dibina di Teluk Belanga, Singapura (1884) dan diikuti dengan sebuah sekolah lagi di Pulau Pinang pada tahun 1889. Menjelang tahun 1900, terdapat 14 buah sekolah perempuan Melayu, iaitu 12 buah di Perak dan dua buah lagi di Selangor.
Antara tahun 1900-1923, Enakmen mewajibkan kanak-kanak lelaki Melayu ke sekolah jika tinggal dalam lingkungan 2 batu dari sekolah.
Tempoh belajar hanya untuk selama 4 tahun - diajar menulis, membaca dan mengira serta kraftangan mudah.
Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan supaya “seorang anak nelayan atau petani menjadi seorang nelayan atau petani yang lebih cerdik daripada bapa mereka.”
Sek. Melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, diajar oleh guru-guru berbangsa Melayu dan tidak mempunyai buku-buku teks wajib. British tidak mempunyai perancangan yang teliti untuk memulakan pendidikan di peringkat menengah dalam bahasa Melayu.
Usaha awal memberi latihan perguruan kepada guru sekolah Melayu dibuat pada tahun 1878 melalui sebuah pusat latihan di Telok Belanga, Singapura. Pada tahun 1900, Maktab Melayu Melaka ditubuhkan, Maktab Melayu Matang, Perak (1913), Maktab Melayu Johor dan Maktab Melayu Kota Bahru pada tahun 1919.
Walau bagaimanapun, usaha ini kurang berjaya kerana gaji guru sangat rendah serta tidak diminati oleh orang Melayu.
Selepas kajian dibuat - telah membawa kepada penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim (1922), Maktab Latihan Perempuan Melayu ditubuhkan di Melaka (1935) untuk menampung keperluan guru yang semakin bertambah.  
1905, Maktab Perubatan King Edward VII ditubuhkan dan dibiayai melalui sumbangan orang perseorangan dan badan-badan kebajikan.
1920, Maktab Perubatan King Edward VII mula mengadakan klinik perubatan, pembedahan, dan perbidanan. Beberapa bidang pengajian yang lain juga turut ditambah.
1949, Maktab Perubatan King Edward VII digabungkan dengan Raffles College untuk menjadi Universiti Malaya di Singapura - tawar kursus-kursus peringkat ijazah dalam bidang Sastera, Sains, dan Perubatan.
Dalam bidang pelajaran teknikal, sebuah Sekolah Teknik dibuka di Kuala Lumpur (1906) - latih pembantu teknik dlm Jab. Ukur, Jab. Kereta Api dan Kerja Raya. 1942 - ditukar kepada Maktab Teknik.
1943 - Maktab Pertanian didirikan di Serdang, Selangor kemudian (1971) taraf maktab ini dinaikkan menjadi Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia (UPM).
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH AGAMA MADRASAH
Perkembangan pesat sekolah Inggeris pada abad ke-19, menimbulkan kebimbangan golongan ulama -sebagai ancaman kepada agama Islam dan budaya Melayu krn telah menyebar ideologi sekularisme. 
‘Kaum Muda’ telah mengusahakan penubuhan sekolah agama/madrasah untuk bersaing dengan sekolah aliran Melayu dan Inggeris.
Pengajian di sekolah ini lebih kemas dan teratur berbanding dengan sekolah pondok. Sekolah agama madrasah mempunyai waktu belajar yang tetap, kurikulum pembelajaran yang berstruktur, dan pembahagian kelas kepada bilik-bilik darjah.  
Madrasah yang pertama ditubuhkan ialah Madrasah al-Iqbal di Singapura (1907), Sekolah al­Hadi di Banda Kaba, Melaka (1917), Madrasah al-Mashor di Pulau Pinang (1919) dan Madrasah Muhammadiah di Kota Bharu.

Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH PENDIDKAN CINA
Pada peringkat awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak dipentingkan kerana tanggapan ibu bapa mereka datang ke Tanah Melayu untuk mencari rezeki.
Sekolah Cina yang pertama ditubuhkan di Melaka pada tahun 1816 oleh sekumpulan mubaligh Kristian.
Beberapa buah sekolah lagi didirikan di NNS dan NNMB oleh kapital-kapital Cina seperti Yap Ah Loy, Phua Choon Hiong, dan Cheng Soo Leong.
