Nuffnang Ads

Wednesday, 15 April 2015

SUMBANGAN AL-MAS’UDI KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN MANUSIA

PENGENALAN

Al-Mas’udi atau Abu Hassan Ali Bin Hussain bin Ali Al-Mas’udi dilahirkan pada tahun 895 Masihi di Baghdad. Beliau berbangsa Arab dari keturunan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. iaitu Abdullah bin Masud.

Al-Mas’udi merupakan seorang pengembara dan  ahli pelayaran yang banyak berjasa dan beliau banyak memberikan sumbangan dalam bidang sejarah, geografi, muzik, ilmu fizik, pelayaran dan lain-lain.

Beliau telah mengembara hampir ke seluruh dunia. Pada tahun 915 Masihi, Al-Mas’udi memulakan pengembaraan ke Parsi, kemudiannya ke India, Sri Lanka, Indo China dan China. Dalam perjalanan pulang dari negara-negara berkenaan, beliau telah singgah di Pulau Madagaskar, Zanzibar dan Oman.


Sumbangan  Al-Mas’udi  Terhadap  Perkembangan Tamadun Manusia:

Bidang Geografi

Beliau telah menghasilkan karya agung – Muruj al – Dhahab Wa – Maadin al – Jawahar yang boleh dianggap sebagai sebuah ensikopedia geografi. Buku ini merupakan gabungan geografi fizikal dengan geografi kemanusiaan.

Beliau telah menggabungkan ilmu geografi dengan ilmu sejarah agar karyanya itu dapat dimanafaatkan oleh orang ramai. Karya beliau menjadi rujukan penting di kalangan penuntut-penuntut akademi di Eropah.

Pandangannya mengenai iklim yang dipengaruhi oleh planet mempunyai pengaruh yang rapat dengan sikap manusia. Pandangan al-Masudi ini adalah mengukuhkan teorinya iaitu teori Determinisme Alam Sekitar. Al-Masudi berpendapat, iklim pertama dipengaruhi oleh Venus (Status), iklim kedua dipengaruhi oleh Zuhal dan iklim ketujuh dipengaruhi oleh Bulan. Jesteru itu, matahari dan bulan dikatakan menentukan nasib orang. Orang sebelah utara mempunyai bakat dalam peperangan manakala orang di bahagian selatan pula bersifat lebih tafakur kerana aman damai.

Al-Masudi juga membahagikan bumi kepada dua garisan iaitu garisan bujur dan garisan lintang. Penentuan garis-garis tersebut menentukan waktu, sifat iklim dan kedudukan. Ilmu ini menjadi asas kepada ilmu pelayaran.

Beliau juga cuba mengaitkan di antara fenomena alam semula jadi dengan kehidupan manusia. Misalnya beliau mengatakan perwatakan serta gaya hidup orang-orang Arab Badwi adalah berkait dengan kualiti alam sekitarnya yang tulen. Al-Masudi juga berpendapat bahawa iklim turut mempengaruhi keadaan fizikal sesuatu kaum. Contohnya, kulit orang Turki yang tinggal di Utara India. Beliau membincangkan dan menganalisis budaya masyarakat setempat secara sosiologikal dan antropoligikal. Dengan ini beliau turut menyumbang kepada asas ilmu sosiologi dan antropologi.

Ilmu Pelayaran

Al-Masudi juga turut memberikan sumbangan dalam bidang Ilmu pelayaran. Misalnya beliau menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelaut serta ahli pelayaran mengenai nama-nama laut yang ditemui ketika mereka belayar. Dalam hal ini, beliau telah memberi gambaran dan fakta sebenar mengenai lautan dari Teluk Parsi ke Laut China.

Beliau juga membetulkan kefahaman pelaut-pelaut yang beranggapan bahawa setiap laut adalah terpisah dan berasingan. Al-Masudi menegaskan bahawa lautan adalah bersambungan antara satu sama lain seperti Lautan Hindi, Laut China, Laut Parsi, Laut Rom dan Laut Syria adalah bersambungan antara satu sama lain.

Seterusnya al-Masudi berpendapat bahawa jarak antara benua Eropah dengan negara China adalah setengah lingkungan bumi. Pendapat beliau diterima.

Menggabungkan ilmu sejarah dan geografi sebagai disiplin ilmu.

Membuat penekaan kepada geografi tempatan khasnya di India mengenai kehidupan masyarakat dan tumbuh-tumbuhan.

KESIMPULAN

Al-Mas’udi merupakan tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang geografi dan pelayaran. Dalam bidang sejarah, beliau dikenali oleh masyarakat Arab sebagai Herodotus dan Plinius kerana membuat revolusi dalam ilmu sejarah.

Al-Mas’udi bukan sahaja berbakat daham bidang pengembaraan, tetapi juga terkenal sebagai sejarawan, ahli geografi dan fizik yang telah meninggalkan ilmu pengetahuan yang tidak ternilai mengenai perjalanan, sejarah, geografi, muzik dan pelbagai pengetahuan lain.

Dalam pengembaraan pula beliau banyak membuat penemuan, pemerhatian dan penyelidikan terutamanya kedudukan laut. Manakala dalam bidang geografi pula, beliau turut menyum­bang beberapa pendapat dan pandangan yang bernas tentang beberapa teori iaitu hasil pemerhatian dan kajiannya terhadap faktor persekitaran dan keadaan masyarakat yang hidup di bawah pengaruh faktor fizikal tersebut.
 


No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.