Nuffnang Advertisment

Followers

TEKNIK MENJAWAB SEJARAH TERMINAL (LAMA)


Untuk menulis esei atau jawapan yang baik, mesti mengandungi tiga elemen iaitu Pendahuluan, Bahagian Isi dan Kesimpulan.

PENGENALAN YANG BAIK

1.     Pengenalan ialah penjelasan awal tentang sesuatu tajuk atau soalan yang ditanya iaitu huraian mesti berkaitan dengan soalan.
  
2.     Menyentuh persoalan-persoalan seperti bagaimana, bila, di mana, siapa, mengapa dan apa.

3.     Markah untuk pengenalan ialah 3 markah. 

4.     Untuk mendapat markah penuh ini, calon mesti menulis pengenalan antara 10 hinga 14 baris. 

5.     Pendahuluan jangan terlalu pendek atau panjang, ini kerana akan mempengaruhi markah calon nanti. Jika terlalu pendek markahnya pasti akan kurang daripada 3 markah dan jika terlalu panjang maka akan merugikan masa calon yang sepatutnya digunakan untuk menulis di bahagian isi.


CARA-CARA MENULIS JAWAPAN YANG BAIK

1.          Baca soalan dengan teliti dan cuba fahami kehendak soalan yang dijawab. Sekiranya masih tidak jelas dengan kehendak soalan, calon mesti membacanya sehingga faham. Panjang esei calon mesti antara 2 helai atau lebih ( 4 atau lebih muka surat). Kemudian, barulah calon menyediakan rangka jawapan supaya calon tidak kehilangan idea atau isi semasa menulis nanti. Kita sedia maklum untuk menjawab soalan banyak tekanan yang akan menyebabkan calon terlupa isi jika tidak ditulis terlebih dahulu. 

2.          Pilihlah soalan yang benar-benar dikuasai oleh calon iaitu sebanyak 4 soalan (2 soalan di bahagian A dan 2 soalan di bahagian B) selepas semua soalan dibaca oleh calon. 

3.          Kemudian calon perlu membuat pengagihan masa yang tepat iaitu 45 minit untuk satu soalan. Semasa menulis calon perlu peka terhadap masa agar calon tidak menggunakan masa yang lebih untuk menulis satu-satu soalan. Jika ini berlaku, calon akan kesuntukan masa untuk menulis jawapan soalan keempat nanti. 

4.          Kenal pasti bentuk soalan yang dipilih oleh calon kerana teknik menulis jawapan berbeza. Sebagai contoh:

a.     Soalan yang berbentuk Bincangkan... di depan berlainan dengan soalan mempunyai perkataan bincangkan di belakang.

b.     Begitu juga dengan soalan bandingkan... calon mesti mewujudkan perbandingan melalui pemilihan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perbandingan berlaku.

c.     Manakala soalan yang menpunyai perkataan sejaumanakah... lain pula cara menulisnya.

d.     Dan banyak lagi bentuk-bentuk soalan yang lain. Calon boleh berbincang dengan guru calon.

e.     Untuk mendapat markah yang baik dan cemerlang, calon mesti menggunakan teknik dan strategik menjawab dengan betul.

5.          Kemudian bahagian menghuraikan isi jawapan pula mesti mengandungi tiga elemen iaitu calon mengemukakan isi (faktor), huraian dan contoh – ICH

6.          Perbanyakkan perenggan mengikut jumlah isi. Jadi bilangan perenggan bergantung kepada jumlah isinya. Calon mesti berbuat demikian supaya pemeriksa akan mudah memeriksa kertas kita. Ini juga untuk menggelakkan pemeriksa terlepas pandang isi yang ditulis oleh calon.

7.          Struktur jawapan kita mestilah dalam bentuk karangan atau esei. Jangan sesekali calon menulis jawapan dalam bentuk nombor, sempang (-), meletakkan a), b), c) dan seterusnya. Jika ini berlaku, jawapan calon akan dianggap sebagai rangka jawapan sahaja. Bermakna calon tidak akan mendapat markah. 

8.          Jika boleh, calon menyatakan pendapat ahli sejarah untuk memantapkan lagi jawapan calon. Sebagai contoh... Mengikut Prof. Khoo Kay Kim, faktor ekonomi merupakan sebab utama kuasa British memulakan campur tangan secara rasmi....... 