Penubuhan sekolah-sekolah Cina ini menandakan bermulanya keinginan orang Cina untuk bermastautin secara tetap, walaupun sebelum itu Tanah Melayu hanya dianggap sebagai penempatan sementara.
Sekolah-sekolah Cina lebih tertumpu di bandar-bandar sekitar kawasan perlombongan dan pelabuhan seperti Singapura, Melaka, Pulau Pinang, Selangor, Perak, dan Negeri Sembilan.
Sistem pendidikan Cina dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu peringkat rendah (6 tahun), peringkat menengab (3 tahun), dan peringkat atas (3 tahun).
Menggunakan sukatan pelajaran sendiri kerana sekolah Cina dikelolakan oleh orang-orang persendirian, badan-badan sukarela tanpa campur tangan kerajaan British. Kurikulum sekolah Cina di Tanah Melayu disesuaikan supaya selaras dengan apa yang dipelajari di China. Manakala guru-guru didatangkan khas dari China.
Mata pelajaran yang diajar ialah Bahasa Cina, Kesusasteraan Cina Klasik, Sejarah China, Matematik, Sains, Nyanyian, Lukisan, dan Latihan Ketenteraan. Buku-buku teks dicetak dan diimport dari China.
Sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu menggunakan pelbagai dialek. Namun kemudiannya diselaraskan apabila semua sekolah menggunakan bahasa ‘Kuo Yu’ sebagai bahasa perantaraan bagi menggantikan pelbagai dialek yang berlainan.
Masy. Cina di Tanah Melayu lebih mengetahui perkembangan politik di China berbanding Tanah Melayu. Sekolah Cina menjadi pusat penyebaran ideologi yang bercanggah antara pihak Koumintang dan Komunis. Oleh itu, keadaan ini perlu dikawal kerana boleh menjejaskan keamanan.
Pada tahun 1920, satu peraturan diperkenalkan dengan mewajibkan semua sekolah Cina di Tanah Melayu didaftarkan. Langkah ini bertujuan mengawal perkembangan sekolah aliran Cina di Tanah Melayu.  
Pada tahun 1924, sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan kerajaan. Bantuan ini digunakan untuk pelbagai perkara seperti membayar gaji guru dan membina sekolah baharu. Jabatan Penolong Pengarah Sekolah Cina juga ditubuhkan untuk mengawasi perkembangan sekolah Cina.
Selepas tahun 1945, semakin banyak sekolah Cina menerima bantuan kerajaan. Buku teks tidak lagi dibawa masuk dan China tetapi diterbitkan di Tanah Melayu. Sukatan pelajaran disemak untuk disesuaikan dengan persekitaran tempatan. Pada tahun 1952, Bahasa Melayu mula diajar di sekolah Cina.
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH PENDIDKAN TAMIL
Pada awalnya, pendidikan Tamil juga diusahakan oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela terutamanya badan mubaligh Kristian.
Selepas penubuhan Penang Free School di Pulau Pinang pada tahun 1816, satu ketetapan diambil untuk membuka sebuah sekolah Tamil sebagai satu daripada sekolah cawangan sekolah itu.
Pada tahun 1850, sebuah sekolah bernama Anglo-Tamil School yang mengajar bahasa Tamil dan Inggeris dibuka di Melaka. Pada tahun 1860, sekolah ini terpaksa ditutup kerana menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan murid.
Sepanjang tahun 1870-an, beberapa buah sekolah kecil yang mengajar bahasa Tamil dibuka di kawasan ladang terutamanya di Seberang Perai, Negeri Sembilan, Melaka, dan utara Johor yang diusahakan oleh badan-badan mubaligh Kristian. 
Selain itu, terdapat juga usaha menyediakan pendidikan Tamil di kawasan bandar. Pada tahun 1906 dan 1910, dua buah sekolah Tamil didirikan, iaitu Thambusamy Pillai School dan Vivekananda School di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1923, British memperkenalkan peraturan yang mewajibkan majikan mendirikan sebuah sekolah di setiap ladang getah yang mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak yang berumur di antara 10 hingga 12 tahun. Selepas tahun 1920-an, semakin banyak sekolah Tamil didirikan di Tanah Melayu.
Pada tahun 1932, British mula memberi bantuan kewangan kepada sekolah Tamil.
