Nuffnang Ads

Monday, 13 April 2015

SUMBANGAN TOKOH NASIONALISME DI MESIR


Nasionalisme bermaksud satu gerakan kesedaran di kalangan rakyat tempatan untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajah. Gerakan nasionalisme di Mesir mencapai kemuncaknya ketika dijajah oleh Perancis dan diikuti oleh British. Punca kebangkitan gerakan  nasionalisme disebabkan ancaman atau  penguasaan terhadap ekonomi dan politik oleh kuasa-kuasa Barat tersebut.

Kesedaran timbul dalam kalangan pemikir Islam untuk menghalang imperialisme Barat dan menjaga kesucian agama Islam  itu sendiri.


Taha Husayn

Taha Husayn merupakan tokoh sastera Mesir yang terkenal dan juga antara penulis Mesir yang cukup berpengaruh pada kurun ke-20 M.  Beliau dilahirkan pada 1889M di Maghaghah, Mesir. Mendapat pendidikan awal di kuttab sebelum melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti al-Azhar dalam bidang penagjian Islam dan Kesusasteraan.

Pada tahun 1914 M, beliau memperoleh Ijazah Kedoktoran daripada Universiti Kaherah dan menjadi Pensyarah Kesusasteraan Arab di universiti tersebut. Seterusnya pada tahun 1919, beliau dilantik sebagai profesor.

Pada tahun 1926 M, beliau menghasilkan  tulisan yang berjudul  Fi al-Shi’r al-Jahili yang mendapat kritikan hebat. Walaupun beliau banyak menghasilkan  novel dan esei, namun beliau lebih dikenali dengan karya autobiografinya berjudul al-Ayyam (The Days). Karya tersebut telah diterbitkan pada tahun 1932.

Pada tahun 1950 M, beliau dilantik sebagai Menteri Pendidikan dan memainkan peranan yang cukup besar dalam mempertingkatkan aspek pendidikan di Mesir. Bagi meningkatkan taraf hidup rakyat, beliau  menyarankan agar pendidikan diberikan secara percuma kepada rakyat Mesir. Hal ini kerana pendidikan mampu melahirkan golongan cerdik pandai yang boleh mengubah landskap masyarakat di Mesir.

Hasil-hasil karya Taha Husayn boleh dilihat dalam beberapa kategori, iaitu pengajian Arab dan Kebudayaan, Kesusassteraan Islam, karya fiksyen yang menjadi refleksi sosial masyarakat yang mengkritik masalah kemiskinan dan kejahilan serta penulisan berbentuk politik.

Antara karyanya seperti Wednesday Talk, The Sufferers:Stories and Polemics, A Man of Letters dan An Egyptian Childhood.

Najib al-Kilani

Najib al-Kilani merupakan antara sasterawan dan pemuisi Mesir yang terkenal dan berperanan mengasaskan kesatuan Rabitah Adab al-Islami al-Alamiyyah, iaitu satu gerakan yang merintis kepada  hasil karya yang dianggap sebagai kesusasteraan Islam.

Beliau telah melanjutkan pengajian di Fakulti kedoktoran. Ketika di universiti, beliau dituduh terlibat sebagai anggota Ikhwan al-Muslimin dan dipenjarakan selama beberapa tahun.

Disamping bekerja sebagai doktor, al-Kilani juga menulis puisi, cerita pendek, novel dan naskah teater. Karya-karya beliau  lahir daripada penghayatan nilai-nilai kemanusiaan, persaudaraan dan cinta .

Lebih daripada 70 buah novel dan buku cerita yang ditulis oleh beliau memaparkan pembelaan terhadap kaum yang lemah dan teranianya serta melawan kezaliman dan kebatilan. Belaiu juga berusaha menonjolkan peranan golongan ulama dan ilmuan dalam karya-karyanya. Antara karya-karya beliau  ialah seperti al-Tariq al-Tawil (Jalam Panjang), Dumu’al-Amir (Air Mata Pemimpin) dan sebuah antologi cerpen Sejarah Islam

Cerpen-cerpen beliau yang lain mengangkat fenomena sosial di Mesir, Syria dan beberapa buah negara Timur Tengah ialah seperti Umar Yazhar fi al-Quds, Layali Turkistan. Beliau turut menulis berkaitan sastera seperti al-Islamiyyah wa al-Mazahib al-Adabiyyah  dan naskah teater berjudul  ala’ Aswar Dimashq.

Aliran sastera Islam yang begitu kuat dalam pelbagai penulisannya, terutama novel dan cerpen tidak menghalang karya tersebut untuk diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti Indonesia, Inggeris, Jerman, Perancis dan Urdu yang pastinya akan membawa kepada penularan idea-ideanya ke seluruh ceruk rantau.

Idea-ideanya yang membangkitkan semangat nasionalisme telah menyebabkan beliau beberapa kali di seret ke penjara.

Beliau telah menulis tidak kurang daripada 40 buah  novel, empat koleksi cerita bersiri, lapan buah puisi, beberapa buah buku  kritikan sastera dan sekurang-kurangnya 30 buah buku yang merangkumi  pelbagai aspek dalam Islam. Karya beliau banyak menyentuh pelbagai aspek dalam kehidupan manusia, terutama kedudukan umat Islam yang ditindas oleh penjajah Barat.


KESIMPULAN

Kemunculan penulisan berbentuk kreatif dan ilmiah yang dicetuskan oleh penulis-penulis seperti Taha Husayn dan Najib al-Kilani sesungguhnya menjadi inspirasi kepada kebangkitan golongan nasionalis di Mesir.

Kaedah tersebut merupakan satu cara ‘lembut’ yang digunakan oleh barisan pejuang nasionalis bagi menentang British dan sekutu-sekutunya dengan harapan kemerdekaan akan diperoleh kelak.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.