Nuffnang Ads

Thursday, 9 November 2017

PERKEMBANGAN PERINDUSTRIAN DI JERMAN PADA ABAD KE-19 HINGGA ABAD KE-20


Pengenalan

Penyatuan Jerman oleh Bismarck pada tahun 1871 telah membawa kepada kepesatan  perkembangan industri. Pelbagai dasar ekonomi telah dilaksanakan di Jerman bagi tujuan memantapkan dan memakmurkan ekonomi negara.  Dalam masa empat dekad, Jerman mengalami perkembangan yang menakjubkan dalam bidang perindustrian berasaskan perlombongan, pertanian, perkhidmatan, kimia, automotif dan senjata.


1. Industri Perlombongan

Perkembangan industri Jerman diperingkat awal bermula dengan industri perlombongan.  Jerman kaya dengan sumber galian arang batu dan besi yang terdapat di Rhineland, Silesia dan Saxony. Sumber ini seterusnya telah membawa pula kepada perkembangan besi dan keluli. Hasi pengeluaran besi Jerman meningkat 1.5 juta tan tahun 1871 kepada 8.5 juta tan pada tahun 1900.

Seterusnya telah membawa kepada perkembangan perusahaan membuat kapal laut, lokomotif dan gerabak kereta api.  Bermula 1880 perusahaan membuat kapal pesat dijalankan di Humburg. Danzig, Bremen dan Elby. Pembuatan gerabak dan lokomotif pesat setelah Syarikat Krupp mengadakan pameran di Crystal Palece.

2. Industri berasaskan pertanian

Perkembangan industri berasaskan pertanian iaitu tekstil dan kulit. Industri tekstil berkembang pesat di Rhineland, Saxony, Silesia dan Berlin. Pembuatan barangan berasaskan kulit pula seperti tas tangan,tali pinggang, kasut, pelana kuda dan sebagainyajuga berkembang pesat. Jerman telah mengambilalih tempat England sebagai pengeluar utama barangan kulit di Eropah.

3. Industri perkhidmatan

Perkembangan industri perkhidmatan iaitu pengangkutan dan perbankan merancakkan lagi perkembangan industri di Jerman. Kapal dan kereta api telah memainkan peranan penting mengangkut barangan  industri. Jaringan jalan kereta api menghubungkan bandar-bandar utama di Jerman mempercepatkan penghantaran dan tempahan. Kemunculan bank-bank seperti Fuggers Augburg di Frankfurt, Join Stock Bank, Deutshe Bank, Dresdener Bank dan banyak lagi telah memberikan kemudahan kredit telah mengembangkan lagi industri .

4. Industri Kimia

Penghujung abad ke 19 Jerman terlibat pula dalam industri kimia, pertrolium dan eletrik. Kemunculan Syarikat BASF, Bayer dan Hoechst terlibat dalam perusahaan ini dengan mengeluarkan pewarna.  Bayer turut terlibat dengan pengeluaran ubat-ubatan dan racun. Syarikat Hoechst mengeluarkan baja kimia.

5. Indusri automotif dan senjata

Pada awal abad ke 20, Jerman memasuki era pembuatan automotif dengan kemunculan 2 syarikat iaitu Benz, Daimler dan Volkswaegon. Kedua-dua syarikat ini terlibat dengan pengeluaran kereta bagi kenderaan penumpang.  Jerman juga turut terlibat dengan pembangunan industri pertahanan seperti pembinaan kapal perang, kilang senjata dan peluru. Sebagai contohnya pembinaan kapal perang laut canggih yang dikenali Dreadnought.


Kesimpulan

Selepas penyatuan, Jerman telah berkembang pesat membangun sebagai sebuah negara industri. Kejayaan ini  direalisasikan dengan keupayaan menyaingi Britain. Persaingan ini akhirnya membawa kepada penglibatan Jerman dalam Perang Dunia Pertama.



No comments:

Post a Comment

"Sila tinggalkan comment anda"

Followers

Pencipta Jalur Gemilang

Pencipta Jalur Gemilang
Beliau adalah anak kedua daripada 10 orang adik beradik. Allahyarham merupakan seorang yang sangar kreatif dan amat meminati lukisan. Sejarah Bendera Malaysia bermula pada tahun 1947 apabila pemerintah pada masa itu mengadakan pertandingan mereka cipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Allahyarham tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu untuk menonjolkan bakatnya dalam bidang seni lukisan. Beliau yang pada ketika itu berusia 29 tahun bertungkus lumus menampilkan idea kreatif dan terbaik untuk menyertai pertandingan tersebut. Allahyarham menamatkan sekolah di English Collage (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan menghembuskan nafas terakhir pada 19 Februari 1993 iaitu 14 hari sebelum usianya genab 75 tahun di rumah keluarganya di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau tiada lagi, namun kami berharap rakyat seluruh negara mengenang jasa Allahyarham yang mencipta Bendera Malaysia kebanggaan kita semua.