Pendidikan di sekolah Tamil hanya terbatas setakat sekolah rendah sahaja iaitu sebahagian besarnya hanya ditawarkan pendidikan sehingga darjah empat dan ada sebilangan kecil sehingga ke darjah enam. Hanya yang mampu sahaja dapat melanjutkan pelajaran ke sekolah Inggeris di bandar.
Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar tetapi ada sebilangan kecil yang menggunakan bahasa lain seperti Telegu, Hindi, Gujerati, Malayalam, Punjabi, dan Singhelese atau Gurkhali.
Buku teks dan sukatan pelajaran dibawa masuk dari India.
Selain mempelajari kemahiran asas seperti membaca dan menulis, murid-murid juga diajar matematik, ilmu alam, lukisan dan kerja tangan, pengetahuan am, dan latihan jasmani.
Kebanyakan sekolah Tamil tidak memuaskan kerana kurang kemudahan. Gaji guru amat rendah dan di sesetengah sekolah, pekerja ladang seperti kerani ladang, penyelia, dan pembancuh ubat ditugaskan untuk mengajar.
Selepas itu, sekolah Tamil di ladang hanya bertujuan untuk membasmi buta huruf dalam kalangan anak-anak buruh.
Sistem Pendidikan Zaman British (SEKOLAH VERNAKULAR)
SEKOLAH PENDIDKAN INGGERIS
Sekolah aliran Inggeris yang pertama ialah Penang Free School (1816) di Pulau Pinang dibuka oleh R.R.S. Hutchings, seorang paderi gereja tempatan.
Pada mulanya sekolah ini merupakan sebuah sekolah rendah, tetapi kemudian dijadikan sekolah menengah sepenuhnya pada tahun 1920-an.
Pada tahun 1826, Malacca Free School dibuka oleh badan mubaligh Kristian dan pada tahun 1920 ditukar kepada Malacca High School, diikuti dengan Anglo-Chinese School (1821) dan St. Xavier’s Institution (1829) di Pulau Pinang; St. Joseph dan Convent of Holy Infant Jesus di Singapura; Victoria Institution (1893), Methodist Boys School (1897), Convent Girl School, dan St. John Institution (1904) di Kuala Lumpur.
Sekolah Inggeris dibiayai melalui pungutan yuran dan derma daripada badan-badan persendirian dan orang ramai.
Bantuan kewangan kerajaan hanya diberi secara tahunan mengikut jumlah murid yang mengambil peperiksaan awam.
Kebanyakan sekolah aliran Inggeris lebih tertumpu di bandar-­bandar utama di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Pada tahun 1930-an, anak-anak Melayu mula diberi peluang untuk belajar di sekolah aliran Inggeris apabila Special Malay Class diperkenalkan. Murid-murid Melayu dari darjah empat perlu mengambil peperiksaan khas sebelum diterima masuk ke Special Malay Class.
Murid-murid di sekolah Inggeris sebahagian besarnya berasal daripada golongan atasan dan hanya segelintir daripada golongan bawahan.
Keadaan ini berlaku kerana wujud sekatan kemasukan orang Melayu ke sekolah-sekolah aliran Inggeris.
Sekolah-sekolah Inggeris lebih tertumpu di pusat-pusat Bandar dan  bayaran yuran yang dikenakan agak tinggi.
Pada tahun 1905, British menubuhkan sebuah maktab khas untuk anak-anak golongan bangsawan Melayu yang dikenali sebagai Malay College, Kuala Kangsar (MCKK). Kebanyakan lulusan maktab ini diambil berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
Kurikulumnya sekolah Inggeris dibentuk dengan memberi tumpuan kepada pelajaran akademik dan akan menduduki peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Bagi mereka yang lulus mempunyai peluang pekerjaaan yang lebih cerah.
Mata pelajaran yang diajar di sekolah Inggeris ialah Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, ilmu Alam, ilmu Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani, dan Lukisan.
Sistem pendidikan Inggeris bertujuan melahirkan golongan terpelajar yang dapat membantu pentadbiran negara di samping menanam perasaan taat setia kepada British.
Dalam sesetengah mata pelajaran seperti Sejarah, murid-murid hanya didedahkan kepada sejarah keagungan British seperti peperangan dan sejarah Eropah serta perkembangan empayar British.
Mereka tidak mempelajari perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat tempatan seperti budaya dan adat istiadat Melayu.


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.