Nuffnang Ads

Sunday, 17 July 2016

PEMERINTAHAN TSAR NICHOLAS II (1894 - 1917)

Pengenalan

Tsar Nicholas II merupakan pemerintah Rusia yang terakhir. Baginda telah dilahirkan pada 18 Mei 1868 di Alexander Palace, St. Petersburg dan telah meninggal dunia pada 17 Julai 1918 ketika berumur 50 tahun. Nama sebenar baginda ialah Nicholas Alexandrovich Romanov iaitu anak kepada Tsar Alexander III Rusia. Baginda merupakan pemerintah yang lemah dan tidak berusaha untuk melaksanakan kemodenan Rusia. Pada tahun 1917, baginda telah digulingkan kerana tidak memahami masalah-masalah yang berlaku dalam pemerintahannya. Peristiwa ini dikenali sebagai Revolusi Rusia Mac 1917. Semasa hayatnya, baginda juga masih mempertahankan pemerintahan autokratik seperti yang dilakukan oleh ayahnya dan menentang kewujudan Parlimen. Dasar autokrasinya  dengan mengawal segala perkara yang berkaitan hal ehwal kerajaan pusat dan berkuasa penuh dalam bidang perundangan, pentadbiran, ekonomi dan ketenteraan. Antara perkembangan yang berlaku semasa pemerintahan Tsar Nicholas II ialah:

1. Penekanan Dalam Perkembangan Ekonomi Perindustrian

Tsar Nicholas II meneruskan perkembangan ekonomi yang telah dimulakan oleh Tsar Alexander II di Rusia. Pada tahun 1892-1903, Sergei Witte telah dilantik sebagal Menteri Komunikasi dan Pengangkutan Rusia. Kemudian, beliau telah menjawat jawatan Menteri Kewangan dan Perdagangan Rusia. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab dalam pembangunan perindustrian di Rusia. Rusia telah membuat pinjaman modal dari Perancis untuk membangunkan bidang perindustriannya dan menggalakkan pelabur-pelabur asing melaburkan modal dalam bidang ini seperti Perancis, Britain dan Jerman. Pada tahun 1914, terdapat lebih kurang 3 juta pekerja kilang di Rusia.

Sergei telah melaksanakan perubahan ekonomi melalui pembinaan landasan kereta api ke timur menerusi projek Rentas Siberia atau Trans-Siberia dari tahun 1891-1905. Pembinaan landasan mi merupakan kunci kepada pembangunan ekonomi Rusia dan berlaku penghijrahan penduduk baharu di Siberia. Selain itu, kesan daripada pembinaan landasan kereta api telah menyebabkan berlaku perkembangan pesat dalam industri kapas, bulu, arang batu, keluli dan besi.
Perkembangan ini telah membawa kemunculan golongan pekerja dan kapitalis. Golongan kapitalis inilah yang akhirnya tidak berpuas hati dengan dasar-dasar yang dijalankan oleh Tsar Nicholas II.

2. Perkembangan Dalam Bidang Pendidikan

Dalam pembangunan pendidikan pula, peruntukannya kurang daripada bidang ekonomi. Pada tahun 1890-1900, hanya 150 juta rouble untuk pendidikan berbanding 120 juta rouble untuk pembinaan landasan kereta api setiap tahun.

Sergei telah memberi tumpuan dalam bidang pendidikan teknikal untuk memajukan ekonomi. Dengan sekolah teknik telah meningkat daripada 8 buah sekolah teknik kepada beratus-ratus buah di Kiev, Moscow, dan St. Petersburg. Keadaan ini juga telah meningkatkan kadar celik huruf daripada 20% kepada 38% pada tahun 1914.

3. Perkembangan Dalam Bidang Politik

Semasa pemerintahan Nicholas II, telah muncul beberapa parti politik seperti Parti Buruh Demokrat Rusia, Parti Revolusioner Sosial dan Parti Liberal. Kesan daripada penubuhan tersebut, pekerja-pekerja mula mengadakan mogok dan tunjuk perasaan di Rusia terutama sekali selepas penubuhan Parti Buruh Demokrat Rusia di bawah pimpinan Vladimir Ulianov (Lenin)

Tsar Nicholas II mula bimbang dengan keaadan yang berlaku lalu baginda telah menghantar ejen-ejen rahsia telah dihantar ke kilang-kilang untuk mengawal keadaan dan menguasai kesatuan tersebut. Namun dalam tempoh dua minggu ditubuhkan, pemimpin-pemimpin tersebut telah ditangkap oleh polis Rusia untuk mengelakkan penyebaran idea yang boleh menggugat kedudukannya sebagai Tsar.

4. Perkembangan Fahaman Marxisme

Penyebaran fahaman Marxisme tidak dapat dibendung walaupun Lenin telah dipenjarakan. Beliau telah menghabiskan masanya dalam penjara dengan mendalami teori Karl Marx, membaca hasil penulisan Chernyshevsky dan Nechaev. Apabila keluar dari penjara, beliau telah menyebarkan fahaman Marxisme melalui terbitan akhbar yang bernama lskra. Dengan cara ini, propaganda tersebut dapat disebarkan kepada generasi muda Rusia secara sulit.

5. Tercetusnya Perang Rusia-Jepun 1905

Semasa pemerintahan Tsar Nicholas II, tercetus peperangan antara Rusia dan Jepun pada tahun 1904. Perang ini berlaku kerana kedua-dua kuasa ingin mempertahankan kepentingan ekonomi dan pertahanan di Manchuria dan Korea. Perang mula berlaku apabila tentera Jepun melancarkan serangan terhadap kapal-kapal laut Rusia di Port Arthur pada 8 Feb. 1904. Tentera Jepun telah berjaya mengepung dan menakluki Port Arthur pada bulan Jan. 1905. Laksamana Togo telah berjaya memusnahkan angkatan laut Rusia.

