Nuffnang Ads

Wednesday, 13 July 2016

PEMERINTAHAN TSAR ALEXANDER III (1881 -1894)

Pengenalan

Nama sebenar Tsar Alexander III ialah Alexander Alexandrovich Romanov dan merupakan anak kedua Tsar Alexander II. Baginda dilahirkan pada 10 Mac 1845 di istana musim sejuk di St. Petersburg dan telah mati pada 1 Nov 1894 ketika berumur 49 tahun akibat kerosakan buah pinggang kesan kemalangan kereta api. Baginda telah dilantik sebagai Tsar pada 13 Mac 1881 dan dinobatkan secara rasmi pada 27 Mei 1881. Baginda meneruskan perlaksanaan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Tsar Alexander II. Disamping itu, baginda mengambil tindakan yang bersifat agresif untuk menghalang kemaraan golongan revolusioner. Antara tindakan baginda ialah:

1. Mengenakan Kawalan Terhadap Institusi Pendidikan

Tsar mengawal institusi pendidikan dengan mengawal pentadbiran universiti dan sekolah. Guru-guru yang terlibat dengan fahaman liberal akan disingkirkan daripada jawatan tersebut. Kanak-kanak daripada kelas petani clan pekerja tidak dibenarkan belajar sehingga ke peringkat menengah.

2. Sekatan Terhadap Kebebasan Akhbar

Penerbitan akhbar secara bebas telah disekat sehingga 14 buah penerbit akhbar tempatan telah ditutup.

3. Pelantikan Kapitan Tanah

Pegawai-pegawai baharu yang dikenali sebagai Kapitan Tanah telah dilantik daripada golongan bangsawan. Mereka ini diberikan kuasa mutlak terhadap pegawai-pegawai tempatan yang lain dan boleh menyingkirkan pegawai.

4. Perubahan Dalam Zemstovs (Majlis Tempatan)

Tsar turut membuat perubahan dalam keanggotaan Zemstvo (Majlis Tempatan) dengan membawa masuk golongan Kapitan Tanah (Tuan Tanah) menganggotai Zemstvo. Golongan cerdik pandai dan guru dilarang bertanding untuk merebut kerusi Zemstvo.

5. Dasar Pengrusiaan

Dasar Pengrusiaan telah dilaksanakan di wilayah-wilayah sekitar Laut Baltik, Poland dan Finland. Semua sekolah di Poland diwajibkan mempelajari Bahasa Rusia. Begitu juga wilayah-wilayah di sekitar Laut Baltik dan Finland diwajibkan menggunakan Bahasa Rusia.

6. Perubahan Dasar Beragama

Tsar Alexander III telah melaksanakan dasar agama dengan melakukan pembaharuan untuk mempertahankan peranan dan kedudukan Gereja Ortodoks Rusia. Selain itu, sekatan juga telah dilakukan kepada Gereja Lutheran Protestan yang bergiat aktif di wilayah sekitar Laut Baltik.

7. Dasar AntiYahudi

Dasar anti Yahudi dilakukan dengan menindas pemimpin revolusi yang terdiri daripada orang Yahudi. Baginda telah melaksanakan “Undang-Undang Mei 1882”, iaitu melalui undang-undang ini orang Yahudi diharamkan mendiami kawasan luar Bandar dan menghadkan bidang pekerjaan mereka. Dasar ini telah membawa kepada peristiwa pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi. Pelaksanaan dasar ini dapat mengalih pandangan rakyat daripada masalah yang dihadapi oleh negara. Orang Yahudi yang terlibat dalam revolusioner telah diambil tindakan yang tegas oleh Tsar Alexander III seperti membunuh, menyeksa dan membuang negeri.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.