Nuffnang Ads

Monday, 19 October 2015

TOKOH: CHARLES LOUIS MONTESQUIEU (1689-1775)


Soalan Tokoh:
Bincangkan sumbangan Charles Louis Montesquieu (1689–1775) dalam membantu perkembangan intelektual pada Zaman Pencerahan di Eropah.                                                                                                           

PENDAHULUAN

Pada abad ke 17, benua Eropah telah mengalami Zaman Pencerahan  (Enlightenment) dan berlakunya revolusi intelektual baru yang pesat yang mementingkan fakta dan rasional.

Ia dipolopori oleh golongan intelektual baharu yang mengenepikan unsur teologi dan fahaman kolot yang menular dalam masyarakat Eropah pada masa itu. Antara tokoh intelek pada zaman ini ialah Charles Louis Montesque dari Peranchis. Beliau merupakan pemikir politikPeranchis yang terkenal dan idea idea beliau banyak memberi kesan yang besar dalam perkembangan intelektual di Eropah.


ISI

1. Memperkenalkan idea atau kaedah baru untuk membentuk sebuah negara yang baik khususnya di Peranchis.

Idea beliau ini dapat di lihat dalam karyanya yang bertajuk Spirit of the Law (1748). Dalam bukunya ini, beliau menegaskan bahawa bentuk pemerintahan sesebuah negara adalah berbeza mengikut iklim dan keadaan.

Sebagai contoh pemerintahan mutlak adalah sesuai untuk empayar yang luas dalam iklimyang panas sementara sistem demokrasi pula adalah sesuai di negara kota yang kecil. Idea beliau ini tidak pernah wujud di Peranchis yang baru mengalami kejatuhan sistem  Raja Mutlak pada 1715.

2.  Konsep pengasingan kuasa ( pembahagian dan imbangan kuasa ).

Idea ini ditujukan dalam menentang pemerintahan mutlak di Peranchis. Menurut beliau, kuasa harus dibahagikan antara raja dan badan badan perantaraan seperti parlimen, estet estet provinsi, golongan bangsawan, bandar dan gereja.

Ini bermakna mesti terdapat pemisahan antara Badan Perundangan , Badan Eksekutif dan badan Kehakiman untuk memastikan rakyat mendapat kebebasan.

Tujuan pengasingan kuasa ini adalah untuk mengelak berlakunya pertindihan dan penyelewengan kuasa yang menganggu badan lain dalam pentadbiran setiap bidang. Idea beliau ini telah mempengaruhi pembentukan Perlembagaan Amerika Syarikat ( 1787 ).

3.  Pandangan baru dalam soal amalan adat masyarakat Peranchis.

Beliau mengkritik amalan masyarakat Peranchis yang masih lagi mengamalkan adat lama yang menyekat kemajuan khususnya konkongan lelaki terhadap wanita.

Ia dianggap sebagai ahli sosiologi yang melihat gaya hidup mewah golongan atasan dan kemerosotan akhlak masyarakat Peranchis di akhir zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja Louis XV. Beliau juga mengkritik sikap masyarakat Peranchis yang memberi taat setia yang keterlaluan kepada raja.

Idea ini merupakan pencetus kepada perubahan sikap masyarakat Peranchis terhadap raja berkuasa mutlak. Montesque juga memperkecilkan prinsip pemerintahan mengikut mandat tuhan.

Idea beliau ini telah menimbulkan kesedaran masyarakat Peranchis untuk menilai semula kehidupan dan taraf mereka di  sisi raja.

Dengan ini sekitar tahun 1789 -1795 telah wujud semangat kebangsaan di kalangan rakyat Peranchis yang menuntut kedaulatan, kebebasan dan persamaan yang akhirnya mencetuskan Revolusi Peranchis.

4. Memperbaharui kaedah penulisan sejarah yang mementingkan bukti yang sainstifik dan relevan berdasarkan sebab dan akibat secara tersurat dan tersirat.

Ia menolak bukti yang samar dan bersifat peribadi dalam penghasilan penulisan sejarah. Sebab itulah beliau dikenali sebagai ahli sosiologi yang pertama dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

Ini dapat dilihat melalui hasil karyanya “ The Consideration of the Grandeur and Decadence of the Roman ( 1734 ) “yang membincangkan kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan Rom. Apa yang menariknya dalam kajian ini, beliau telah mengemukan sebab sebab tersirat kejatuhan Rom iaitu keruntuhan moral pemimpin Rom, ketiadaan semangat nasioalisme di kalangan rakyat di empayar yang luas dan sebagainya.

Kajian beliau ini telah memperkembangkan kegiatan intelektual di Peranchis dan di Eropah secara keseluruhannya.


KESIMPULANNYA

Secara kesimpulannya, Charles Louis Monteesque telah memberi sumbangan yang besar dalam kemajuan perkembangan intelektual di Peranchis dan Eropah. Hasil hasil penulisan beliau telah mempengaruhi  masyarakat Eropah di zaman Penyerlahan untuk mencipta kehidupan baru yang lebih ideal dan selesa.

Di Peranchis, idea konsep pengasingan kuasa dan ketaatan kepada raja serta pembesar telah menyebabkan berlakunya Revolusi Peranchis dan berakhirnya sistem pemerintahan beraja Mutlak.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.