Tentera darat Jepun juga telah berjaya mengalahkan tentera darat Rusia di Mukden iaitu seramai 90 000 tentera Rusia terkorban dan 40 000 berjaya ditawan. Manakala seluruh angkatan laut Rusia dari Laut Baltik Rusia telah ditumpahkan oleh Jepun dalam peperangan di Selat Tsushima pada bulan Mei 1905.

Tsar Nicholas II telah menerima tawaran Amerika untuk menjadi orang tengah bagi menamatkan perang ini. Pada tahun 1905, Jepun dan Rusia (diwakili oleh Sergei Witte) menandatangani Perjanjian Portsmouth untuk menamatkan perang. Kesan perjanjian ialah Jepun telah berjaya menguasai Port Arthur dan Korea, manakala Rusia pula telah menarik keluar tenteranya di Manchuria.

Kekalahan Rusia dalam peperangan ini telah menyebabkan rakyat Rusia mempersoalkan kekuatan tentera Rusia. Kewibawaan Tsar Nicholas II juga terjejas sebagai seorang pemimpin dan ini telah membangkitkan semangat rakyat untuk menghapuskan pemerintahan autokratik Tsar di Rusia.

6. Peristiwa Ahad Berdarah

Peristiwa Ahad Berdarah (Bloody Sunday) merupakan satu peristiwa yang menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan Tsar, yang menyumbang kepada Revolusi 1905. Peristiwa ini berlaku pada 22 Januari 1905, Paderi Gapon telah mengetuai satu perarakan untuk menyampaikan memorandum kepada Nicholas II di Winter Palace yang ditandatangani oleh lebih kurang 135 000 orang.

Memorandum ini mengandungi beberapa perkara seperti menuntut kadar upah yang berpatutan, upah yang sama untuk lelaki dan perempuan, waktu bekerja lapan jam sehari, system pendidikan yang seragam, penghapusan bayaran penebusan, penubuhan kesatuan sekerja, pemilihan wakil pekerja ke lembaga tertinggi syarikat, pembentukan badan perwakilan yang dikenali sebagai Duma, menamatkan perang dengan Jepun, dan menghentikan dasar perluasan kuasa ke Timur.

Semasa perarakan tersebut sampal di istana, Tsar tidak ada dan tidak ada wakilnya untuk menerima memorandum. Perarakan tersebut telah bergerak dengan aman tetapi tentera Rusia telah menggunakan kekerasan sehingga mengakibatkan lebih kurang 130 orang terbunuh dan 299 orang tercedera. Kesannya, rakyat telah mula hilang kepercayaan dan berlaku kegiatan mogok dan tunjuk perasaan di seluruh Rusia. Amerika Syarikat dan Jerman turut mengecam tindakan Nicholas II yang menggunakan kekerasan terhadap masyarakat.

7. Peristiwa Revolusi 1905

Akibat daripada peristiwa ini, Nicholas II terpaksa mempertahankan kedudukannya yang mendapat tentangan semakin hebat daripada pekerja-pekerja industri yang melakukan demontrasi di bandar seperti St. Petersburg (160 000 orang mogok) dan Moscow (45 000 orang mogok). Kemudian, ia merebak hingga ke kawasan Novgorod, Samara, Kula, Ural dan Siberia.

Pekerja­-pekerja ini telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Soviet atau Majlis pada bulan Oktober untuk mempertahankan hak pekerja. Parti politik lain juga menganjurkan mogok seperti Menshevik, Bolshevik dan Revolusioner Sosialis dengan tujuan untuk mendapat sokongan daripada golongan pekerja.

Tujuan masyarakat sosial melakukan demontrasi ialah ingin mengehadkan kuasa yang dimiliki oleh Tsar. Nicholas II cuba mempertahankan pemerintahan autokratiknya walaupun dikecam oleh rakyat. Akhirnya, Sergei Witte telah menasihati Nicholas II supaya memilih sama ada pemerintahan secara diktator ketenteraan atau monarki perlembagaan. Nicholas II akhirnya bersetuju memilih monarki perlembagaan yang mengikut kecenderungan masyarakat.

8. Pembentukan Manifesto Oktober 1905

Nicholas II telah mengisytiharkan manifesto pada 17 Oktober 1905 atau dikenali sebagai Manifesto Oktober 1905 untuk menghentikan kritikan terhadap pemerintahannya. Nicholas II bersetuju dengan manifesto tersebut yang mengiktiraf hak asasi manusia atau memberikan kebebasan kepada individu seperti kebebasan bercakap, menerbit, menubuhkan persatuan dan mengadakan perhimpunan. Selain itu, Duma ditubuhkan secara sistem pengundian dan diberikan kepada semua lapisan masyarakat.

Pilihan raya bertujuan menentukan hala tuju empayar dan rakyat diberi peluang untuk pentadbiran empayar. Dengan ini, kuasa Tsar telah dihapuskan dan undang-undang hanya boleh diluluskan oleh Duma. 

Nicholas II telah berusaha melakukan pelbagai strategi untuk menyelamatkan pemerintahannya. Selain itu juga, Nicholas II cuba bertindak memansuhkan Duma walaupun Duma ingkar dan terus bersidang serta menuntut Nicholas II supaya turun takhta. Pada 15 Mac 1917, Nicholas II telah bersetuju untuk turun takhta dan menggantikan saudara kandungnya Grand Duke Michael, tetapi Grand Duke Michael belum bersedia untuk menjadi Tsar. Maka berakhirlah pemerintahan Tsar. Rusia pula telah menjadi republik pada 17 Mac 1917.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.