Nuffnang Ads

Tuesday, 14 April 2015

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI SEBAGAI TOKOH ILMUAN ISLAM

Nama sebenar al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. 

Al-Khawarizmi telah dikenali di Barat sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi, al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi.

Beliau telah dilahirkan di Bukhara.  Pada tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan al-Khawarizmi. Beliau berketurunan Parsi.

Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke-9M.  Sumber lain menegaskan beliau di Khawarism, Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di Baghdad. Tarikh kelahiran dan kematian beliau yang tepat tidak dapat diketahui.

Al-Khwarizmi merupakan seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia.

Semasa pemerintahan Khalifah al-Makmun (813-833 M) di Baghdad, al-Khwarizmi telah memberikan sumbangan-nya yang cukup besar sehingga beliau dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja.

Beliau lebih dikenali sebagai seorang ahli sains Islam terulung dalam bidang matematik, astronomi dan geografi.

Antara karya yang disumbangkan oleh al-Khwarizmi sepanjang hidupnya ialah Mafatih al-Ulum’, Al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabar wa al-Muqabalah, Al-Jabr wa al-Muqabalah, Al-Jami wa al-Tafsir bi Hisab al-Hind, dan Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.

SUMBANGAN
AL-KHWARIZMI

BIDANG MATEMATIK

Mempunyai kepakaran dalam ilmu matematik dan diiktiraf oleh pemerintahan Abbasiyah seperti Khalifah al-Ma’mum dan Khalifah Harun al-Rashid.

Beliau telah dilantik sebagai pakar matematik dan ahli akademik matematik di Baitul Hikmah oleh Khalifah Harun al-Rashid. Beliau juga dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana oleh Khalifah al-Ma’mum.

Bertindak mengemaskinikan sistem perpustakaan dengan menambah indeks buku-buku di perpustakaan, mengetuai serta mengawasi kerja penterjemahan buku-buku matematik dalam bahasa Yunani.

Beliau turut dilantik sebagai astronomi dan bertugas di balai cerap di Baghdad oleh Khalifah al-Ma’mum.

Sumbangan terbesar beliau ialah memperkenalkan sistem nombor yang digunakan sehingga kini iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8, dan 9. Angka-angka ini menggunakan simbol-simbol tertentu dan mewakili nilai-nilai tertentu seperti yang digunakan oleh penduduk timur Arab.

Al-Khwarizmi merupakan orang pertama memperkenalkan angka sifar dan perpuluhan dalam ilmu matematik.  Penggunaan angka inilah akan terbitnya nombor yang mencapai infiniti. Hasilnya, ilmu matematik semakin berkembang meliputi operasi kuasa, log, kosinus dan sebagainya.

Al-Khwarizmi juga dikenali sebagai Bapa al-Jabar setelah memperkenalkan jurusan aritmetik dengan penggunaan simbol yang mewakili nombor dan nilai (pembolehubah).

Hasilnya banyak masalah pengiraan yang dihadapi oleh masyarakat Islam dapat diatasi. Buku kaedah aritmetik al-Jabar ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan telah menjadi rujukan di universiti-universiti di Eropah pada abad ke-12 M - ke-13 M.

Beliau berjaya mencipta ilmu baharu yang belum pernah dicipta oleh pakar-pakar matematik sebelumnya seperti istilah-istilah baharu dalam ilmu aritmetik. Antaranya ialah istilah pemboleh ubah kuasa dua (x²), pemboleh ubah (x) dan pemalar (c) yang digunakan sehingga kini.


BIDANG ASTRONOMI

Merupakan seorang Ahli Falak Diraja dan sangat berjasa dalam bidang falak (astronomi) pada zaman Khalifah al-Ma’mun di Baghdad.

Tokoh pertama yang menyediakan takwim Islam yang bertajuk Zij al-Sindhind yang berdasarkan astronomi India dan terdapat jadual kedudukan matahari, bulan, bintang dan planet-planet.

Beliau juga telah mengkaji pelbagai aspek dari sudut gerhana sehingga ke fasa-fasa bulan. Antara hasil (sumbangan) ialah membuat penyemakan dan memperkemaskan semula ilmu astronomi dan membetulkan pelbagai pandangan Ptolemy.

Beliau juga telah menghasilkan peta dunia pertama yang diterokai pada masa itu. Selain itu, beliau juga telah menghitung isi padu dan ukur lilit bumi, mencipta alat penentu kedudukan bintang, sukatan masa dan jam matahari.

Beliau juga telah menulis sekurang-kurang dua Zij (buku/makalah) berkaitan dengan astronomi ketika bertugas di perpustakaan istana.

Makalah pertama mengenai alat yang dapat menunjukkan waktu dengan bayangan matahari (jam matahari). Alat ini diperbuat drp batu marmar (ruhkamat) yang digunakan utk mengenal pasti waktu solat.

Makalah kedua mengenai sejenis alat ukuran astronomi yang dipanggil sebagai astrolab. Bidang astronomi sangat berkaitan dgn pengiraan, oleh itu ilmu al-Jabar yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi sangat berguna.

Sebagai contoh alat pelayaran iaitu kuadran dan astrolab. Kuadran digunakan utk menyukat sudut dan altitud ketika belayar. Manakala astrolab pula digunakan utk mengukur waktu, ketinggian gunung dan kedalaman perigi.


GEOGRAFI

Saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 M iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

Menghasilkan beberapa kertas kerja tentang ilmu geografi dan menghasilkan tulisan yang bertajuk Kitab Surat al-Ard (The Image of Earth) iaitu buku tentang rupa muka bumi.

Kitab ini adalah rujukan dan versi pembetulan kertas kerja Ptolemy tentang Geografi. Kitab ini dihasilkan semasa menjalankan tugas utk mengetahui kedudukan bumi dan keluasannya, mengukur garis latitud dan longitud secara lebih tepat semasa bertugas di balai cerap di Baghdad.

Beliau telah mengemukakan beberapa koordinat tempat di Laut Mediterranean, Asia dan Afrika berdasarkan buku yang ditulis oleh Ptolemy.

Kitab ini lengkap dgn carta-carta astronomi yang melakarkan pergerakan bintang di langit. Kita ini juga menerangkan dan membuktikan pandangan sarjana Yunani (Ptolemy) tentang jarak antara negara-negara.


Contoh Soalan:
Sejauhmanakah sumbangan al-Khwarizmi dalam bidang matematik sebagai tokoh seorang ilmuan Islam.


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.