Nuffnang Advertisment

Monday, 19 October 2015

TOKOH: CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689-1775)


Soalan Tokoh:
Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquieu (1689–1775) dalam membantu perkembangan intelektual pada Zaman Pencerahan di Eropah.                                                                                                           

PENDAHULUAN

Pada abad ke 17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan  (Enlightenment) dan berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan rasional.

Ia dipolopori oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur teologi dan fahaman kolot yang menular dalam masyarakat Eropah pada masa itu. Antara tokoh intelek pada zaman ini ialah Charles Louis Montesque dari Peranchis. Beliau merupakan pemikir politikPeranchis yang terkenal dan idea idea beliau banyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan intelektual di Eropah.


ISI

1. Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang baik khususnya di Peranchis.

Idea beliau ini dapat di lihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza mengikut iklim dan keadaan.

Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam iklimyang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil. Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami kejatuhan sistem  Raja Mutlak pada 1715.

2.  Konsep pengasingan kuasa ( pembahagian dan imbangan kuasa ).

Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut beliau, kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan badan perantaraan seperti parlimen, estet estet provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja.

Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan Perundangan , Badan Eksekutif dan badan Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan.

Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat ( 1787 ).

3.  Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat Peranchis.

Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang masih lagi mengamalkan adat lama yang menyekat kemajuan khususnya konkongan lelaki terhadap wanita.

Ia dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Peranchis yang memberi taat setia yang keterlaluan kepada raja.

Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Peranchis terhadap raja berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip pemerintahan mengikut mandat tuhan.

Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran masyarakat Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka di  sisi raja.

Dengan ini sekitar tahun 1789 -1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan rakyat Peranchis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan Revolusi Peranchis.

4. Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang sainstifik dan relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat.

Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan sejarah. Sebab itulah beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “ The Consideration of the Grandeur and Decadence of the Roman ( 1734 ) “yang membincangkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang menariknya dalam kajian ini, beliau telah mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat nasioalisme di kalangan rakyat di empayar yang luas dan sebagainya.

Kajian beliau ini telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di Eropah secara keseluruhannya.


KESIMPULANNYA

Secara kesimpulannya, Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan perkembangan intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil penulisan beliau telah mempengaruhi  masyarakat Eropah di zaman Penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa.

Di Peranchis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah menyebabkan berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja Mutlak.



MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND: CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI


Contoh Soalan:
Perkembangan sains dan teknologi merupakan salah satu ciri wujudnya masyarakat industri di England pada abad ke 18 dan 19 Masihi. Bincangkan.  


PENGENALAN

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang bergantung kepada sektor  perindustrian. Mereka terlibat dengan pengeluaran barangan dan perkhidmatan menggunakan mesin.

Revolusi Perindustrian bermula di England selepas tahun 1750.Revolusi ini bermula di England selepas berlaku perubahan yang pesat dalam bidang pertanian dan dikaitkan dengan penemuan mesin wap di Eropah.

Perkembangan sains dan teknologi merupakan ciri penting wujudnya masyarakat industri di England.Namun masyarakat industry di England juga bercirikan kegiatan ekonomi,pengkhususan pekerjaan,mobility sosial,kemunculan kelas baharu,dan urbanisasi.


ISI

1.  Kemajuan sains dan teknologi

England mempunyai pengetahuan dan kelengkapan yang mencukupi untuk   mengungguli negara-negara lain dalam perindustrian. Beberapa rekaan dan ciptaan  ditemui. Para pencipta diberikan paten untuk hasil ciptaan mereka.

Teknologi awal ialah penghasilan tenaga wap melalui pembakaran arang batu. Thomas Newcomen mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.Enjin ini digunakan dalam perusahaan melombong arang batu.

James Watt telah memperbaiki enjin rekaan Thomas Newcomen.Enjin ciptaan beliau digunakan di England dan juga dieksport.

2.  Kegiatan Ekonomi

Menjalankan kegiatan ekonomi yang bertumpu  kepada pengeluaran barangan besar-besaran. Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada sektor perindustrian dan perlombongan.

Mereka memberi tumpuan kepada perusahaan tekstil yang merupakan perusahaan  tertua di England. Kilang kapas pertama didirikan pada tahun 1790.

