Nuffnang Advertisment

Tuesday, 12 July 2016

PEMERINTAHAN TSAR ALEXANDER I (1801-1825)

PENGENALAN

Tsar Alexander I telah dilahirkan pada 23 Dis. 1777 di Saint Petersburg dan meninggal pada 1 Dis 1825 ketika berumur 47 tahun di Taganrog. Nama sebenar baginda ialah Alexander Pavlovich Romanov. Baginda merupakan anak kepada Tsar Paul I dan mengamalkan agama Kristian Ortodoks. Tsar Alexander I merupakan Tsar Rusia yang paling terkenal pada abad ke-19 M. Baginda banyak melaksanakan dasar-dasar kerajaan bagi tujuan untuk mengukuhkan kedudukannya, antara perkembangan dasar yang berlaku semasa pemerintahan Tsar Alexander I adalah seperti:

1. Dasar Luar Negara

Selepas menandatangani perjanjian dengan Napoleon di Tilsit, Tsar Alexander I melancarkan kempen ketenteraan terhadap Turki dan berjaya merampas wilayah Bessarabia dari Turki, pada tahun 1812.

Pada tahun 1808-1809, seluruh Finland disatukan dalam empayar Rusia. Pada tahun 1812, tentera Napoleon telah mengalami kekalahan dalam kempen menawan Moscow. Selepas kekalahan Napoleon, Tsar Alexander I memberikan tumpuan dalam bidang keagamaan.

2. Dasar Liberal

Antara tahun 1801 hingga 1819, Tsar Alexander I cenderung kepada idea-idea liberal dalam sistem pemerintahannya. Baginda terpengaruh dengan idea liberal kerana menerima pendidikan liberal daripada guru-guru dari Eropah Barat seperti Laharpe.

Tsar Alexander I juga turut dipengaruhi oleh idea-idea ahli-ahli fikir
'Enlightenment' yang terkenal seperti Voltaire dan Rousseau. Baginda mahu menggunakan pengetahuan liberal yang diketahuinya bagi membangunkan Rusia.

3. Dasar Dalam Negeri

Baginda menubuhkan badan penasihat yang dikenali sebagai Jawatankuasa Tidak Rasmi. Jawatankuasa ini berperanan memberi nasihat kepada baginda dalam hal ehwal berkaitan dengan dasar pentadbiran negara. Jawatankuasa ini dianggotai oleh golongan yang berfahaman liberal.
Baginda mengambil tindakan menindas pasukan polis politik khas yang ditubuhkan oleh Tsar Paul I. Polis dilarang melakukan penyeksaan terhadap tahanan politik. Baginda juga mengambil tindakan  membebaskan tahanan politik iaitu dengan memanggil pulang ramai orang buangan dari Siberia dan tahanan-tahanan politik ini dibebaskan.

Baginda juga turut melakukan reformasi dalam pendidikan. Semasa pemerintahan Tsar Alexander I, tiga buah universiti ditubuhkan, sistem persekolahan awal telah diperkenalkan dan buku-buku dari luar dibenarkan dibawa masuk ke Rusia.

Pada tahun 1809, Tsar Alexander I merancang mengadakan pilihan raya bagi Duma (parlimen). Pilihan raya ini diadakan untuk memilih anggota Duma atau parlimen. Baginda juga memberikan hak kepada golongan petani dan hamba untuk memilih anggota Duma. Namun demikian, rancangan in gagal kerana mendapat tentangan daripada golongan bangsawan.

Baginda turut membebasan hamba dengan meluluskan undang-undang untuk mem­bebaskan golongan hamba. Mengikut undang-undang ini, dianggarkan lebih kurang 50 000 hamba dibebaskan oleh tuan-tuan tanah.

4. Dasar Antiliberal

Selepas tahun 1819, berlaku perubahan yang jelas ketara dalam dasar liberal yang dilaksanakan oleh Tsar Alexander I kesan selepas berlakunya peristiwa pembunuhan seorang ejen Tsar, iaitu Kotzebue. Peristiwa ini dijadikan alasan oleh Matternich untuk menyakinkan Alexander I agar tidak menyokong golongan liberal.

Matternich menyakinkan Tsar Alexander 1 bahawa gerakan pembaharuan bertujuan untuk menggulingkan pemerintahan diraja. Oleh itu antara tahun 1819 hingga 1825, Tsar Alexander I mengambil tindakan untuk mengukuhkan kedudukannya.

Antara langkah yang diambil oleh baginda termasuklah mengeluarkan undang-undang untuk menapis buku-buku sekolah; membatalkan rancangan membebaskan hamba; dan memberi kuasa kepada Gereja Ortodoks Rusia dalam bidang pendidikan.

5. Komplot Disemberis

Dalam pada itu, beberapa buah pertubuhan ditubuhkan oleh tokoh-­tokoh pemulihan untuk melancarkan pemberontakan terhadap Tsar dan memaksa Tsar memperkenalkan perlembagaan di Rusia. Selepas Tsar Alexander l mangkat pada 1 Disember 1825, golongan yang berkomplot bertindak melancarkan pemberontakan.

Selepas kemangkatan Tsar Alexander 1, takhta kerajaan diserahkan kepada adiknya, Constantine. Pada 24 Disember 1825, regimen tentera di istana St. Petersburg berikrar taat setia kepada Constantine.

Walau bagaimanapun, Constantine menolak dan menyerahkan takhta kepada adiknya, Tsar Nicholas I. Tsar Nicholas I memerintahkan pegawai-pegawai tentera membuat ikrar taat setia baharu kepadanya.

Dalam keadaan ini, beberapa rejimen tentera di St. Petersburg enggan membuat ikrar taat setia kepada Tsar Nicholas I. Perkembangan ini menyebabkan berlaku keadaan hura-hara dan tentera yang setia kepada Tsar Nicholas I berjaya mengawal keadaan. Tsar Nicholas I mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang memberontak dengan menjatuhkan hukuman kepada lima orang pemimpin pemberontak termasuk Pestel dan lebih 100 orang dibuang negeri ke Siberia.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.