9.          Elakkan menggunakan faktar sendiri atau salah.

10.      Calon mesti menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pemeriksa. Jaga tulisan calon, jangan menggunakan tulisan bersambungan. 

11.      Perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh calon seperti:
a.     jangan tersilap fakta
b.     jangan cipta fakta sendiri
c.     jaga tulisan dan bahasa
d.     jangan ada rayuan belas kasihan
e.     jangan cuba meniru
f.      jangan bawa masuk nota


MENULIS KESIMPULAN YANG BAIK

1.     Cara menulis kesimpulan terdapat 2 cara iaitu kita merumus semula dan membuat penilaian ke atas topik yang dibincangan.

a.     Cara pertama, calon akan mengambil semula isi-isi yang telah dihuraikan dan dibuat rumusan.

b.     Cara kedua, calon membuat suatu penilaian mengenai apa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan fakta sejarah yang telah dipelajari.

2.     Untuk kesimpulan calon tidak perlu menggunakan perkataan-perkataan lain. Calon mesti menulis... Kesimpulannya,......untuk memulakan perenggan kesimpulan. 

3.     Markah yang diperuntukkan untuk kesimpulan ialah 2 markah dan boleh jadi 3 markah jika kesimpulannya adalah baik. Tetapi bergantung kepada markah di pengenalan di mana jika pengenalan sudah mendapat 3 markah maka untuk kesimpulannya hanya 2 markah sahaja. 

4.     Panjang kesimpulan yang baik antara 5 hingga 8 baris. Kesimpulan juga jangan terlalu pendek atau terlalu panjang kerana akan mempengaruhi pemberian markah atau masa calon.



9 comments:

  1. perlu ke pendahuluan utk jawab esei sej..x leh ke jwb cam form5 jew,trus kpd isi..

    ReplyDelete
  2. Pengenalan kena tulis sebab ada markah yang diperuntukkan sebanyak 3M. Jika tak jawab amatlah rugi. Markah pendahuluan boleh meluluskan kita.

    ReplyDelete
  3. Kertas STPM Pendahuluan perlu ditulis ia akan memberikan markah kepada calon sama dengan kesimpulan. Panjang pendahuluan seelok-eloknya tidak melebihi satu pertiga muka surat. Untuk menulis pendahuluan yang baik cuba jelaskan kata kunci soalan, lihat soalan apa yang ditanya, cth. apa peristiwa, di mana berlaku, yang terlibat siapa? Tulis beberapa ayat untuk menjelaskannya anda akan diberikan markah untuk kesimpulan..Harap dapat membantu...TQ.

    ReplyDelete
  4. Betul seperti yang dinyatakan oleh Anonymous. Pendahuluan mesti berkaitan dengan soalan yang ditanya. Jika kita buat pendahuluan dan kesimpulan dengan baik kita akan dapat markah di sini saja dah dalam 15 markah. Tambah dengan markah isi untuk soalan tak mustahil kita akan dapat A utk sejarah STPM..

    ReplyDelete
  5. x perlu peribahasa ke?

    ReplyDelete
  6. peribahasa tak payah tulis... terus kpd fakta, huraian fakta dan contoh.

    ReplyDelete
  7. pengenalan kalau buat 4-5 ayat jer boleh ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esei tanpa pengenalan atau dengan pengenalan yang ringkas atau yang tidak tepat akan memberikan gambaran kepada pemeriksa mutu esei yang bakal disemaknya. Pengenalan harus dimuatkan perkara yang boleh berikan gambaran kepada pembaca persoalan yang ingin dikupas nanti.
      Ada calon yang menyalin bulat-bulat ayat dalam soalan untuk dijadikan pengenalan. Itu bukan pengenalan. Calon hanya membuat satu pernyataan sahaja....
      Markah pengenalan dan kesimpulan mampu membantu dalam markah yang bakal dikutip calon. Malangnya ramai calon yang lemah dalam membuat pengenalan dan kesimpulan.

      Delete
  8. Cikgu, ada tak teknik menjawab esei untuk sistem yang baru ni? Saya masih keliru dengan pemarkahan (20 markah) esei dan bilangan isi/huraian yang diperlukan.

    ReplyDelete

"Sila tinggalkan comment anda"

"Segala kandungan dalam blog ini adalah untuk panduan kepada pelajar sejarah dan guru mengajar sejarah STPM. Tidak dibenarkan ada unsur plagiat atau dipindah ke blog lain. Thank You atas perhatian dan sokongan semua....."

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...