Masyarakat industri juga menjalankan aktiviti ekonomi dalam sektor perlombongan. England menjadi pengeluar bekalan bahan mentah yang banyak seperti  arang batu dan bijih besi. Bekalan ini dari wilayah New Castle dan Wales. England  muncul sebagai pengeluar keluli terbesar dunia. Pada tahun 1860 England  mengeluarkan 80 juta tan metric arang batu dan 225000 tan metrik keluli.

3. Pengkhususan Pekerjaan

Mempunyai pengkhususan pekerjaan yang tersendiri. Masyarakat tertumpu dalam sektor pekerjaan perkilangan dan  mempunyai pekerjaan yang tetap. Penggunaan mesin juga telah digunakan secara meluas.

Pekerja yang mempunyai kemahiran dan menghasilkan sesuatu barangan amat  diperlukan dalam kelompok masyarakat ini. Pekerja hanya perlu melakukan sebahagian kerja bagi menghasilkan  sesuatu barangan.

Pembahagian  kerja  dan  pengeluaran  secara besar-besaran  telah mengurangkan  kos operasi serta meningkatkan pengeluaran. Penggunaan mesin menyemai benih oleh    Jethro tull membolehkan proses pembajakan berjalan lancar dan telah menambahkan hasil pengeluaran.

4. Mobiliti Sosial

Mobiliti sosial telah  berlaku  dalam  masyarakat industri.Kumpulan  masyarakat  ini  telah  berubah  dengan   wujudnya   kelas  pekerja  dan individu yang  tumbuh  dengan pesat   dalam  aspek  saiz  mahupun   kepentingan.

Taraf  hidup  golongan  pekerja  telah  meningkat. Peningkatan  dalam  pengeluaran menyebabkan  mereka  menerima  pendapatan  yang tinggi. Ini meletakkan asas bagi kemunculan  golongan  kelas  menengah  dalam  masyarakat.

Golongan kelas menengah terdiri  daripada golongan yang memiliki kilang, para peniaga, peguam dan jurutera. Golongan ini berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk mendapatkan kekayaan.

5.  Kemunculan kelas

Tergolong kepada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan kelas pekerja. Kelas kapitalis  terdiri daripada  pemilik kilang, tuan tanah dan pengusaha lombong. Kelas pekerja pula ialah buruh dan pekerja kilang di kilang tekstil, kilang kimia dan kejuruteraan elektrik.

Golongan pekerja amat bergantung kepada golongan kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai buruh di kilang.

Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran muncul golongan professional. Perkembangan ini menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.

6.  Urbanisasi

Perkembangan dalam bidang perindustrian telah membawa kepada perpindahan penduduk dari kawasan luar bandar  ke kawasan bandar. Masyarakat industri  merupakan  masyarakat yang tinggal di bbandar-bandar perindustrian.

Proses migrasi telah berlaku ke kawasan bandar. Mereka bekerja di kilang atau sebagai pengusaha industri. Misalnya penghijrahan penduduk Ireland ke bandar-bandar besar di England.

Menjelang tahun 1851 bandar-bandar seperti Lancashire, Yorkshire dan       Nottinghamshire menjadi tumpuan penduduk. Perkembangan ini membawa kepada proses  urbanisasi.

7.  Masyarakat Literasi

Masyarakat industri ialah masyarakat literasi.Mereka terdiri daripada kelompok masyarakat yang memiliki ilmu dalam bidang pendidikan.

Kemajuan dalam industri telah menyebabkan perubahan kehidupan masyarakat kepada gaya hidup yang mewah, pertambahan sistem komunikasi dan pengangkutan, kehidupan yang lebih sihat dan mementingkan pendidikan.

Masyarakat ini mula terdedah kepada unsur-unsur demokrasi dan memperjuangkan  kepentingan mereka. Perjuangan mereka melalui parlimen dan sebanyak 61 wakil kelas  menengah berada di Parlimen pada pertengahan abad 18.


KESIMPULAN

Masyarakat industri di England mempunyai hubungan yang rapat dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.  Perkembangan masyarakat industri di England ini telah membawa kepada kemunculan  England sebagai kuasa imperialis yang baru pada akhir abad ke 19.



Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.