Nuffnang Advertisment

Wednesday, 5 October 2016

PENGLIBATAN UNITED KINGDOM DARI ASPEK POLITIK DAN EKONOMI DALAM KOMANWEL

Pendahuluan

Pertubuhan Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 dan merupakan salah satu organisasi yang penting. Keanggotaannya terdiri daripada bekas tanah jajahan British yang telah mencapai kemerdekaan. Pada akhir tahun 1950-an, kebanyakan bekas tanah jajahan di Afrika, Asia, Carribbean, dan Pasifik yang mencapai kemerdekaan memilih untuk menyertai Komanwel.

Negara-negara ini yang mempunyai latar belakang sejarah yang sama melalui pengalaman dijajah oleh British dibenarkan memilih jenis kerajaan sama ada berbentuk republik, monarki, atau menerima monarki British. United Kingdom telah banyak memberi sumbangan dalam Komanwel.


Penglibatan  United Kingdom dalam Komanwel  dari aspek  Politik

1. Sebagai pengasas dan ketua Komanwel

Penglibatan  United Kingdom dalam Komanwel yang utama ialah menubuhkan Pertubuhan Komanwel. United Kingdom boleh dianggap sebagai "pengasas" dan "ketua" Komanwel. Penubuhan ini berjaya menjaga dan mengawal negara-negara bekas tanah jajahannya daripada tanah jajahannya lenyap begitu sahaja.

Hanya empayar British sahaja yang berjaya mewujudkan sebuah pertubuhan yang disertai oleh negara-negara bekas tanah jajahannya yang dahulu pernah ditakluki tetapi kini mempunyai status yang sama dengan Britain.

2. Memerintah tanah jajahannya berkerajaan sendiri

United Kingdom dalam Komanwel telah memerintah tanah jajahannya ke arah berkerajaan sendiri seterusnya memberi kemerdekaan. Buktinya, bekas tanah jajahan British tidak dipaksa untuk menyertai Komanwel dan keahliannya dalam Komanwel adalah bebas, iaitu boleh menarik diri daripada Komanwel pada bila-bila masa. Misalnya, Myanmar dan Republik Ireland meninggalkan pertubuhan ini pada tahun 1949.

Negara-negara anggota juga disyaratkan supaya bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-ahli demi kepentingan bersama. Semasa Persidangan Perhubungan Komanwel di Lahore, Pakistan pada tahun 1954, dua syarat lagi dicadangkan, iaitu mempunyai sistem parlimen dan berkemampuan untuk mentadbir negara.

3. Pengekalan legasi monarkinya

Penyertaan keanggotaan dalam Komanwel juga secara tidak langsung mengekalkan legasi monarki United Kingdom. Pengekalan legasi ini memberi pengiktirafan kepada Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara dan mengekalkan keunikan Komanwel.

Oleh itu, keanggotaan dalam Komanwel bukan secara automatik dan bekas-bekas tanah jajahan British tidak semestinya diterima terus menjadi anggota setelah mencapai kemerdekaan. Sesebuah negara bekas tanah jajahan British perlu memohon untuk menjadi ahli Komanwel. Malahan, syarat seterusnya ialah negara-negara anggota yang berhasrat untuk menukarkan status monarki menjadi republik, maka negara tersebut mestilah memaklumkan kepada negara-negara anggota yang lain. Kesannya, lebih kurang 16 buah negara anggota Komanwel memilih untuk mengakui Queen (Raja Inggeris) sebagai ketua negara.

4. Pengekalan model  Barat

Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah dengan memperkenalkan sistem sosial, ekonomi, dan poliolitik berdasarkan model Barat. Penerapan sistem undang-undang, birokrasi, ekonomi, dan lain-lain ini menjadikan struktur pentadbiran negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan.

Keselarasan struktur politik, sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah  sebati dan menjadi tradisi kepada negara Komanwel menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan hubungan baik dengan United Kingdom.


Penglibatan  United Kingdom dalam Komanwel  dari aspek  Ekonomi

5. Memberi bantuan ekonomi

United Kingdom ini juga menjalankan tanggungjawabnya untuk membangunkan tanah jajahannya, termasuk wilayah-wilayah yang diamanahkan kepadanya yang ketinggalan dari segi ekonomi. Oleh itu, Komanwel telah mengambil langkah yang wajar dengan bekerjasama secara multilateral dalam bidang ekonomi dalam kalangan bekas tanah jajahannya akan mengukuhkan ekonomi negara-negara berkenaan.

Buktinya, negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jut, getah, minyak sawit, dan koko dunia. Malahan, negara Komanwel juga menyumbang separuh daripada kduaran aluminium dunia.

6. Mewujudkan Rancangan Colombo

United Kingdom telah memujuk Amerika Syarikat, Kanada, dan Jepun untuk mewujudkan Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan ini yang bertujuan memberi bantuan kewangan, teknikal, dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Dalam bidang ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan kaedah pertaian moden telah disumbangkan.

Buktinya, beberapa negara anggota Komanwel seperti India, Fiji, Sri Lanka, dan Tanah Melayu menikmati faedah daripada program ini sama ada dalam bidang pendidikan, dan pembinaan infrastruktur, iaitu jalan raya, kereta api, serta sistem pengairan.


Kesimpulan


Sumbangan United Kingdom dalam Komanwel berjaya mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelajaran, teknikal, dan lain-lain. Kerjasama yang wujud ini telah menyebabkan negara-negara anggota tidak meninggalkan Komanwel.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.