Nuffnang Ads

Sunday, 7 September 2014

SUMBANGAN ADAM SMITH DALAM BIDANG EKONOMI DI EROPAH

Adam Smith merupakan seorang pakar ekonomi dan ahli falsafah dari Scotland. Adam terkenal kerana pengaruh bukunya, The Wealth of Nations dan dianggap sebagai Bapa Ekonomi Moden.

Pada tahun1751, Adam Smith dianugrahkan gelaran professor oleh Universiti Glasgow. Pada tahun 1762, pihak Universiti Glasgow telah menganugerahkan beliau gelaran Doktor Undang-undang. Pada tahun 1787 hingga tahun 1789, beliau memegang jawatan sebagai Rektor Universiti Glasgow.

Adam Smith merupakan pengasas kepada disiplin ekonomi moden. Beliau memperkenalkan teori seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara.

Adam Smith percaya bahawa kerajaan cuma mempunyai tiga fungsi utama iaitu, melindungi rakyat daripada penakluk tentera, melindungi warganegara daripada ketidakadilan, menyediakan kemudahan seperti jalan raya dan sebagainya yang tidak boleh disediakan oleh individu. Adam Smith telah banyak memberi sumbangan dalm bidang ekonomi moden yang digunapakai hingga hari ini dan doktrim yang diketengahkan beliau sesuai bagi mengurus ekonomi negara


SUMBANGAN ADAM SMITH

Pengasas kepada disiplin ekonomi moden

Sekitar abad ke-18, beliau telah memperkenalkan teori yang mengatakan seseorang individu boleh membina kehidupan bermoral dan berekonomi tanpa bimbingan atau arahan daripada negara. Sesebuah negara akan menjadi kuat apabila rakyatnya bebas

Beliau juga mengetengahkan idea mengakhiri sistem feudal, polisi merkantilisme, monopoli negara, dan memperkenalkan kerajaan laissez-faire, iaitu kerajaan berasaskan pasaran bebas.

Konsep ekonomi laissez-faire

Laissez-faire ialah istilah Perancis yang membawa maksud “biarkan keadaan seperti yang sedia ada”. Konsep ini merujuk kepada kehendak sekumpulan pedagang Perancis yang mahukan urusan perdagangan mereka tidak diganggu oleh kerajaan

Doktrin ini dikembangkan oleh Adam Smith di England dan beliau berpendapat kerajaan tidak harus campur tangan dalam urusan ekonomi, sebaliknya membiarkan sistem ekonomi berfungsi seperti biasa. Dengan cara ini, sistem ekonomi akan berfungsi dengan lebih cekap dan memaksimumkan kebajikan umum.

Mengkritik dasar merkantilisme

Beliau mengkritik dasar merkantilisme, iaitu apabila tindakan kerajaan mengawal koloni. Menurut beliau, koloni hanya akan berkembang pesat apabila diberi kebebasan menjalankan aktiviti mengikut pilihan sendiri.

Tindakan mengawal koloni secara politik akan membebankan negara induk dari segi kewangan. Kritikan ini turut ditujukan kepada monopoli yang dilakukan oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris.

Teori percukaian

Menurutnya, teori percukaian ialah kerajaan hanya mengenakan cukai dengan cara tidak menggugat kesejahteraan ekonomi dan rakyat sesebuah negara. Rakyat patut menyokong negara yang memberi kebebasan mengikut kebolehan sendiri.

Antara amalan ekonomi tersendiri yang dipercayainya ialah kekayaan negara dinilai dari segi stok emas dan perak. Selain itu, negara patut mengekalkan penguasaan ke atas emas dan perak serta mengenakan cukai ke atas barangan import, memberikan subsidi kepada pengeksport, dan meindungi industri domestik.

Amalan perdagangan

Adam Smith berpendapat pembeli dan peniaga perlu sama-sama mendapat keuntungan. Mengimport dan mengeksport barangan hendaklah memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak.

Faedah perdagangan perlu dinikmati oleh kedua-dua pihak. Semua pihak perlu meningkatkan kemakmuran sama seperti pertanian atau pembuata. Kekayaan sesebuah negara bukan dalam kuantiti emas dan perak di dalam bilik kebal, tetapi jumlah pengeluaran dan perdagangan.

Teori ekonomi yang sistematik

Menentang teori lama ekonomi perdagangan yang menekankan perlunya negara memiliki jongkong emas dalam jumlah besar. Menolak pandangan golongan physiokrat yang mengatakan bahawa tanah merupakan sumber utama

Menekankan perkara yang paling penting ialah tenaga buruh. Beliau menekankan bahawa peningkatan kerja dan menentang peraturan usang dan campur tangan pemerintah yang menghalang perkembangan dan perluasan industri.

Pasaran bebas bergerak menurut mekanisme secara automatik. Di mana pengeluar mengeluarkan barang yang diperlukan oleh masyarakat dan permintaan terhadap barang tersebut akan meningkat. Walau bagaimanapun, harga barang tersebut dalam pasaran akan meningkat jika barang yang diperlukan itu adalah kurang berbnading dengan permintaan. Ini akan menyebabkan keuntungan kepada pengeluar barangan tersebut.

Pengumpulan modal

Proses pengumpulan modal harus dilakukan lebih dahulu daripada pembahagian kerja. Pengumpulan modal merupakan syarat utama terjadinya proses pembangunan ekonomi, dengan demikian permasalahan pembangunan ekonomi secara luas adalah kemampuan manusia untuk lebih banyak menabung dan menanam modal.

Malahan, Smith menyatakan bahawa pelaburan dilakukan kerana pemilik modal mengharapkan keuntungan. Keuntungan pula bergantung kepada iklim pelaburan pada hari ini dan keuntungan nyata. Keuntungan cenderung menurun dengan wujudnya kemajuan ekonomi. Keadaan ini dapat digambarkan bahawa pada waktu pengumpulan modal yang cepat, maka persaingan meningkat antara pemilik modal dan dengan sendirinya akan meningkatkan upah. Pada akhirnya, akan menurunkan keuntungan pemilik modal.




No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.