Nuffnang Advertisment

Wednesday, 19 August 2015

REVOLUSI INDUSTRI DI JERMAN: KESAN POLITI, EKONOMI DAN SOSIAL


Masyarakat Industri di Jerman muncul apabila berlakunya revolusi Perindustrian di Jerman. Revolusi industri di Jerman berlaku di tahap kedua di Eropah. Ciri utama Revolusi Perindustrian tahap kedua ialah kapital kewangan mengatasi kapital industri.

Teknologi yang digunakan dalam tahap kedua terdiri daripada pelbagai bahan, sumber, dan bentuk. Pada tahap ini, muncul industri baharu seperti elektrik, kimia, petroleum, dan logam ringan.

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada perkembangan industri dan revolusi perindustrian yang berlaku ini telah memberi kesan terhadap ekonomi serta sosial di Jerman.


Kesan Ekonomi

Kemajuan Teknologi

Revolusi Perindustrian telah menyebabkan berlaku kemajuan dalam bidang teknologi. Antara perubahan yang berlaku dalam teknologi adalah seperti penggunaan tenaga elektrik untuk membekalkan cahaya dan mengendalikan jentera; penggunaan petroleum menggantikan arang batu untuk mengendalikan enjin; dan penggunaan keluli menggantikan besi sebagai galian utama.

Selain itu, kemajuan dalam teknologi menyebabkan berlaku perubahan dalam kaedah penciptaan dan wujud ciptaan baharu bagi kegunaan industri.

Kilang membina makmal penyelidikan dan menggunakan peralatan mahal untuk menghasilkan ciptaan baharu oleh saintis yang terlatih dan berpengalaman. Sebagai contoh, ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens dan Martin menyebabkan pengeluaran keluli meningkat. Ciptaan yang dihasilkan oleh Siemens menyebabkan syarikatnya terkenal dalam bidang kejuruteraan elektrik.

Menjelang tahun 1913, Jerman muncul sebagai negara pertama menghasilkan barangan elektrik di dunia.


Kemajuan Penyelidikan

Revolusi Perindustrian menyebabkan penyelidikan dijalankan dengara giat untuk memajukan bidang perindustrian. Hasil daripada penyelidikan ini, pelbagai jenis bahan kimia dihasilkan seperti ubat-ubatan dan bahan letupan.

Di samping itu, bahan kimia untuk menyuburkan tanah dan membunuh serangga perosak juga dihasilkan.


Pengeluaran Besar-Besaran

Revolusi Perindustrian menyebabkan pengeluaran secara besar-­besaran berlaku. Antara barangan yang dihasilkan dalam skala besar ialah jam tangan, mesin basuh, basikal, dan kereta.

Pengeluaran secara besar-besaran menyebabkan berlaku peningkatan dalam gaji pekerja. Peningkatan gaji membolehkan mereka mempunyai kemampuan membeli barangan yang dihasilkan itu.


Kuasa Imperialisme Baharu

Revolusi Perindustrian menyebabkan muncul persaingan dalam kalangan negara industri untuk menguasai pasaran dan bahan mentah. Persaingan ini menyebabkan negara industri melakukan penjajahan bagi mengukuhkan pengaruh mereka terutama di Asia dan Afrika, akhirnya munculnya imperialisme baharu.

Imperialisme baharu menyebabkan negara industri bersaing untuk menguasai Afrika dan mendapatkan konsesi di China melalui penggunaan teknologi senjata untuk menguasai negara lain. Menjelang abad ke-19, Jerman muncul sebagai sebuah negara indutri yang agresif dengan memulakan Perang Dunia Kedua.


Peningkatan Peranan Kerajaan

Perkembangan dalam bidang perindustrian menyebabkan sektor ini memerlukan sokongan kerajaan. Oleh itu kerajaan telah memainkan peranan dalam meningkatkan sektor perindustrian.

Antara peranan kerajaan ialah mengenakan cukai yang tinggi bagi barangan import supaya barangan import tidak bersaing dengan barangan tempatan; mengekalkan nilai mata wang; mengubal undang-undang untuk mengawal buruh; menyediakan pendidikan untuk melahirkan lebih ramai golongan profesional; meningkatan kuasa politik dan tentera untuk menghancur negara pesaing; dan menyediakan pasaran baharu bagi menjamin bekalan bahan mentah mencukupi. 


KESAN SOSIAL

Kemelesetan Ekonomi

Pengeluaran barangan melebihi permintaan menyebabkan kilang-­kilang menghentikan pengeluaran. Secara tak langsung kilang juga mengambil langkah untuk mengurangkan pekerja. Ini menyebabkan berlaku kemelesetan ekonomi dan pekerja-pekerja mengalami kesukaran hidup.


Kebajikan Pekerja

Undang-Undang Insuran Sosial yang dilakukan oleh Bismark pada tahun 1883, sebagai langkah kerajaan untuk menjaga kebajikan golongan pekerja. Undang-undang ini bertujuan untuk menjaga kebajikan pekerja apabila mereka ditimpa kemalangan sewaktu bekerja.

Pada tahun 1884, Undang-undang Insurans Kemalangan telah diluluskan oleh Parlimen Jerman bagi membolehkan pekerja mendapat rawatan perubatan yang ditanggung oleh majikan. Selain itu, pencen diberikan kepada pekerja industri yang diberhentikan kerja akibat penyakit.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.